Friday, March 2, 2012

OBVIOUS THINGS

Honestly, i don't know what's happening to my blog. Bukak pun bila rasa rindu je kan.Itu pun sekadar bukak,tengok 2 minit,tutup. Shout widget whatsoever yang dah expired tu pun baru sedar. Entah bila la nak betulkan. Banyak benda dah tukar jugak.Aku rasa kena ambik orang gaji untuk uruskan blog yang takde orang baca  ni. Ya,aku memang selalu berangan aku ada orang gaji untuk gorengkan telur sahaja, sorang untuk basuh kain baju saja,sorang untuk sidai baju saja,sorang untuk kemas bilik aku saja. Aku pun tak tau kenapa aku taknak ambik sorang je orang gaji yang boleh buat semuaaaa benda tu. Mungkin sebab suatu hari nanti aku akan jadi kaya. Bukanlah tujuannya untuk menunjuk nunjukkan kekayaan,tapi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.Masa hadapan nanti rakyat kita semakin ramai. Takkan kita nak bilangan penganggur pun ramai jugak kan? By the way that's not my point today. Not even close to it.




Okay, this one gonna be a short post. Something that happens in our daily life. The Obvious Things.


You know how sometimes we always ask stupid and obvious question. I think all of us did. Unconciously. Contohnya, "Hai,jalan sorang je?"  
Terang terangan dia jalan sorang. Tak taulah pulak kalau dia ada 'imaginary friends'.


Takpun, "Kau tido ke tu?" "Taklah,aku tengah practice camna nak mati"
Banyak yang bg jawapan macam tu kat Facebook sekarang.


Tapi kadang-kadang,dialog kat atas ni kita cakap tanpa kita sedar. Paling tidak terpaksa cakap sebagai ayat ramah mesra. Tapi ada lagi satu situasi yang kita buat  dalam keadaan sedar tetapi amatlah obvious dan bodoh. Tak tahu kenapa ada orang yang boleh bertanya soalan soalan sebegini rupa. Adakah kerana dia seorang yang benar benar tulus/mulus/innocent? Ataupun ada niat nak perli memerli di situ. Nak contoh??


1) Datang seorang gadis yang badannya slim aje kepada sahabatnya yang badannya macam tong drum.


"Eiiii,berat kitew dah naiklaa...Menciiii.. dah gemukkk! Sikit lagi nak adew double chin. Camne niww?? Susahla hati kiteww..camne nak kurus ni? Tau tak camne nak kuruskan badan???"


Such an insult it is.What do you expect actually?Agak agak la kan, apa yang kawan sorang lagi yang macam tong drum ni rasa? Dah dia pun badan macam tu.. Kalau dia tau macamana cara nak kuruskan badan,takkan lah dia masih gemuk. Siapa yang nak jadi gemuk?? Tak kecik ke hati kawan tu kena tanya macam tu? Mesti dalam hati.. "Aku taula aku gemuk. Takpayah la perli perli aku.Kalau badan kurus macam dia pun dah bising gemuk,aku ni teruk sangatlah ye?" Itu kalau dia jenis makan dalam. Kalau makan luar, mungkin anda boleh dapat jenama cap 'Bodygloves' di pipi kiri anda. 2-2 pipi pun tak jadi masalah. Bergantung pada skala panas baran dan size kawan anda. Aku tak pernah kena situasi ni sebab aku tak pernah gemuk. Ikut genetic mak. Alhamdulillah. Tapi aku banyak kali dengar kawan aku yang agak berisi kena macam tu. Kesian tengok air muka diorang. Kadang kadang aku rasa macam aku pulak nak tolong lempangkan orang yang bertanya tu. Tak sensitive langsung.




2) "Allllllooorrrrhhhh...ni yang titew tak sukew keluar panas panas niwww.. Habis sunburn! Hitam laaa kitew lepas niwww.... Nanti nak pakai baju or tudung warna apew2 pown susahhh..Awak awak...nak pakai krim apew yeee untuk elakkan kulit kitew jadi gelap?? tau tak? tau tak?"
Tanya si gadis yang kulitnya sah sah putih melepak kepada kawannya yang kulitnya ala ala hindustan. And apa yang dia claim dah gelap tu sebenarnya takde beza pun dengan sebelumnya. Mengada ngada kan? Benda tu obvious. Obvious sangat. Adakah mereka ini bercakap di luar sedar. Atau main bercakap tanpa berfikir. Seolah olah bertanya dekat orang gila macamana caranya untuk menjadi normal. Haaa..yang kes ni,aku pernah dengar kawan aku kena and aku sendiri pernah kena. Nak je aku jawab "ape kata lumurkan muka kau dengan tepung? Alang alang boleh audition untuk opera cina terus! Tak pun Kak Limah 2!!"  Al maklumlah,kulit aku ni agak hitam.  Tapi special okayyy orang gelap ni. Kitorang siap ada lagu lagi : Hitam Manis. R. Azmi ada ke nyanyi lagu untuk orang putih putih macam korang? Hado? Tak hado kan?? Lagi satu lagi satu, kitorang ada pantun siap untuk kitorang "Hitam hitam si tampuk manggis, sungguhpun hitam kupandang manis" Aku ingat aku masukkan pantun ni untuk choral speaking.Mampewww???? Dulu masa kecik kecik sibuk jugak nak putih,tapi bila dah besar, i take this as a gift. Tell me how many people can really pull a dark skin ?? So,I feel special. Tapi kalau ada jugak yang masih tanya macamana nak putih kat aku lepas ni,memang aku nak bagi jawapan tepung tadi tu.




Cukuplah 2 contoh sahaja. But I'm sure you get what I'm trying to say here. Think before you speak. I really mean it. Think. Please. Bertanya tu biar kena pada tempatnya. Sebab cara kita bercakap menggambarkan 'kepandaian' kita. If you know what i mean..




Till then,
-intanpayung-