- Baca doa makan.
- Ambik makanan dalam kuantiti yang sederhana. Takyahlah taruk sampai menggunung pinggan tu. Selagi boleh muat pinggan tu selagi tu nak taruk. Ambik dalam kuantiti yg sederhana je. Tambah kalau bufet. Nanti orang lain tengok anda ni macam x pernah jumpa makanan @ buruk lantak. Macam first time makan dalam hidup. Rilex je. Dah habis boleh tambah. Biar je waiter tu ambik pinggan lama korang.korang pegi ambik pinggan baru & makanan baru, so, orang takdelah pandang semacam..
- Masa kunyah makanan tu, eloklah tutup mulut. Maksudnya, tak perlulah sampai nganga mulut luas luas ala ala ular sawa nak telan gajah kan.. agak agaklah sikit. Ini, masa tangan/sudu nak masuk mulut tu je dah macam mulut harimau. Lepas tu, masa kunyah tu pulak ternganga nganga mulut tu. What's your motive? Adakah anda nak bagi demonstrasi pada orang di hadapan anda bagaimana makanan diproses di dalam mulut. Habis semua orang boleh nampak makanan tu bercampur campur dengan saliva anda, lumat lumat, lembik lembik. Tambah tambah pulak ada je percikan percikan makanan dari mulut anda tu terkeluar keluar. Eweeee man! Anda memanglah berselera makan. Tapi orang yg lain tengok terus hilang selera! *Abah memang pantang kalau masa nak suap tu mulut besar2. Abah kata macam harimau. Nak tau siapa yang selalu kena tegur macam tu? Along dengan adik! hahahaha... Kakak jugak yang bersopan santun kan bah kan?
- Makan jangan berbunyi. Taulah sedap. Tapi kalau boleh jangan berbunyi. Ini tak.. berdecap berdecup bunyi kunyahan makanan. Tau tak apa yang saya bayangkan? terbayang makanan tu makan tu dah lembik lembik dek air liur korang lepas tu berlendir lendir.. bluekkkk... Lepas tu hirup sup punyalah 'SURPPPPPPPPP.....' korang bukannya tengah buat iklan maggie pun. And lagi satu, kalau guna sudu garpu,kalau boleh jangan bagi berlaga laga sangat dengan pinggan. Bunyi yang terhasil seolah olah anda sedang berlatih pedang. Tak pun macam tengah bertukang. Sikit sikit tu takpelah. Mana nak tukar mode jadi mute pulak kan.. Oh ye,kalau minum minuman berstraw tu, kalau dah habis tu biarlah ye.. takyahlah sedut sampai ke titisan terakhir.. tambah lain..
- Masa makan tu takpe je sembang sembang. Berbual masa makan best kan. Tapi part gelak tu, sila control diri anda. Jangan pulak nganga mulut luas luas lepas tu gelak bagai nak rak, tak pasal pasal pulak lauk kawan kawan anda bertambah.Hasil daripada makanan yang terkeluar dari mulut anda. Tak mau ye anak anak..
- Kalau anda tak sihat contohnya selesema berkahak, janganlah lakukan aktiviti tersebut di meja makan. Lagi tak molek kalau anda bersungguh sungguh sembur hingus anda kat situ jugak. Tau tau jelah kan bunyi orang sembur hingus. Bunyi yang paling gua tak tahan. Kasihanilah orang lain yang sihat di meja tu. At least bagilah diorg makan dengan tenang. Yang batuk berkahak pulak, kat situ jugak dia nak keluarkan kahak. Korang cakaplah, "Excuse me, i need to go to ladies.." Haaa... kan elok tu.. Eh, ada lagi satu, jangan kentut kuat kuat masa makan. Uwooo..sape yang buat ni memang gila selamba and muka tak malu.
- Kalau korang attend majlis yang jenis makan dihidangkan, if korang dah selesai makan, macam x prihatin pulak kalau korang ratah lauk je. Kesianlah sikit kat kawan kawan yang belum habis makan tu. Berdebar debar jantung diorang tengok tangan korang laju je and tak berhenti henti ambik dan ratah lauk. Padahal nasik kawan korang banyak lagi dalam pinggan. Tak pasal pasal makan nasik kosong je diorang.
- Jangan cakap pasal benda yg geli atau kotor masa tengah makan. Contohnya cakap pasal
taik ke..berak ke... Ni siap cerita dengan teliti struktur bau dan warna.. Ada jugak yang muntah kat meja makan tu. Last last semua tak larat makan.. nak?
- Alhamdulillah kalau korang dah kenyang makan. Jangan pulak tiba tiba terdengar bunyi 'BURPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!' sikit punya kuat. Nganga luas luas pulak tu. Bau tak payah cakaplah kan. Nescaya kawan semeja angkat pinggan pergi meja lain.
- Makan jangan berterabur. Tak elok kalau ada remah remah nasi kat sekitar pinggan korang. Pinggan tu dah cukup luas rasanya.Last but not least, dah habis makan tu, kalau ada baki makanan tu, eloklah kumpulkan setempat kat satu sudut pinggan. Jangan dibiarkan berterabur dalam pinggan tu. Kalau budak kecik takpe, ni anda budak besar. Sudu garpu tu letak elok elok selari..
- Baca doa lepas makan. Ucapkan syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan.
So, macamana? Rasa rasa boleh ikut? Ni baru asas. Kalau ikut panduan yang sebenar benarnya lagilah teruk. Dengan postur badan dan protokol segala.. Kalau korang lepas panduan di atas, maksudnya korang lepas kalau nak kawin dengan anak raja. Nak kawin dgn raja terus pun takpe.
Kalau tak lepas, jangan risau..masih boleh kawin dengan raja. Raja kat bawah ni ha..
Nak tak?
Kalau xnak ambik kat bawah ni.
Dua dua kat atas ni ialah Raja.. Raja Apa??? Raja Gopal!!