Saturday, October 1, 2011

INDIA - Preparation Day

22nd July- Last day of exam. Microb. Oral. Habis je, terus pegi komiyah and did some last shopping for the next day.

Semangat tak ingat dunia. Siap beli baju baru lagi nak pakai esok. Sehelai je. Sehelai. Sebab? Bila saya kata "Aku takda bajulah nak pakai kat India.." Followed by......

Mizah : Kau jangan nak mengada ngada kata takde baju! Sampai nak roboh almari kau tu apa??!!
Qis : Baju kaulah paling banyak intan!
Pot : Blahla kau! Eiiii... baju dia sampai tak muat muat almari kata takda baju lagi! 
Tapi masih tak dapat lawan Balqis punya ayat....

Qis : Aku rasa aku nak bawak 4 PASANG kasut pegi India.. 
Followed by......
Mizah : Woi..kita ni nak pergi travel. Takkan beg kau nak penuh dengan kasut je? Lagi satu, kau jangan mengada ngada nak pakai wedges kau yang tinggi  tu. Nanti terkehel kaki nak jalan jauh!
Qis : Alaaaa... Aku  baru ingat nak pakai dengan skirt aku tu.. cantiknyaaaa...
Me : Qis, aku taulah kita nak pergi India. Tapi tak bermakna kita nak buat videoclip hindustan kat situ nak guling guling tukar baju kasut semua..

Azhani pulak lain ceritanya.. Beg deuter 90L die penuh! bapak berat!! Dia ni nak pindah ke.Tapi dia kata dia larat..oklah tu,

Kami check in paling lama. Sebab tiket kami paling panjang. Berapa bayak punya transit. Habis orang check in tu panggil semuaaaaa kawan kawan die untuk masukkan kod yang mana satu. Me pulak? Terpaksa   panjang lebar terangkan kat makcik belakang pasal apa lambat.

To be continued...
 

Tuesday, September 27, 2011

Pre-India

Habis je exam on 22nd July haritu,esoknya 23rd terus angkat beg ke India. Tapi.. dugaannya... hanya kami & tuhan je yang tahu. Start dari cari tiket sampai lah hari nak pegi. Tapi kami yakin,kalau kami boleh survive mesir,campaklah kami kat mana mana.Hidup punya. Mulanya plan kami tak menentu. Kejap nak ke India. Kejap nak ke Italy. Kalau kami tunggu result keluar,kami ke Italy. Kalau tak,ke India. Tapi since kalau repeat exam pun,lepas raya, kami ambik keputusan ke India then terus balik Malaysia. By the way,Alhamdulillah.. kami semua lulus exam & dapat naik tahun. Senyum!

Dari sekecik kecik masalah ke sebesar besar masalah yang kami hadapi ialah :

1) Kami terdiri daripada 4 orang gadis sahaja. Ya. Hanya kami 4 orang. Sebab apa?

 Sebab susah nak cari orang yang sekepala yang rilex yang tak cerewet nak jalan jalan ni. Lelaki? Errmmm..ermmm.. *mintak mintak takdelah yang baca ni* As for me,diorang ni susah nak buat keputusan. Susah nak komited. "Tengoklah dulu", "Camne plan?" "Ishhh..dengan sape je lagi?" "Bajet berapa?" "Eh,India? berani ke?" Kami yang perempuan pun tak tanya macam tu. I mean,of course la kena plan betul betul. Tapi kami sendiri pun tak pernah sampai tempat tu.So,why not figure it out together? If I want something,I'll make sure i get it. Susah sikit takpe. Lagipun saya ni jenis yang redah je. It's fun! Saya ni,kalau ada sorang je kawan pun cukup. Asalkan dapat berjalan. Oh,saya just bagitau parents saya nak ke India dengan kawan kawan saya. Saya tak pernah bagi detail. Sure sure diorang risau. Dah balik baru diorang tau saya berempat perempuan je. Sampai sekarang my dad tabik spring kat saya.

2) INDIA??????!!!!!! Kenapa India??

Tak ramai yang tau plan kami ke India ni. Memang sengaja rahsiakan. Berdasarkan insiden tahun lepas,baik senyap senyap je. Tapi ade jugak yang kami bagitau. Macam macam jenis reaksi yang saya dapat bila saya bagitau kami nak ke india.

 "India??? Kenapa India???" "Kenapa taknak round europe? negeri mat salleh?" "Siapa punya idea ke india ni?" "Hah??? India?? korang biar betul!!" "Siapa yang hasut korang ni?" "Ada apa je kat India tu?" "India tu bahaya tau tak??" Rasa sakit hati pun ada kadang kadang.Tapi sabar je.

Lain orang, lain tujuan mengembara. Mengembara. Cewah!! Ada yang nakkan bilangan negara yang dilawati. Ada yang just nak menunjuk nunjuk kan kawan kawan. Ada yang nak tempat yang best best standard gitewwww! Tapi, saya suka melancong sebab saya nak tengok dengan mata kepala sendiri culture & tradition negara lain. Yang hanya boleh dapat kat negara itu sahaja.Kos pulak sesuai dengan status pelajar saya ni. Jadi kenapa India? Sebab India ni sangat kaya dengan budaya & tradisi yang unik & tersendiri. Tamadun yang wujud sejak lama dulu. Boleh dapat kat Europe? Kebanyakan negara negara europe ni stereotype. Lebih kurang sama. Kredit lagi pasal India ni, sebab dia on the way balik from egypt to Malaysia. Matawang rendah. Makcik Balqis ada sana. Kat Karaikudi & Chennai. So,2 tempat dah settle tempat tinggal dengan makan. Pakej tak pakej? Haaa.. lagi satu. Sebab ada Taj Mahal. Saya ni berangan nak kumpul 7 keajaiban dunia.

3) Traveling bag, Flight Ticket, & Visa

Traveling bag - Merata rata kami cari deuter. Ada yang soal siasat habis habis. Ada yang 2-3 kali hantar ke rumah, ada yang paksa ambik, ada yang siap cari kami & tanya nak pinjam ke tak. Ada jugak yang berdalih. Terima kasih untuk anda anda anda anda dan anda yang bagi kami pinjam beg beg tu. Ada cenderahati untuk korang semua. SYUKRAN!!

Flight ticket - Serious susah nak cari tiket Multi-city. Plannya nak Cairo-Delhi-Msia-Cairo. But it ends up jadi Cairo-Jeddah-Mumbai-Chennai-Delhi-Chennai-Kuala Lumpur-Jeddah-Cairo. Bayangkan berapa kali kitorang naik kapal terbang. Sampai nak bosan bosan dah. Tapi, ribuan terima kasih untuk yang carikan tiket kami. Kalau takda korang, tak berjalan kitorang.

Visa - Ada masalah sikit pasal Visa ni. Kami terlambat uruskan. 4 hari before berlepas baru uruskan visa. Bayangkan tiket dah ada tapi Visa takda. Tapi kami tak putus semangat. Kami usaha jugak. Dahlah imigresen India kat cairo tu gila bengkeng. Lantak. Tak Kira. Nak jugak. Kena marah pun,kami sua sua jugak muka kitorang depan dia. Biar dia sampai "Eiii..rimasnya aku budak budak ni! Tak paham bahasa ke dah lambat??? Eh,budak ni lagi? Yelah! Yelah! aku buatkan,aku dah tak sanggup menghadap budak budak ni!" Mana taknya. Dua hari berturut turut kitorang desak makcik bengkeng tu. Sampai saya & Balqis bermalam kat Cairo.Kat rumah Pak Long. Padahal lagi 3 hari nak exam Microb final. Sesat sesat pulak tu nak pegi rumah paklong. Terima kasih untuk dua orang kawan kami yang tolong pasal Visa ni. Sorang tolong kat embassy Malaysia. Sorang lagi tolong desak ambikkan visa. Tapi ada jugak yang patahkan semangat kami pasal visa ni. Siap konon cakap macam impossible la untuk kami dapat visa ni. Kawan dia dulu dah lama apply tapi tak dapat walaupun saat genting. Last last pegi india dari Malaysia. Tapi Alhamdulillah..kami lepas. Dia lain..kami lain..

But you know what... dengan semua rintangan dan dugaan serta onak duri yang kami lalui sebelum berjaya menjejakkan kaki ke India,


IT'S ALL WORTH IT..  =))


P/s : Qis,Lini, Mizah.. We are wondergirls!! Clap clap!!







Tuesday, March 22, 2011

Kecek Nge Tange!

Entry ini ditulis menggunakan laptop baru sambil dengar lagu Shania Twain-Forever & Always. Kalau ada masa dengarlah lagu ni.Best.Betul. Tak tipu.


Hari ni 22hb. 26hb dah nak balik egypt balik. Tension. Sangat. Kenapa saya tulis sepatah sepatah ni?
Hmmmm.. Tapi 25hb ikut mak buat program kat Concorde KLIA. So,nanti bertolak dari sana ke airport. Dah lah dari university saya,saya sorang je perempuan. Takpe,boleh buat punya. Dulu from Dubai pun relax je balik sorang.


Sementara dah nak balik ni,nak senaraikan semula perkara perkara yang terjadi sepanjang winterbreak yang mmg break sungguh.


Best & Tak Best. *Tapi rasanya best je

  • Pak Long bawak lari ke Dubai due to riot in Egypt. Merasa Dubai. Nearly 5 days. Mmg rezeki. Tengah Winter Sale. Gila punya Sale. 90%!! All branded. Zara, American Eagle, Pull & Bear.. Just name it! I bought glasses,jeans,blouse,bag, purse. Puas hati. Balik Malaysia sorang diri.
  • Balik Rumah opah terus kene tabur dgn beras. Terkejut. Acara tangis menangis pun berlaku. Tapi saya x nangis. 
  • Pergi rumah junior & kilang daddy nya. Best wooo.. Pakcik Majid hadiahkan kereta sports Mercedes sempena birthday isterinya. Best x ? Bangga tgk org melayu yg berjaya. Tumpang gembira.
  • Pergi Kelantan dengan mek mek sekalian. Tengok Ikah, kawan satu uni kawin.21 tahun dah kawin. Semoga bahagia anak cucu. Sangat best & enjoy. Melawat kampung kampung.. Best gila suasana kampung. Tiba tiba teringat Mizah yang nakkan hubby-to-be yg ada kampung. Saya pun dah tukar fikiran. Saya pun sama. Nak yang ada kampung. Oh ye, saya dah pandai cakap kelantan. "Kesuk hati --> kene bunyi ngidung sikit" & "Kecek Nge Tange--> Talk to the hand"
  • Convocation balang. Tahniah Balang. Penat tiqah & adik tunggu kat luar 5 jam. Sempat lagi buat video ucapan untuk Balang yang kuat meragam. Night before me belanja family makan dekat D'Rimba.
  • Pergi Lat Kg Boy The Musical Theatre kat Istana Budaya. Hadiah from Pot as a birthday present. Seriously, I love theatre.Dah lama nak tengok teater.Selama ni tengok kat UM je. Tengok dengan adik,pot, & fad. Boleh pulak orang depan saya tidur masa tengok teater?? Sabooorr je laaa... Seriously, hanya dengan tengok teater,hati saya boleh jadi cair..
  • Hot Air Balloon Carnival. Walaupun tak dapat naik, tapi dapat tengok depan mata pun dah cukup best. Walaupun hampir terjumpa, saya ttp enjoy that day. Nasib tak jumpa, sebab saya tak tau how to react. Kalau ada kat luar negara hot air balloon carnival, mmg saya nak pergi. Sebab saya tak larat bangun pagi & berebut tiket. 300 tiket sold out in half an hour. Give Up!!
  • Birthday pertama di Malaysia since belajar kat egypt.Abah bagi Memoir of Tun Dr. Mahathir as birthday present (on request). Thanx abah.. Dapat satu beg besar baju baru. Dapat gelang kaki. Terima kasih mak. Oh ye, mak buatkan beg untuk bawak pergi kuliah ada tulis nama.. =)))))




Banyak rupanya aktiviti dalam sebulan setengah ni. Bye Malaysia. Summer lewat sebulan. Uwaaa~~~!!

Saturday, March 19, 2011

LET'S SEE

Lets see whats gonna happen today

Either way

I need to get ready

To be hurt

One more time

But this time,

I want to be hurt

So I can let go

Perhaps

.............
.........
.....
..
.

F O R E V E R

Wednesday, March 16, 2011

Susahnya menjadi Ibu (Saudara)

Chilren is like a white cloth. Its our job & responsibility to paint them. We can paint it with dark colour, or clourful.Like rainbow. But it's not an easy job. It's a tough job. Difficult job. Confusing job. Tricky job. So, we have to teach smart.

That's what I'm facing right now. Playing a role as ibu........... saudara. Ya.. Ibu Saudara! hahahha..
Gaya tulis dah macam mak orang kan? Tapi korang ingat senang ke nak jadi mak sedara? Susah tau tak? Susah!!! Kena banyak bersabar dengan segala DOGAAN *gaya pendekar bujang lapok.

Contoh -->


Saya ada sorang je anak sedara. Anak along saya.

Pada suatu hari, burung pun tak berkicau haritu. Ada yang bekerja, ada yang pergi ke Macy (along,saya,adik,anak sedara), ada yang bergembira (along saya saja.Saya dgn adik saya tak gembira langsung temankan along shopping houseware.Mentang2 sale nak mati. Curse the Macy!)

Sepanjang perjalanan ke Macy yang tuttttttttt itu, anak sedara saya=diniy tidur. Jadi,bila sampai,tentu mood dia tak baik. Biasalah tu. Dia pun meragam ragam taknak turun kereta. Puas kami pujuk. Lama lama lepas tu,oklah,dia nak turun. Tapi nak mak dia yang dukung. Eii... ni yang geram ni. Mak dia pregnant 5 bulan setengah. Takkan nak dukung die yang tiga tahun tu. Meragam ragam nak along dukung. Saya tak bagi. Saya offer diri saya yang dukung. Dia taknak. Saya tak kisah, saya sauk je dia and dukung. Biarlah dia menangis nangis masa saya dukung.

Tipulah nak biar je dia nangis kan? So, saya ingatkan die tentang cerita api neraka. Saya ada ceritakan die pasal api neraka. And dia agak takut. So, nilah perbualan kami..

Diniy : Nak mak ukunggg..nak mak ukunggg... Uwaaaaaaa~~~ *masa ni saya tgh dukung dia.
Saya : Diniy, ingat tak uda cerita pasal api neraka tu? *diniy panggil saya uda=mak uda

Diniy : Ingat! *mata terbulat bulat.
Saya : Ok.Api neraka tu macamana?

Diniy : Api neraka tu besarrrrrrrrrrrrr angat.. *sambil depakan tangan* Anassssssshhhhhhhhh angat....! Macam iron. *dia dulu pernah pegang iron yg panas.padan muka dia.
Saya : Api neraka tu lagiii panas daripada iron. Diniy takut tak? Nak masuk api neraka tak?

Diniy : Taknakkkk.. niy akutttttt....
Saya : Kalau takut,jangan lawan cakap mak..jangan susahkan mak tau..kena ikut cakap mak. Nanti tuhan marah.Tuhan campak dalam api neraka. Ikut cakap mak tau lepas ni.

Diniy : *angguk anguk kepala.
Saya : Okay, siapa yang tuhan masukkan dalam neraka?

Diniy : UDA!!!!!



Tersentap. Hanya mampu tengok diniy dgn telinga yang berasap asap sambil dengar hilai tawa along & adik kat belakang. Hampeh betul anak sedara. Penat je buat siri perbualan ilmiah. Tengok tengok diri sendiri yang kena. Rasa apa tau masa tu, rasa macam nak panggil je baiya jual aiskrim kat sebelah & cakap :

"Baiya, baiya ambiklah budak ni bawak balik rumah. Saya taknak dah. Baiya buatlah apa yang baiya nak dengan budak ni!"

GERAM!!

Sunday, March 13, 2011

Wise Man

I used to have it in my hand safely.

But I let it go.
Because wise man used to say,

"If you love something, set it free. If it comes back to you, its yours forever "

But it doesn't. So i guess it was never meant to be.

I'm cursing the wise man,
because there's no warning to not set it free together with my heart.

Now i can never get it back.
DAMN!


p/s: bukannya rindu bukannya sayang.. hanyo den tak dapek lupo..

Tuesday, February 15, 2011

Jika kau bercinta lagi


Jika Kau bercinta lagi

cintalah sepenuhnya

jika kau bercinta lagi

jagalah kau hatinya



engkau yang memilihnya

tanpa memikirkan tentang diriku

kini ku hanya dapat berdoa

agar berbahagia kau disampingnya



Jika Kau bercinta lagi

cintalah sepenuhnya

jika kau bercinta lagi

jagalah kau hatinya



aku tak dapat menghalang

engkau punya kemahuan sendiri

biarku hidup hanya mengenang

peristiwa yang tak dapat ku lupa



kini aku hanya dapat berdoa

agar berbahagia kau disampingnya

selamat tinggal

aku mengundurkan diri
 
 
p/s : biarku hidup hanya mengenang...peristiwa yang tak dapat ku lupa..

Monday, January 17, 2011

SEMULIA MULIA guru dan SEHINA HINA guru

Assalamualaikum...


Take a deep breath. Relax your mind.Stay calm.. Find your rationality. This entry could trigger your anger. You're going to disagree. But, what i'm gonna write is all about reality. From people around me. Where we should learn from it.

Inhaling? here we go.. *i'm gonna mix my language

'Teacher' is a very noble profession. Atau dalam bahasa melayunya, PENDIDIK. Mendidik & membimbing manusia kecil menjadi 'manusia'. Daripada buta huruf,kini kita boleh mengarang. Dan menulis blog.  Yang mambantu kita membina hari muka.Tetapi awas, semulia mulia pekerjaan ini boleh menjadi sehina-hina pekerjaan.

I'll tell u in advance that some of this entry is about to 'mark' nowadays teacher. Let me tell you in advance also, that every generation of my big family must has at least 1 teacher. 2 of my aunts are teachers. My beloved brother 'banglang' is a teacher. One of my parent's job is handling teachers. Kind of principles. But my parents are not teachers. Nevermind, u wont understand. My point is I live in a surrounding of teachers.

Guru-guru sekarang dah hilang jatidiri. Jatidiri sebagai pendidik. Mereka dah mengabaikan betapa sucinya, betapa mulianya tugas ini. Saya akui, tugas mendidik ini tugas yang berat. Bukan senang kita nak membentuk seseorang. Banyak cabaran. 

So, in my opinion, first they should know their nawaitu. Renew it. Because nawaitu is the most important thing that will lead to the result.Kebanyakan dari guru guru sekarang ni memilih profesion ni kerana 'terpaksa'. Not because of passion. They cant get any place in any university due to competition, 'teacher' is their  only option. Don't deny it!

Saya pun tak tahu lah nasib saya dikelilingi guru guru yang uhhhh... Sampai sekarang saya geleng kepala. By the way, saya bukan jenis yang selalu kena marah cikgu ye. Saya ni biasa biasa je.Tapi saya selalu tengok kawan kawan saya. Dan saya selalu lagi dapat tengok kejadian kejadian yang tidak diingini. Tapi Alhamdulillah, saya masih berjaya mengenali guru yang betul betul didefinisikan sebagai guru. Dan  hormat mereka. Saya sayang mereka.

Lets just go to my experience & explanation.

  •  Ada cikgu darjah satu. Not my class. Garang gila nak mati. Kalau marah budak tu, orang besar dengar pun boleh pengsan. Padahal salah budak tu kecik je. Kadang kadang tu memang x salah pun. Bahasa yang digunakan pun memang kasar.
-Helloooo!!!! They are seven years old tiny little creature! Baru masuk sekolah.Baru nak belajar survive hidup sendiri. Cakaplah lah elok elok. Budak2 ni lembik hati kalau kita cakap elok2. Puji2 sikit, gerenti ikut cakap kita. Marah tu tujuannya untuk nasihat. Bukannya untuk melepaskan marah. Tak perlu guna bahasa2 yang tak elok. Kalau diorang ikut macamana? Contoh melalui tauladan. Kalau budak2 dah takut sngt dgn cikgu tu, diorg akan mula ponteng kelas. 
Mindset ---> school=scary. They should respect you. Not fear.

  •  Ada cikgu darjah 5 & 6. Ajar english. Lagilah garang! Mulut yang ni lagi laserrrrrrrr!!! 2 thumbs up punya! Macam nak berdarah telinga dengar.Sangat sangatlah pilih kasih. Obvious sangat!!Jenis jenis student yang dia akan sayang habis mestilah 'Kaya, Cantik @ Comel, Top Student'. Selain daripada tu, mmg salah jelah kat mata dia. Ada sekali tu, dia tanya siapa yang x siap kerja dengan muka garang gila! 2 orang berdiri. Sorang kesayangan dia, sorang lagi student biasa.Guess what she did? She ask 'her' student to sit down. And scolded the other girl. Alasan? Sebab murid kesayangan dia tu pengawas. Dia banyak kerja nak buat.tu sbb x siap homework.dimaafkan. Come on man.. Tugas pengawas masa sekolah rendah apa sangat? Tunggu kat pintu pagar pagi2 je kot! And i was like " what the hell???" Eh,mase tu x reti cakap mcm ni lagi.hehehe.. Kesian gila kawan saya tu. 
  •  Saya pulak berusaha sungguh nak dapatkan perhatian cikgu ni. Saya nak jugak kena puji puji dengan dia. Nak jugak disayang sayang.. Pathetic x? Saya selalu buat kerja dia, belajar english dgn mak kat rumah, kalau homework dia saya buat kemas2, siap warna2 lagi. Tapi dia tak pernah pandang saya. Yelah, saya tak kaya, x cantik @ comel, bukan top student. Last2 saya give up. Tak nak dah terhegeh2 dekat dia yang pilih kasih tu. Tapi, akhir tahun 6 dia tiba2 alihkan perhatian kat saya. Know why? My mom came to school, to do some programme. And my teacher just knew that my mom was 'somebody' in our small town. I still regret because she liked me not because of my effort, but because of my mom.
- Tolonglah jangan pilih kasih dengan anak murid. Semuanya sama. Nak kemana dengan kekayaan student tu. Surely their parents wont put your name in their will. Kesianlah dekat anak murid. Mereka mahu perhatian yang sama. Tanggungjawab anda sama untuk setiap pelajar. Tak lebih tak kurang. Oh ya. Saya BENCI pembodek. BENCI GILA! Pembodek cikgu ke.. Pembodek boss ke.. They are all first class bulshitters! Fakta mengenai pembodek, diorang akan puji melambung bila di hadapan. Kat belakang, kutuk melambung. Tapi diorang yang dapat naik dengan goyang kaki. Orang lain yg berusaha kena tindas. So cikgu2, kalau ada student2 yang bodek tu, jangan lah terpedaya. Carilah potensi pelajar yang harus dicungkil. bukannya potensi pembodek berjaya. Sampai bila lah diorang nak lap bontot korang? Once diorg dah berjaya, they will ditch you in a snap!




  • Disebabkan saya join pidato, maka saya terlepas exam add math. Maka saya ambik secara perseorangan di bilik penolong2 kanan. Miss Tang tinggalkan saya dan sambung mengajar. Then, ada 2 guru kanan yg lain masuk dan bercerita. Mula2 saya tak ambik pusing apa yg disembangkan. Sampailah tiba2 salah seorang mereka ambik file & tutup lompang tingkap(cermin hilang).Tingkap tu memisahkan bilik miss tang dan tempat mereka bergosip. Tapi, Ya Allah, saya dengar sebijik2 apa yang diorang sembang. Mereka punyalah mengutuk & mengata & merendahkan & menggelakkan & segala 'me..' lah! tentang seorang student kelas last yang masih tak tahu menulis & membaca. Saya memang terkejut gila. Memang x tenang saya buat exam. Sebab saya tak sangka mereka macam tu. Patutnya mereka cari berbincang cari jalan macamana nak tolong student tu. Bukan untuk dijadikan bahan ketawa.
  • Guru yang sama..Panggil kawan saya ke biliknya, & sound dia seperti biasa.. ugut nak bgtau parents. And panggil kawan saya 'pelajar bermasalah' betul2 depan muka kawan saya. Seriously??? 
-Kawan saya betul2 sedih dilabel macam tu. Dia cerita kat saya sampai nak nangis. Perlu ke label pelajar tu depan2 dia. Agak2nya, lepas dilabel macam tu, kawan saya tu bersemangat ke nak ke sekolah? semangat ke nak belajar? belum apa2 lagi, semangat dah dijatuhkan oleh seseorang yang bernama 'guru'. Padahal kesalahan kawan saya tu amatlah kecik.Tp saya tak ingat dah ape. Dah nama budak2 sekolah. haishh.. 

Ada jugak cikgu2 yang x berapa gemar dengan saya. Tapi x boleh nak buat apa sebab saya ada cikgu2 saya sendiri yang akan bela saya. Lagipun pengetua baik dengan saya. Cikgu disiplin pun baik jugak. Sampai kawan2 cakap pengetua tu kawan baik saya. Saya pun tak tau kenapa ada cikgu2 yang x suka saya.Padahal saya x carik pasal pun.Saya beruntung sangat sebab dapat kenal Cikgu Sheeda (bukan yg You-tube tu tau!), Cikgu Huda, Cikgu Salamiah,Cikgu Hajar, & Arwah Cikgu Rosliza. Saya sebutkan nama sebagai tanda penghargaan. Mereka inilah guru yang sebenar benar guru. Mereka betul2 kenal Intan Nur Atiqah dan banyak bantu saya saat saya jatuh. Terima kasih cikgu.Diorang layan saya macam kawan. Saya boleh masuk bilik SPBT sesuka hati macam bilik tu saya yang punya. Bawakkan buah & kerepek untuk saya. Kadang2 kami sama-sama mengumpat guru2 kanan! HAHAHA..Terima kasih ya cikgu..

  • Ada pelajar ni nak mintak penjelasan untuk markah kokurikulum SPM yang rendah sedangkan dia sangat aktif. Student yang tak join apa2 dapat markah lagi tinggi.End up, cikgu tu emo2 and marah student and rudely toward the parent. Siap buat status kat fb buruk burukkan student ni.

Paling low standard. Anda seorang guru. Selesaikan secara profesional. Pelajar tu datang secara baik untuk dapatkan penjelasan. Bukan nak menyerang. Asal bawak parents je, fikir nak serang? Think bigger than your brain. Just terang kan jelah sistem pemarkahan macamana. Kalau betul anda salah, mengaku & betulkan kesalahan. Tak salah mengaku kesilapan. Benda tu mulia.bukan keji. Tambah2 pulak melibatkan masa depan pelajar tu.Lagi satu, tolongla hormat ibu bapa pelajar. At least jangan kurang ajar. What exactly you want to show to the parents. This is the rude irrational teacher that teach your child??  

Buat status kat FB? FB? Dear teacher, want to know some fact? Your actually can think BIGGER THAN THE SIZE OF YOUR BRAIN!! Soooo childish & unprofessional! Mana perginya etika sebagai guru? Atau sebagai kakitangan kerajaan? The report should be confidential! And post it to fb? That is the most ridiculous thing that i've ever heard for a teacher! Dahlah tak ceritakan perkara sebenar.. If u really want to make it public, tell the story from A-Z. You cant read a page from a book and make your assumption. Cikgu mengadu pasal student dekat fb? Stupiddest thing EVER! Why the hell cikgu tu nak memburuk burukkan student? Of courselah kawan2 student tu akan judge melalui status anda and start prejudicing that poor student. Those with big mouth & no brain surely will hate the poor student without even investigating. Urrrghhh.. Do you really call yourself a teacher?? Such a shame.

Me once used to say, kerja cikgu ni senang. Ajar benda sama setiap tahun. Orang lain kerja pagi sampai petang. Cikgu pulak, budak balik dia balik. Separuh hari. Budak cuti sekolah, dia pun cuti sama. Gaji tiap tahun sure naik je.. But I know, kerja ni nampak mudah, tapi pengisiannya tu cukup susah. Tapi disebabkan perangai2 guru2 ni mcm pengalaman2 saya di atas nilah yang buatkan saya cakap macam ni. Saya panggil mereka sekadar guru=hanya pekerjaan untuk menyara hidup. Bukannya pendidik=mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. SAYA SANGAT HORMATI GOLONGAN SEBEGINI. Tabik spring.


Guru2 Malaysia patut mencontohi guru/pensyarah di mesir. Mereka memang menganggap pelajar seperti anak mereka. Layanan juga seperti ibu dan ayah. Perkataan2 yang baik sahaj keluar dari mulut mereka.Cakaplah anda tak faham 10 kali. Mereka akan terangkan sampai faham. Suruhlah mereka ulang 10 kali, mereka akan ulang 10 kali. Kalau kat malaysia mintak ulang 10, alamat nak kena ketuk lah tu! Alhamdulillah, setakat ini, semua yang mengajar kami adalah pendidik. Saya sayang mereka. Saya hormat mereka.

Tolonglah guru guru sekalian.. Jalankan tugas anda dengan sebaik baiknya. Hormat tanggungjawab yang anda pegang sebagai pendidik. Murid murid anda memerhatikan cara anda dan cara anda tu memberikan kesan kepada mereka seumur hidup. 

TERIMA KASIH CIKGU YANG MEMBANTU SAYA HINGGA KE TAHAP INI. MINTA HALALKAN SEGALA ILMU YANG DIAJAR.

p/s: Maaf jika entry ini menyentuh sensitivity sesetengah pihak.