Wednesday, March 16, 2011

Susahnya menjadi Ibu (Saudara)

Chilren is like a white cloth. Its our job & responsibility to paint them. We can paint it with dark colour, or clourful.Like rainbow. But it's not an easy job. It's a tough job. Difficult job. Confusing job. Tricky job. So, we have to teach smart.

That's what I'm facing right now. Playing a role as ibu........... saudara. Ya.. Ibu Saudara! hahahha..
Gaya tulis dah macam mak orang kan? Tapi korang ingat senang ke nak jadi mak sedara? Susah tau tak? Susah!!! Kena banyak bersabar dengan segala DOGAAN *gaya pendekar bujang lapok.

Contoh -->


Saya ada sorang je anak sedara. Anak along saya.

Pada suatu hari, burung pun tak berkicau haritu. Ada yang bekerja, ada yang pergi ke Macy (along,saya,adik,anak sedara), ada yang bergembira (along saya saja.Saya dgn adik saya tak gembira langsung temankan along shopping houseware.Mentang2 sale nak mati. Curse the Macy!)

Sepanjang perjalanan ke Macy yang tuttttttttt itu, anak sedara saya=diniy tidur. Jadi,bila sampai,tentu mood dia tak baik. Biasalah tu. Dia pun meragam ragam taknak turun kereta. Puas kami pujuk. Lama lama lepas tu,oklah,dia nak turun. Tapi nak mak dia yang dukung. Eii... ni yang geram ni. Mak dia pregnant 5 bulan setengah. Takkan nak dukung die yang tiga tahun tu. Meragam ragam nak along dukung. Saya tak bagi. Saya offer diri saya yang dukung. Dia taknak. Saya tak kisah, saya sauk je dia and dukung. Biarlah dia menangis nangis masa saya dukung.

Tipulah nak biar je dia nangis kan? So, saya ingatkan die tentang cerita api neraka. Saya ada ceritakan die pasal api neraka. And dia agak takut. So, nilah perbualan kami..

Diniy : Nak mak ukunggg..nak mak ukunggg... Uwaaaaaaa~~~ *masa ni saya tgh dukung dia.
Saya : Diniy, ingat tak uda cerita pasal api neraka tu? *diniy panggil saya uda=mak uda

Diniy : Ingat! *mata terbulat bulat.
Saya : Ok.Api neraka tu macamana?

Diniy : Api neraka tu besarrrrrrrrrrrrr angat.. *sambil depakan tangan* Anassssssshhhhhhhhh angat....! Macam iron. *dia dulu pernah pegang iron yg panas.padan muka dia.
Saya : Api neraka tu lagiii panas daripada iron. Diniy takut tak? Nak masuk api neraka tak?

Diniy : Taknakkkk.. niy akutttttt....
Saya : Kalau takut,jangan lawan cakap mak..jangan susahkan mak tau..kena ikut cakap mak. Nanti tuhan marah.Tuhan campak dalam api neraka. Ikut cakap mak tau lepas ni.

Diniy : *angguk anguk kepala.
Saya : Okay, siapa yang tuhan masukkan dalam neraka?

Diniy : UDA!!!!!



Tersentap. Hanya mampu tengok diniy dgn telinga yang berasap asap sambil dengar hilai tawa along & adik kat belakang. Hampeh betul anak sedara. Penat je buat siri perbualan ilmiah. Tengok tengok diri sendiri yang kena. Rasa apa tau masa tu, rasa macam nak panggil je baiya jual aiskrim kat sebelah & cakap :

"Baiya, baiya ambiklah budak ni bawak balik rumah. Saya taknak dah. Baiya buatlah apa yang baiya nak dengan budak ni!"

GERAM!!

Sunday, March 13, 2011

Wise Man

I used to have it in my hand safely.

But I let it go.
Because wise man used to say,

"If you love something, set it free. If it comes back to you, its yours forever "

But it doesn't. So i guess it was never meant to be.

I'm cursing the wise man,
because there's no warning to not set it free together with my heart.

Now i can never get it back.
DAMN!


p/s: bukannya rindu bukannya sayang.. hanyo den tak dapek lupo..

Tuesday, February 15, 2011

Jika kau bercinta lagi


Jika Kau bercinta lagi

cintalah sepenuhnya

jika kau bercinta lagi

jagalah kau hatinya



engkau yang memilihnya

tanpa memikirkan tentang diriku

kini ku hanya dapat berdoa

agar berbahagia kau disampingnya



Jika Kau bercinta lagi

cintalah sepenuhnya

jika kau bercinta lagi

jagalah kau hatinya



aku tak dapat menghalang

engkau punya kemahuan sendiri

biarku hidup hanya mengenang

peristiwa yang tak dapat ku lupa



kini aku hanya dapat berdoa

agar berbahagia kau disampingnya

selamat tinggal

aku mengundurkan diri
 
 
p/s : biarku hidup hanya mengenang...peristiwa yang tak dapat ku lupa..

Monday, January 17, 2011

SEMULIA MULIA guru dan SEHINA HINA guru

Assalamualaikum...


Take a deep breath. Relax your mind.Stay calm.. Find your rationality. This entry could trigger your anger. You're going to disagree. But, what i'm gonna write is all about reality. From people around me. Where we should learn from it.

Inhaling? here we go.. *i'm gonna mix my language

'Teacher' is a very noble profession. Atau dalam bahasa melayunya, PENDIDIK. Mendidik & membimbing manusia kecil menjadi 'manusia'. Daripada buta huruf,kini kita boleh mengarang. Dan menulis blog.  Yang mambantu kita membina hari muka.Tetapi awas, semulia mulia pekerjaan ini boleh menjadi sehina-hina pekerjaan.

I'll tell u in advance that some of this entry is about to 'mark' nowadays teacher. Let me tell you in advance also, that every generation of my big family must has at least 1 teacher. 2 of my aunts are teachers. My beloved brother 'banglang' is a teacher. One of my parent's job is handling teachers. Kind of principles. But my parents are not teachers. Nevermind, u wont understand. My point is I live in a surrounding of teachers.

Guru-guru sekarang dah hilang jatidiri. Jatidiri sebagai pendidik. Mereka dah mengabaikan betapa sucinya, betapa mulianya tugas ini. Saya akui, tugas mendidik ini tugas yang berat. Bukan senang kita nak membentuk seseorang. Banyak cabaran. 

So, in my opinion, first they should know their nawaitu. Renew it. Because nawaitu is the most important thing that will lead to the result.Kebanyakan dari guru guru sekarang ni memilih profesion ni kerana 'terpaksa'. Not because of passion. They cant get any place in any university due to competition, 'teacher' is their  only option. Don't deny it!

Saya pun tak tahu lah nasib saya dikelilingi guru guru yang uhhhh... Sampai sekarang saya geleng kepala. By the way, saya bukan jenis yang selalu kena marah cikgu ye. Saya ni biasa biasa je.Tapi saya selalu tengok kawan kawan saya. Dan saya selalu lagi dapat tengok kejadian kejadian yang tidak diingini. Tapi Alhamdulillah, saya masih berjaya mengenali guru yang betul betul didefinisikan sebagai guru. Dan  hormat mereka. Saya sayang mereka.

Lets just go to my experience & explanation.

  •  Ada cikgu darjah satu. Not my class. Garang gila nak mati. Kalau marah budak tu, orang besar dengar pun boleh pengsan. Padahal salah budak tu kecik je. Kadang kadang tu memang x salah pun. Bahasa yang digunakan pun memang kasar.
-Helloooo!!!! They are seven years old tiny little creature! Baru masuk sekolah.Baru nak belajar survive hidup sendiri. Cakaplah lah elok elok. Budak2 ni lembik hati kalau kita cakap elok2. Puji2 sikit, gerenti ikut cakap kita. Marah tu tujuannya untuk nasihat. Bukannya untuk melepaskan marah. Tak perlu guna bahasa2 yang tak elok. Kalau diorang ikut macamana? Contoh melalui tauladan. Kalau budak2 dah takut sngt dgn cikgu tu, diorg akan mula ponteng kelas. 
Mindset ---> school=scary. They should respect you. Not fear.

  •  Ada cikgu darjah 5 & 6. Ajar english. Lagilah garang! Mulut yang ni lagi laserrrrrrrr!!! 2 thumbs up punya! Macam nak berdarah telinga dengar.Sangat sangatlah pilih kasih. Obvious sangat!!Jenis jenis student yang dia akan sayang habis mestilah 'Kaya, Cantik @ Comel, Top Student'. Selain daripada tu, mmg salah jelah kat mata dia. Ada sekali tu, dia tanya siapa yang x siap kerja dengan muka garang gila! 2 orang berdiri. Sorang kesayangan dia, sorang lagi student biasa.Guess what she did? She ask 'her' student to sit down. And scolded the other girl. Alasan? Sebab murid kesayangan dia tu pengawas. Dia banyak kerja nak buat.tu sbb x siap homework.dimaafkan. Come on man.. Tugas pengawas masa sekolah rendah apa sangat? Tunggu kat pintu pagar pagi2 je kot! And i was like " what the hell???" Eh,mase tu x reti cakap mcm ni lagi.hehehe.. Kesian gila kawan saya tu. 
  •  Saya pulak berusaha sungguh nak dapatkan perhatian cikgu ni. Saya nak jugak kena puji puji dengan dia. Nak jugak disayang sayang.. Pathetic x? Saya selalu buat kerja dia, belajar english dgn mak kat rumah, kalau homework dia saya buat kemas2, siap warna2 lagi. Tapi dia tak pernah pandang saya. Yelah, saya tak kaya, x cantik @ comel, bukan top student. Last2 saya give up. Tak nak dah terhegeh2 dekat dia yang pilih kasih tu. Tapi, akhir tahun 6 dia tiba2 alihkan perhatian kat saya. Know why? My mom came to school, to do some programme. And my teacher just knew that my mom was 'somebody' in our small town. I still regret because she liked me not because of my effort, but because of my mom.
- Tolonglah jangan pilih kasih dengan anak murid. Semuanya sama. Nak kemana dengan kekayaan student tu. Surely their parents wont put your name in their will. Kesianlah dekat anak murid. Mereka mahu perhatian yang sama. Tanggungjawab anda sama untuk setiap pelajar. Tak lebih tak kurang. Oh ya. Saya BENCI pembodek. BENCI GILA! Pembodek cikgu ke.. Pembodek boss ke.. They are all first class bulshitters! Fakta mengenai pembodek, diorang akan puji melambung bila di hadapan. Kat belakang, kutuk melambung. Tapi diorang yang dapat naik dengan goyang kaki. Orang lain yg berusaha kena tindas. So cikgu2, kalau ada student2 yang bodek tu, jangan lah terpedaya. Carilah potensi pelajar yang harus dicungkil. bukannya potensi pembodek berjaya. Sampai bila lah diorang nak lap bontot korang? Once diorg dah berjaya, they will ditch you in a snap!




  • Disebabkan saya join pidato, maka saya terlepas exam add math. Maka saya ambik secara perseorangan di bilik penolong2 kanan. Miss Tang tinggalkan saya dan sambung mengajar. Then, ada 2 guru kanan yg lain masuk dan bercerita. Mula2 saya tak ambik pusing apa yg disembangkan. Sampailah tiba2 salah seorang mereka ambik file & tutup lompang tingkap(cermin hilang).Tingkap tu memisahkan bilik miss tang dan tempat mereka bergosip. Tapi, Ya Allah, saya dengar sebijik2 apa yang diorang sembang. Mereka punyalah mengutuk & mengata & merendahkan & menggelakkan & segala 'me..' lah! tentang seorang student kelas last yang masih tak tahu menulis & membaca. Saya memang terkejut gila. Memang x tenang saya buat exam. Sebab saya tak sangka mereka macam tu. Patutnya mereka cari berbincang cari jalan macamana nak tolong student tu. Bukan untuk dijadikan bahan ketawa.
  • Guru yang sama..Panggil kawan saya ke biliknya, & sound dia seperti biasa.. ugut nak bgtau parents. And panggil kawan saya 'pelajar bermasalah' betul2 depan muka kawan saya. Seriously??? 
-Kawan saya betul2 sedih dilabel macam tu. Dia cerita kat saya sampai nak nangis. Perlu ke label pelajar tu depan2 dia. Agak2nya, lepas dilabel macam tu, kawan saya tu bersemangat ke nak ke sekolah? semangat ke nak belajar? belum apa2 lagi, semangat dah dijatuhkan oleh seseorang yang bernama 'guru'. Padahal kesalahan kawan saya tu amatlah kecik.Tp saya tak ingat dah ape. Dah nama budak2 sekolah. haishh.. 

Ada jugak cikgu2 yang x berapa gemar dengan saya. Tapi x boleh nak buat apa sebab saya ada cikgu2 saya sendiri yang akan bela saya. Lagipun pengetua baik dengan saya. Cikgu disiplin pun baik jugak. Sampai kawan2 cakap pengetua tu kawan baik saya. Saya pun tak tau kenapa ada cikgu2 yang x suka saya.Padahal saya x carik pasal pun.Saya beruntung sangat sebab dapat kenal Cikgu Sheeda (bukan yg You-tube tu tau!), Cikgu Huda, Cikgu Salamiah,Cikgu Hajar, & Arwah Cikgu Rosliza. Saya sebutkan nama sebagai tanda penghargaan. Mereka inilah guru yang sebenar benar guru. Mereka betul2 kenal Intan Nur Atiqah dan banyak bantu saya saat saya jatuh. Terima kasih cikgu.Diorang layan saya macam kawan. Saya boleh masuk bilik SPBT sesuka hati macam bilik tu saya yang punya. Bawakkan buah & kerepek untuk saya. Kadang2 kami sama-sama mengumpat guru2 kanan! HAHAHA..Terima kasih ya cikgu..

  • Ada pelajar ni nak mintak penjelasan untuk markah kokurikulum SPM yang rendah sedangkan dia sangat aktif. Student yang tak join apa2 dapat markah lagi tinggi.End up, cikgu tu emo2 and marah student and rudely toward the parent. Siap buat status kat fb buruk burukkan student ni.

Paling low standard. Anda seorang guru. Selesaikan secara profesional. Pelajar tu datang secara baik untuk dapatkan penjelasan. Bukan nak menyerang. Asal bawak parents je, fikir nak serang? Think bigger than your brain. Just terang kan jelah sistem pemarkahan macamana. Kalau betul anda salah, mengaku & betulkan kesalahan. Tak salah mengaku kesilapan. Benda tu mulia.bukan keji. Tambah2 pulak melibatkan masa depan pelajar tu.Lagi satu, tolongla hormat ibu bapa pelajar. At least jangan kurang ajar. What exactly you want to show to the parents. This is the rude irrational teacher that teach your child??  

Buat status kat FB? FB? Dear teacher, want to know some fact? Your actually can think BIGGER THAN THE SIZE OF YOUR BRAIN!! Soooo childish & unprofessional! Mana perginya etika sebagai guru? Atau sebagai kakitangan kerajaan? The report should be confidential! And post it to fb? That is the most ridiculous thing that i've ever heard for a teacher! Dahlah tak ceritakan perkara sebenar.. If u really want to make it public, tell the story from A-Z. You cant read a page from a book and make your assumption. Cikgu mengadu pasal student dekat fb? Stupiddest thing EVER! Why the hell cikgu tu nak memburuk burukkan student? Of courselah kawan2 student tu akan judge melalui status anda and start prejudicing that poor student. Those with big mouth & no brain surely will hate the poor student without even investigating. Urrrghhh.. Do you really call yourself a teacher?? Such a shame.

Me once used to say, kerja cikgu ni senang. Ajar benda sama setiap tahun. Orang lain kerja pagi sampai petang. Cikgu pulak, budak balik dia balik. Separuh hari. Budak cuti sekolah, dia pun cuti sama. Gaji tiap tahun sure naik je.. But I know, kerja ni nampak mudah, tapi pengisiannya tu cukup susah. Tapi disebabkan perangai2 guru2 ni mcm pengalaman2 saya di atas nilah yang buatkan saya cakap macam ni. Saya panggil mereka sekadar guru=hanya pekerjaan untuk menyara hidup. Bukannya pendidik=mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. SAYA SANGAT HORMATI GOLONGAN SEBEGINI. Tabik spring.


Guru2 Malaysia patut mencontohi guru/pensyarah di mesir. Mereka memang menganggap pelajar seperti anak mereka. Layanan juga seperti ibu dan ayah. Perkataan2 yang baik sahaj keluar dari mulut mereka.Cakaplah anda tak faham 10 kali. Mereka akan terangkan sampai faham. Suruhlah mereka ulang 10 kali, mereka akan ulang 10 kali. Kalau kat malaysia mintak ulang 10, alamat nak kena ketuk lah tu! Alhamdulillah, setakat ini, semua yang mengajar kami adalah pendidik. Saya sayang mereka. Saya hormat mereka.

Tolonglah guru guru sekalian.. Jalankan tugas anda dengan sebaik baiknya. Hormat tanggungjawab yang anda pegang sebagai pendidik. Murid murid anda memerhatikan cara anda dan cara anda tu memberikan kesan kepada mereka seumur hidup. 

TERIMA KASIH CIKGU YANG MEMBANTU SAYA HINGGA KE TAHAP INI. MINTA HALALKAN SEGALA ILMU YANG DIAJAR.

p/s: Maaf jika entry ini menyentuh sensitivity sesetengah pihak.

 

Sunday, December 26, 2010

Perancangan Masa Tua


Salam.

Pernah terfikir tak apa akan kita buat bila kita dah tua? Yelah, hidup ni x selalunya muda. Umur semakin bertambah. Seiring dengan pertambahan kedut. Walaupun korang cucuk botox, korang masih tak dapat liquid umur korang kat mykad korang tu. 

Orang orang yang berjaya ni selalu berfikir jauh ke hadapan. Bukan setakat 10 langkah. Tapi 100 langkah. Sebab kalau 10 langkah tu mungkin sampai tahap kita bekerja je. Tapi 100 langkah tu mungkin merangkumi sampai kita ada anak,cucu, bersara & mungkin 'kiok'. Kita mesti ada lebih dari satu perancangan. If plan A doesn't work, we should have plan B. If we still fail, proceed to plan C, D, E, etc... You know how the alphabets work right?

My mom is a workaholic lady. Kerja, Kerja & Kerjaaaaa~~~ (nada Choral Speaking). She plans everything. What she'll be doing when she retire, when should my brothers get married. Oh, ye.. Mak nak kawinkan Balang & Bangah serentak! Jimat duit! Hahahahhaha... Bagus jugak diorg kawin serentak.. Wakakakkaka~~
"Evil Laugh".. Okay2, my point is, mak ni dah plan siap-siap. Mak dah plan nak bukak syarikat. Something like bussiness2 thing ni lah.. Ade jugak dengar mak nak bukak nursery. Tak kesah lah kan. Takdelah mak duduk rumah je. Mesti boring kan? Nanti bila kakak dah kerja boleh la kakak melabur, lepas tu jadi pemegang saham syarikat tu sikit, lepas tu berkenalan dengan pemegang saham lain yang muda & kacak macam IRFAN KHAIRI and... haaaaa...kan dah start berangan. stop intan!

Berbeza pulak dengan abah. Abah kata abah nak berehat. Penat kerja. Jadi, nak enjoy sepuas puasnya. Duduk rumah. Me & adik x setuju. Selalu paksa abah fikir & plan apa apa kerja masa lepas bersara. Macam macam kitorang cadangkan. Pernah cadangkan bukak kelas memandu macam arwah atok NN buat dulu. But then terfikir, habislah sape yang daftar dengan abah. Lagi dasyat dari pegawai JPJ! When it comes to driving, abah SUPER cerewet! Balang dengan Bangah selalu bertolak tolak x nak drive satu kereta dengan abah. Kadang kadang tu sampai merajuk rajuk. Tapi bila saya drive, xdelah kene marah teruk pun. Biasa je.  Balang Bangah ni 'touching-touching' pulak.. Okay2, lepas tu ada jugak cadangkan kat abah apply bukak francais McD or KFC, sure laku. Tapi abah x minat. Dalam banyak2 cadangan tu, satu je abah terima. Bukak Bowling Centre. Punyalah happy saya & adik saya. boleh main bowling xyah bayar kan. 
Tapi boleh pulak lepas tu abah kata nak bukak 2 LANES je????!!!! When we asked why? Dengan selambanya abah jawab " Satu lane untuk adik, Satu lane untuk kakak.." Saya & adik hanya mampu bertukar pandangan tergamam and terdiam je la yg boleh masa tu.. Abah..Abah..

Okay, itu parents saya. Kalau orang tua tua lain, diorang banyak habiskan masa :

 Lelaki
  • Main dam (macam baba yasser)
  • Lepak kedai kopi
  • Meronggeng kat Kelab Dangdut - Eweee.... Miang miang keladi, makin tua makin menjadi!
  • Pakai smart2 lepas tu naik motor, tayang muka dengan harapan dapat ngorat anak dara org. Tak pun janda. Test power lah tu.

Perempuan

  • Kait baju, alas meja, sarung cushion.
  • Join persatuan suri rumah, bla bla bla..
  • Join Persatuan Gosip Gosip Sekampung / Setaman/ Sebandar
  • Sapu minyak angin/panas 6 kali sehari..

See... Tak produktif sungguh kan mereka mereka di atas ni? Jangan risau.. zaman kita tua tua nanti mesti dah bertukar kan? mana main dah benda benda kat atas ni.. Haritu ada jugak sembang2 benda ni dengan balqis.
Kitorang sependapat bahawa tak nak buat benda benda yang bosan di atas. Mana tau zaman akan datang aktiviti orang orang tua sangat menakjubkan hingga membuatkan semua orang x sabar nak tua?


Antara ramalan kami untuk orang orang tua ganyut 60-70 tahun pada masa akan datang :





  • Masuk ruang chat lepas tu menyamar jadi orang muda.
          Ni Balqis punya idea. Die kata ape class nak pegi bercucuk cucuk tanam ni. Masuk ruangan chat lepas tu menyamar jadi orang muda. Hmmm.. So, nama pun kena lah nampak macam muda muda & funky ye tak? Try guna 'mimi_comey' ke.. "lialicios' ke.. Baru org percaya muda kan? Lepas tu nanti ayat chat tu janganlah mcam org tua. Kenelah ikut perkembangan ayat semasa. Zaman sekarang ni budak2 muda akan cakap macam org xde gigi.. "awak...awak cihat tak? alolololololo~~~ cian nyew diew.. Mamam ubat taw..namau noti-noti.. hik hik hik.." Zaman hadapan x tau lah pulak trend die camne kan.. Lagi satu jangan masa chat tu kene chill beb.. Jangan lah jadi kayu sangat. takpun pegi bersyarah pulak situ. Nama dah best, skali bagi nasihat & petua petua hilangkan ketuat..erkkk!!!


 
 
  • Main Game Dengan Husband
Haaaa.. Yang ni best. Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang antara suami isteri. Takdelah suami asyik dok melepak kat kedai kopi je kan tunggu anak dara lalu.. Kalau Play Station masih popular masa tu, x kesahlah. Main je game tu dengan husbang 24-7. Mainlah race kereta ke, tembak tembak ke.. Mesti best. Tutup Lampu, pasang air-cond...oit3..fikir ape ha? Main game dalam suasana macam tu lah best. Untuk menghangatkan lagi game tersebut, korang boleh buat camni, sape kalah, die kene masak untuk ari tu!
Hahahhaha.. mesti best kan? Ape? Tak adil? Ohh.. Mestilah lelaki terer race2 & tembak ni kan? ape susah, kalau u all rasa malas nak masak hari tu, U paksalah your husband main game yg 'masak masak  cake' or 'Sally Saloon' tu. Gerenti wife yang menang.. Kalau husband u tak nak main tu, u cakap je 
"Baby... Kalau baby xnak main game ni,Malam ni, baby tido luar!!!" Nampak x? Mane2 pun wife jugak yg menang!! NGiahahhahahhaha!!!!!



  • Rumah kata pergi, Kubur kata mari
Tak sedar ke umur tu dah lanjut? bawak bawak lah bertaubat.. Rajin rajinlah lawat masjid.. Semayang Jemaah.. Kan bagus tu. Banyak pahalanya. Ajar cucu mengaji..Kalau larat lagi ziarah lah Kaabah tu lagi.. Sedarlah.. makin lama umur kita kat dunia ni, makin banyak dosa yang kita lakukan.. Jangan asyik kejar dunia je.. tak puas ke 60-70 kejar dunia?
Kita ni bila bila masa boleh 'gol'. Pedas x? Pedas x? Tapi itulah realitinya..


p/s: Antibodi saya agak lemah. Tapi lemah kat mesir je. Kat Malaysia sangat jarang sakit. Sini demam sampai pengsan2. sampai kene IV injection. Serik weyhhhhh... Patutnya esok kene sekali lagi IV. Tapi rasa macam xnak pergi. Memanglah x sakit. Tapi saya fobia dengan jarum.

Tuesday, December 14, 2010

CHORAL SPEAKERS~~

I know this is out-dated entry. Yang lain dah ramai yang update pasal ni. But me, memang banyak idea, but laziness win me.


FIESTA ZAGAZIG- bila entah dah lupa. Kan dah cakap tadi dah lama dah benda ni jadi. One of the best moment ever happened in Zagazig. And the most bussiest week! If i have the chance to re-live it again,
I'll say....... NO WAY!! Tapi kalau bagi RM 100, i dont mind AT ALL.hehehe..


Thumbs up for those involved. Especially those who came up with the ideas. Even kat Malaysia, program ni dikira sebagai program yang SANGAT SANGAT BIASA and kalau diberi markah mungkin setakat 6/10.


TAPI.. ada TAPI okay! Tapi bila dah di bumi mesir ni, ianya boleh dilabelkan sebagai EXTRAVAGANT!
Yelah, dengan ke'terbatas'an boleh kata dalam setiap perkara, dan kebanyakan program2 sebelum ni adalah stereotype, samaaaaa jaaa, FIESTA kali ni boleh dikatakan berjaya.


Program utama ialah BAHAS ALA PARLIMEN! Penyertaan amat mengharukan. Mengharukan? lantaklah, dah lama tak menulis. Semangat ke'kelas'an sangatlah..errr...err... MENGERIKAN? sebab macam dah assabiah jadinya. Siap ada sepanduk2 & tema warna baju lagi.


And Me? Untuk mengelakkan jadi wakil pembahas, bila ada orang offer jadi Yang Di-Pertua, terus terima tanpa 2nd thought! Hahaha.. Plus, mmg minat sikit mempengerusikan majlis. Teringat masa kat sekolah2 dulu. Kalau saya x jadi doctor, saya nak jadi program planner. Tak kisahlah wedding planner ke, annual dinner ke. Ni kes terpengaruh dengan kerja mak abah ni.


Pengalaman jadi Yang Di Pertua sangat kelakar. Nervousnya lebih dari pembahas. Belum start lagi dah minum air. Masa dah start jangan cakaplah. Habis sebotol air tu minum kat depan.Kesian penjaga masa sebelah saya.x dapat minum. Yang dipertua selepas slot saya pun kesian.AIR DAH HABIS.hahaha.. Dah lah sejuk. Rasa nak kencing pulak. Tapi takkan nak tinggalkan dewan parlimen tiba2 kan. Nampak x professional. Mana boleh. Yang dipertua mesti kene cool sentiasa. By the way, they should call me yang Di-perMUDA okay!!! Thanx kat mak sbb belikan kakak banyak coat aneka fesyen. Ada jugak kegunaan kot-kot tu. Setiap malam Yang diPertua ni tukar coat..hihihi.. Third day tu nak pakai leather jacket. Yelah, warna hitam,ala-ala kot lah tu. Tapi housemates tak bagi. Diorang kata macam
'YANG DIPERTUA MACAM BARU LEPAS KONVOI MOTOR HARLEY DAVIDSON'. They love all these hyperbola words. Cakap jelah x sesuai.

Berlatih di sutuh/rooftop


And, kene handle untuk fatayat games. The only thing that i regret for fiesta. I shouldn't took the responsibility for being leader of the group. I already took too much jobs that week. Moderator, choral speaking & group leader for fatayat game. Well, masa terima offer tu, Min call masa tengah tido. Mamai2 lagi. Tak perasan tarikh tu 3-3 event tu sangat dekat. Menyesal sangat. Sedih sbb tak dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Terpaksa bahagikan kerja dengan anak2 buah. And I even fought with one of the group members. Some of my them fought with each other too! And couldnt do anything about it. Such a LOUSY leader!
I couldn't concentrate on them since i had so much works waiting. Bila fikir2 balik, banyak betul idea keluar yang boleh membantu my group. My mascot should be singa/naga and buat macam tarian singa masa chinese new year tu! Saya boleh bentuk group kecil just untuk cheer!


After that week, i changed my mind. I no longer want to marry PRIME MINISTER. Busyyyyyyy woooooo...
Yang tiga ni je rasa macam nak nangis2! So sorry, the next PM to be. I can no longer be your future wife.


The Best ----> Choral Speaking.


Buat script sehari je. 6 pages.
Cari ahli seminggu.
Berlatih 5 hari.


But we were having fun! Tak sangka adik2 junior sangat cool! And sempoi. Biasa choral speaking 40 org. Tapi dapat recruit 26 org je. Sebenarnya lagi ramai. Tapi ramai yg keluar masuk. Sakit hati jugak mula2, tapi dah lumrah hidup.Jadi berlapang hati je.


Lupalah kat mana letak gambar ramai dengan junior. Ni baru batch kami.






Since this is not a competition, just persembahan penutup, i determined nak buat ni fun2 je. Tak payah strict sangat. So, ada yg saya buat ikut gaya saya. Ada yg saya bagi kelonggaran pada diorang nak buat macam mana. Brainstorming is good you know. Macam2 idea yang keluar. Superb & cute. Saya nak semua rasa happy and menyumbang something untuk menjayakan choral ni. Ayat x boleh blah.
Kami pakai skirt & blazer. Orang atasan suruh pakai baju kurung. Tapi entah macamane budak2 choral speaking ni semua keras kepala. Termasuklah conductor die sekali. HAHA.


Rasa sangat cuak bila hari persembahan tu. Takut orang x faham. And takde sambutan. Tapi semuanya di luar jangkaan. Penonton bersorak and really enjoy our performance. Diorang gelak habis with our jokes. Sampai saya2 sekali gelak masa tengah conduct. Ishhh.. saya ni dahlah cepat gelak. Even VVIP pun rakam our performance. Wakil Medical Club 'kot' which is org arab pun rakam and really amazed with us. Baru kau tau english kitorang macam mane. Selama ni sibuk kutuk cakap kitorg x reti BI, padahal BI korang yg tunggang langgang! hambik kau! geram aku!


Nah, tengoklah kat bawah ni.


Rasa kelakar pulak cara saya conduct diorg. Yekk... Hahaha








p/s : Ada offer untuk perform sekali lagi di khalayak ramai di university. Bamos2!!!



Wednesday, November 3, 2010

The Fact Is....

She's such a  L.U.C.K.Y girl








p/s: one day at a time, i guess i got to take it eventually..