Tuesday, March 22, 2011

Kecek Nge Tange!

Entry ini ditulis menggunakan laptop baru sambil dengar lagu Shania Twain-Forever & Always. Kalau ada masa dengarlah lagu ni.Best.Betul. Tak tipu.


Hari ni 22hb. 26hb dah nak balik egypt balik. Tension. Sangat. Kenapa saya tulis sepatah sepatah ni?
Hmmmm.. Tapi 25hb ikut mak buat program kat Concorde KLIA. So,nanti bertolak dari sana ke airport. Dah lah dari university saya,saya sorang je perempuan. Takpe,boleh buat punya. Dulu from Dubai pun relax je balik sorang.


Sementara dah nak balik ni,nak senaraikan semula perkara perkara yang terjadi sepanjang winterbreak yang mmg break sungguh.


Best & Tak Best. *Tapi rasanya best je

  • Pak Long bawak lari ke Dubai due to riot in Egypt. Merasa Dubai. Nearly 5 days. Mmg rezeki. Tengah Winter Sale. Gila punya Sale. 90%!! All branded. Zara, American Eagle, Pull & Bear.. Just name it! I bought glasses,jeans,blouse,bag, purse. Puas hati. Balik Malaysia sorang diri.
  • Balik Rumah opah terus kene tabur dgn beras. Terkejut. Acara tangis menangis pun berlaku. Tapi saya x nangis. 
  • Pergi rumah junior & kilang daddy nya. Best wooo.. Pakcik Majid hadiahkan kereta sports Mercedes sempena birthday isterinya. Best x ? Bangga tgk org melayu yg berjaya. Tumpang gembira.
  • Pergi Kelantan dengan mek mek sekalian. Tengok Ikah, kawan satu uni kawin.21 tahun dah kawin. Semoga bahagia anak cucu. Sangat best & enjoy. Melawat kampung kampung.. Best gila suasana kampung. Tiba tiba teringat Mizah yang nakkan hubby-to-be yg ada kampung. Saya pun dah tukar fikiran. Saya pun sama. Nak yang ada kampung. Oh ye, saya dah pandai cakap kelantan. "Kesuk hati --> kene bunyi ngidung sikit" & "Kecek Nge Tange--> Talk to the hand"
  • Convocation balang. Tahniah Balang. Penat tiqah & adik tunggu kat luar 5 jam. Sempat lagi buat video ucapan untuk Balang yang kuat meragam. Night before me belanja family makan dekat D'Rimba.
  • Pergi Lat Kg Boy The Musical Theatre kat Istana Budaya. Hadiah from Pot as a birthday present. Seriously, I love theatre.Dah lama nak tengok teater.Selama ni tengok kat UM je. Tengok dengan adik,pot, & fad. Boleh pulak orang depan saya tidur masa tengok teater?? Sabooorr je laaa... Seriously, hanya dengan tengok teater,hati saya boleh jadi cair..
  • Hot Air Balloon Carnival. Walaupun tak dapat naik, tapi dapat tengok depan mata pun dah cukup best. Walaupun hampir terjumpa, saya ttp enjoy that day. Nasib tak jumpa, sebab saya tak tau how to react. Kalau ada kat luar negara hot air balloon carnival, mmg saya nak pergi. Sebab saya tak larat bangun pagi & berebut tiket. 300 tiket sold out in half an hour. Give Up!!
  • Birthday pertama di Malaysia since belajar kat egypt.Abah bagi Memoir of Tun Dr. Mahathir as birthday present (on request). Thanx abah.. Dapat satu beg besar baju baru. Dapat gelang kaki. Terima kasih mak. Oh ye, mak buatkan beg untuk bawak pergi kuliah ada tulis nama.. =)))))




Banyak rupanya aktiviti dalam sebulan setengah ni. Bye Malaysia. Summer lewat sebulan. Uwaaa~~~!!

6 comments:

pot said...

best plak aktiviti cuti..winter break ni pun mmg bermakna gila bg aku..hehe nk bt entri jg la :P

edoraemon said...

hahahhaha.
bila bday ko tantan?
aku ada wish tak?

*ingtingt lupa

Anonymous said...

POT- BUAT2..JGN X BUAT!!
FAZ-X............KO X WISH AKU!!!!!! 10 MARCH KOTTTTTTTTTTT

hamzah ian said...

org obersi ni.. hehe..

ewanthology said...

seronok blaja obersi yek

intanpayung said...

hamzah- orang mesir sementara je..
delarocha - boleh la tahan,,seronok juge..