Tuesday, March 22, 2011

Kecek Nge Tange!

Entry ini ditulis menggunakan laptop baru sambil dengar lagu Shania Twain-Forever & Always. Kalau ada masa dengarlah lagu ni.Best.Betul. Tak tipu.


Hari ni 22hb. 26hb dah nak balik egypt balik. Tension. Sangat. Kenapa saya tulis sepatah sepatah ni?
Hmmmm.. Tapi 25hb ikut mak buat program kat Concorde KLIA. So,nanti bertolak dari sana ke airport. Dah lah dari university saya,saya sorang je perempuan. Takpe,boleh buat punya. Dulu from Dubai pun relax je balik sorang.


Sementara dah nak balik ni,nak senaraikan semula perkara perkara yang terjadi sepanjang winterbreak yang mmg break sungguh.


Best & Tak Best. *Tapi rasanya best je

  • Pak Long bawak lari ke Dubai due to riot in Egypt. Merasa Dubai. Nearly 5 days. Mmg rezeki. Tengah Winter Sale. Gila punya Sale. 90%!! All branded. Zara, American Eagle, Pull & Bear.. Just name it! I bought glasses,jeans,blouse,bag, purse. Puas hati. Balik Malaysia sorang diri.
  • Balik Rumah opah terus kene tabur dgn beras. Terkejut. Acara tangis menangis pun berlaku. Tapi saya x nangis. 
  • Pergi rumah junior & kilang daddy nya. Best wooo.. Pakcik Majid hadiahkan kereta sports Mercedes sempena birthday isterinya. Best x ? Bangga tgk org melayu yg berjaya. Tumpang gembira.
  • Pergi Kelantan dengan mek mek sekalian. Tengok Ikah, kawan satu uni kawin.21 tahun dah kawin. Semoga bahagia anak cucu. Sangat best & enjoy. Melawat kampung kampung.. Best gila suasana kampung. Tiba tiba teringat Mizah yang nakkan hubby-to-be yg ada kampung. Saya pun dah tukar fikiran. Saya pun sama. Nak yang ada kampung. Oh ye, saya dah pandai cakap kelantan. "Kesuk hati --> kene bunyi ngidung sikit" & "Kecek Nge Tange--> Talk to the hand"
  • Convocation balang. Tahniah Balang. Penat tiqah & adik tunggu kat luar 5 jam. Sempat lagi buat video ucapan untuk Balang yang kuat meragam. Night before me belanja family makan dekat D'Rimba.
  • Pergi Lat Kg Boy The Musical Theatre kat Istana Budaya. Hadiah from Pot as a birthday present. Seriously, I love theatre.Dah lama nak tengok teater.Selama ni tengok kat UM je. Tengok dengan adik,pot, & fad. Boleh pulak orang depan saya tidur masa tengok teater?? Sabooorr je laaa... Seriously, hanya dengan tengok teater,hati saya boleh jadi cair..
  • Hot Air Balloon Carnival. Walaupun tak dapat naik, tapi dapat tengok depan mata pun dah cukup best. Walaupun hampir terjumpa, saya ttp enjoy that day. Nasib tak jumpa, sebab saya tak tau how to react. Kalau ada kat luar negara hot air balloon carnival, mmg saya nak pergi. Sebab saya tak larat bangun pagi & berebut tiket. 300 tiket sold out in half an hour. Give Up!!
  • Birthday pertama di Malaysia since belajar kat egypt.Abah bagi Memoir of Tun Dr. Mahathir as birthday present (on request). Thanx abah.. Dapat satu beg besar baju baru. Dapat gelang kaki. Terima kasih mak. Oh ye, mak buatkan beg untuk bawak pergi kuliah ada tulis nama.. =)))))




Banyak rupanya aktiviti dalam sebulan setengah ni. Bye Malaysia. Summer lewat sebulan. Uwaaa~~~!!

Saturday, March 19, 2011

LET'S SEE

Lets see whats gonna happen today

Either way

I need to get ready

To be hurt

One more time

But this time,

I want to be hurt

So I can let go

Perhaps

.............
.........
.....
..
.

F O R E V E R

Wednesday, March 16, 2011

Susahnya menjadi Ibu (Saudara)

Chilren is like a white cloth. Its our job & responsibility to paint them. We can paint it with dark colour, or clourful.Like rainbow. But it's not an easy job. It's a tough job. Difficult job. Confusing job. Tricky job. So, we have to teach smart.

That's what I'm facing right now. Playing a role as ibu........... saudara. Ya.. Ibu Saudara! hahahha..
Gaya tulis dah macam mak orang kan? Tapi korang ingat senang ke nak jadi mak sedara? Susah tau tak? Susah!!! Kena banyak bersabar dengan segala DOGAAN *gaya pendekar bujang lapok.

Contoh -->


Saya ada sorang je anak sedara. Anak along saya.

Pada suatu hari, burung pun tak berkicau haritu. Ada yang bekerja, ada yang pergi ke Macy (along,saya,adik,anak sedara), ada yang bergembira (along saya saja.Saya dgn adik saya tak gembira langsung temankan along shopping houseware.Mentang2 sale nak mati. Curse the Macy!)

Sepanjang perjalanan ke Macy yang tuttttttttt itu, anak sedara saya=diniy tidur. Jadi,bila sampai,tentu mood dia tak baik. Biasalah tu. Dia pun meragam ragam taknak turun kereta. Puas kami pujuk. Lama lama lepas tu,oklah,dia nak turun. Tapi nak mak dia yang dukung. Eii... ni yang geram ni. Mak dia pregnant 5 bulan setengah. Takkan nak dukung die yang tiga tahun tu. Meragam ragam nak along dukung. Saya tak bagi. Saya offer diri saya yang dukung. Dia taknak. Saya tak kisah, saya sauk je dia and dukung. Biarlah dia menangis nangis masa saya dukung.

Tipulah nak biar je dia nangis kan? So, saya ingatkan die tentang cerita api neraka. Saya ada ceritakan die pasal api neraka. And dia agak takut. So, nilah perbualan kami..

Diniy : Nak mak ukunggg..nak mak ukunggg... Uwaaaaaaa~~~ *masa ni saya tgh dukung dia.
Saya : Diniy, ingat tak uda cerita pasal api neraka tu? *diniy panggil saya uda=mak uda

Diniy : Ingat! *mata terbulat bulat.
Saya : Ok.Api neraka tu macamana?

Diniy : Api neraka tu besarrrrrrrrrrrrr angat.. *sambil depakan tangan* Anassssssshhhhhhhhh angat....! Macam iron. *dia dulu pernah pegang iron yg panas.padan muka dia.
Saya : Api neraka tu lagiii panas daripada iron. Diniy takut tak? Nak masuk api neraka tak?

Diniy : Taknakkkk.. niy akutttttt....
Saya : Kalau takut,jangan lawan cakap mak..jangan susahkan mak tau..kena ikut cakap mak. Nanti tuhan marah.Tuhan campak dalam api neraka. Ikut cakap mak tau lepas ni.

Diniy : *angguk anguk kepala.
Saya : Okay, siapa yang tuhan masukkan dalam neraka?

Diniy : UDA!!!!!



Tersentap. Hanya mampu tengok diniy dgn telinga yang berasap asap sambil dengar hilai tawa along & adik kat belakang. Hampeh betul anak sedara. Penat je buat siri perbualan ilmiah. Tengok tengok diri sendiri yang kena. Rasa apa tau masa tu, rasa macam nak panggil je baiya jual aiskrim kat sebelah & cakap :

"Baiya, baiya ambiklah budak ni bawak balik rumah. Saya taknak dah. Baiya buatlah apa yang baiya nak dengan budak ni!"

GERAM!!

Sunday, March 13, 2011

Wise Man

I used to have it in my hand safely.

But I let it go.
Because wise man used to say,

"If you love something, set it free. If it comes back to you, its yours forever "

But it doesn't. So i guess it was never meant to be.

I'm cursing the wise man,
because there's no warning to not set it free together with my heart.

Now i can never get it back.
DAMN!


p/s: bukannya rindu bukannya sayang.. hanyo den tak dapek lupo..