Sunday, December 26, 2010

Perancangan Masa Tua


Salam.

Pernah terfikir tak apa akan kita buat bila kita dah tua? Yelah, hidup ni x selalunya muda. Umur semakin bertambah. Seiring dengan pertambahan kedut. Walaupun korang cucuk botox, korang masih tak dapat liquid umur korang kat mykad korang tu. 

Orang orang yang berjaya ni selalu berfikir jauh ke hadapan. Bukan setakat 10 langkah. Tapi 100 langkah. Sebab kalau 10 langkah tu mungkin sampai tahap kita bekerja je. Tapi 100 langkah tu mungkin merangkumi sampai kita ada anak,cucu, bersara & mungkin 'kiok'. Kita mesti ada lebih dari satu perancangan. If plan A doesn't work, we should have plan B. If we still fail, proceed to plan C, D, E, etc... You know how the alphabets work right?

My mom is a workaholic lady. Kerja, Kerja & Kerjaaaaa~~~ (nada Choral Speaking). She plans everything. What she'll be doing when she retire, when should my brothers get married. Oh, ye.. Mak nak kawinkan Balang & Bangah serentak! Jimat duit! Hahahahhaha... Bagus jugak diorg kawin serentak.. Wakakakkaka~~
"Evil Laugh".. Okay2, my point is, mak ni dah plan siap-siap. Mak dah plan nak bukak syarikat. Something like bussiness2 thing ni lah.. Ade jugak dengar mak nak bukak nursery. Tak kesah lah kan. Takdelah mak duduk rumah je. Mesti boring kan? Nanti bila kakak dah kerja boleh la kakak melabur, lepas tu jadi pemegang saham syarikat tu sikit, lepas tu berkenalan dengan pemegang saham lain yang muda & kacak macam IRFAN KHAIRI and... haaaaa...kan dah start berangan. stop intan!

Berbeza pulak dengan abah. Abah kata abah nak berehat. Penat kerja. Jadi, nak enjoy sepuas puasnya. Duduk rumah. Me & adik x setuju. Selalu paksa abah fikir & plan apa apa kerja masa lepas bersara. Macam macam kitorang cadangkan. Pernah cadangkan bukak kelas memandu macam arwah atok NN buat dulu. But then terfikir, habislah sape yang daftar dengan abah. Lagi dasyat dari pegawai JPJ! When it comes to driving, abah SUPER cerewet! Balang dengan Bangah selalu bertolak tolak x nak drive satu kereta dengan abah. Kadang kadang tu sampai merajuk rajuk. Tapi bila saya drive, xdelah kene marah teruk pun. Biasa je.  Balang Bangah ni 'touching-touching' pulak.. Okay2, lepas tu ada jugak cadangkan kat abah apply bukak francais McD or KFC, sure laku. Tapi abah x minat. Dalam banyak2 cadangan tu, satu je abah terima. Bukak Bowling Centre. Punyalah happy saya & adik saya. boleh main bowling xyah bayar kan. 
Tapi boleh pulak lepas tu abah kata nak bukak 2 LANES je????!!!! When we asked why? Dengan selambanya abah jawab " Satu lane untuk adik, Satu lane untuk kakak.." Saya & adik hanya mampu bertukar pandangan tergamam and terdiam je la yg boleh masa tu.. Abah..Abah..

Okay, itu parents saya. Kalau orang tua tua lain, diorang banyak habiskan masa :

 Lelaki
  • Main dam (macam baba yasser)
  • Lepak kedai kopi
  • Meronggeng kat Kelab Dangdut - Eweee.... Miang miang keladi, makin tua makin menjadi!
  • Pakai smart2 lepas tu naik motor, tayang muka dengan harapan dapat ngorat anak dara org. Tak pun janda. Test power lah tu.

Perempuan

  • Kait baju, alas meja, sarung cushion.
  • Join persatuan suri rumah, bla bla bla..
  • Join Persatuan Gosip Gosip Sekampung / Setaman/ Sebandar
  • Sapu minyak angin/panas 6 kali sehari..

See... Tak produktif sungguh kan mereka mereka di atas ni? Jangan risau.. zaman kita tua tua nanti mesti dah bertukar kan? mana main dah benda benda kat atas ni.. Haritu ada jugak sembang2 benda ni dengan balqis.
Kitorang sependapat bahawa tak nak buat benda benda yang bosan di atas. Mana tau zaman akan datang aktiviti orang orang tua sangat menakjubkan hingga membuatkan semua orang x sabar nak tua?


Antara ramalan kami untuk orang orang tua ganyut 60-70 tahun pada masa akan datang :





  • Masuk ruang chat lepas tu menyamar jadi orang muda.
          Ni Balqis punya idea. Die kata ape class nak pegi bercucuk cucuk tanam ni. Masuk ruangan chat lepas tu menyamar jadi orang muda. Hmmm.. So, nama pun kena lah nampak macam muda muda & funky ye tak? Try guna 'mimi_comey' ke.. "lialicios' ke.. Baru org percaya muda kan? Lepas tu nanti ayat chat tu janganlah mcam org tua. Kenelah ikut perkembangan ayat semasa. Zaman sekarang ni budak2 muda akan cakap macam org xde gigi.. "awak...awak cihat tak? alolololololo~~~ cian nyew diew.. Mamam ubat taw..namau noti-noti.. hik hik hik.." Zaman hadapan x tau lah pulak trend die camne kan.. Lagi satu jangan masa chat tu kene chill beb.. Jangan lah jadi kayu sangat. takpun pegi bersyarah pulak situ. Nama dah best, skali bagi nasihat & petua petua hilangkan ketuat..erkkk!!!


 
 
  • Main Game Dengan Husband
Haaaa.. Yang ni best. Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang antara suami isteri. Takdelah suami asyik dok melepak kat kedai kopi je kan tunggu anak dara lalu.. Kalau Play Station masih popular masa tu, x kesahlah. Main je game tu dengan husbang 24-7. Mainlah race kereta ke, tembak tembak ke.. Mesti best. Tutup Lampu, pasang air-cond...oit3..fikir ape ha? Main game dalam suasana macam tu lah best. Untuk menghangatkan lagi game tersebut, korang boleh buat camni, sape kalah, die kene masak untuk ari tu!
Hahahhaha.. mesti best kan? Ape? Tak adil? Ohh.. Mestilah lelaki terer race2 & tembak ni kan? ape susah, kalau u all rasa malas nak masak hari tu, U paksalah your husband main game yg 'masak masak  cake' or 'Sally Saloon' tu. Gerenti wife yang menang.. Kalau husband u tak nak main tu, u cakap je 
"Baby... Kalau baby xnak main game ni,Malam ni, baby tido luar!!!" Nampak x? Mane2 pun wife jugak yg menang!! NGiahahhahahhaha!!!!!



  • Rumah kata pergi, Kubur kata mari
Tak sedar ke umur tu dah lanjut? bawak bawak lah bertaubat.. Rajin rajinlah lawat masjid.. Semayang Jemaah.. Kan bagus tu. Banyak pahalanya. Ajar cucu mengaji..Kalau larat lagi ziarah lah Kaabah tu lagi.. Sedarlah.. makin lama umur kita kat dunia ni, makin banyak dosa yang kita lakukan.. Jangan asyik kejar dunia je.. tak puas ke 60-70 kejar dunia?
Kita ni bila bila masa boleh 'gol'. Pedas x? Pedas x? Tapi itulah realitinya..


p/s: Antibodi saya agak lemah. Tapi lemah kat mesir je. Kat Malaysia sangat jarang sakit. Sini demam sampai pengsan2. sampai kene IV injection. Serik weyhhhhh... Patutnya esok kene sekali lagi IV. Tapi rasa macam xnak pergi. Memanglah x sakit. Tapi saya fobia dengan jarum.

5 comments:

drbalqis said...

haha,kita mna tau 20,30 tahun akn dtg lg canggih kot teknologi dr skg.intan,aku rasala klu aku main game,x mknla jwbnya..,bole jg klu kita mnyamar kat chatting room,bg advice kesihatan.we are doctors right?lari org,oh dokter nerd pla.

siapa IRFAN KHAIRI??

sepet yamauchi said...

ko x sihat??aku mimpi ko sakit..ko admit kat spital aku keje...aku terkejut tgk name ko...aku g tgk ko...ko lemah sgt2...aku rindu ko sgt2~!!

Khairunnisa Ithnain said...

gelak guling2 aku.
dan tiba2 aku terpikir, nnt ko tua cmne ek tan tan?
teringin nak taw/ :D

mysa said...

hehe.tua2 nt buat kje berfaedah kot. cm tulis jurnal ke...

Jas Elegant said...

Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada web-owner. Mari kita semua merancang kewangan kita sebelum persaraan supaya boleh membantu untuk kesenangan kehidupan selepas bersara nanti. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381 / +6012-776 0219
E: jas.elegant@gmail.com
W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
.
“ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”