Kehadapan housemateku, Balqis.. Terlebih dahulu,beta nak mintak maaf kerna tak mampu nak update blog ni lebih awal. Maafkanlah kesalahan beta ye? Bukannya ape Qis,dengan kehadiran kekanda beta,Bangah tu merumitkan keadaan. Beta terpaksa rebut komputer ni hari2 dengan die. CIs,leceh betul! Walhal,dia bukannya nak gunakan internet,dia hanya nak main counterstrike je kat komputer ni. Beta mmg murka.tapi nak buat mcm mane kan?pegilah main kat laptop die.Tetapi die berdegil.. Lagipun,beta byk pergi jln2,jadi,beta x dapat nak duduk rumah sangat. Beta pergi Pulau Pinang sebaik sahaja tiba di Malaysia.Kemudian,beta duduk Putrajaya sekejap bersama bonda dan ayahnda sambil menolong mereka dgn kerja pejabat. Buat pengetahuan QIs,selama seminggu tulah bakal seorg doktor ni menjadi secretary kepada boda beta. Kata anak mithali kan? Oh ye,beta baru je balik daripada Port Dickson. Ade rezeki,x lama lagi beta nak pergi Fraser Hill pulak. Ter'membebel' pulak beta. Balqis and Kak Sha Ape khabar? Oh ye Qis,beta sedang bergiat cergas mengikis duit ayahnda beta untuk membeli siri -siri novel charlaine harris..ingat tak Vampire Bill Compton? sebenarnya dia tu jahat tau..Opppss...nanti x suprise pulak! Nampaknya setakat ini sahaja surat beta pada kali ini,beta harus berangkat sekarang. Sebagai tatapan Balqis,beta sertakan bersama gambar2 percutian beta. Diharap anda berdua dapat menjaga diri sepanjang ketiadaan beta. Sampaikan salam beta kepada Kak Sha ek? Salam sayang dan rindu...
Betalah,sape lagi?