Habis je exam on 22nd July haritu,esoknya 23rd terus angkat beg ke India. Tapi.. dugaannya... hanya kami & tuhan je yang tahu. Start dari cari tiket sampai lah hari nak pegi. Tapi kami yakin,kalau kami boleh survive mesir,campaklah kami kat mana mana.Hidup punya. Mulanya plan kami tak menentu. Kejap nak ke India. Kejap nak ke Italy. Kalau kami tunggu result keluar,kami ke Italy. Kalau tak,ke India. Tapi since kalau repeat exam pun,lepas raya, kami ambik keputusan ke India then terus balik Malaysia. By the way,Alhamdulillah.. kami semua lulus exam & dapat naik tahun. Senyum!
Dari sekecik kecik masalah ke sebesar besar masalah yang kami hadapi ialah :
1) Kami terdiri daripada 4 orang gadis sahaja. Ya. Hanya kami 4 orang. Sebab apa?
Sebab susah nak cari orang yang sekepala yang rilex yang tak cerewet nak jalan jalan ni. Lelaki? Errmmm..ermmm.. *mintak mintak takdelah yang baca ni* As for me,diorang ni susah nak buat keputusan. Susah nak komited. "Tengoklah dulu", "Camne plan?" "Ishhh..dengan sape je lagi?" "Bajet berapa?" "Eh,India? berani ke?" Kami yang perempuan pun tak tanya macam tu. I mean,of course la kena plan betul betul. Tapi kami sendiri pun tak pernah sampai tempat tu.So,why not figure it out together? If I want something,I'll make sure i get it. Susah sikit takpe. Lagipun saya ni jenis yang redah je. It's fun! Saya ni,kalau ada sorang je kawan pun cukup. Asalkan dapat berjalan. Oh,saya just bagitau parents saya nak ke India dengan kawan kawan saya. Saya tak pernah bagi detail. Sure sure diorang risau. Dah balik baru diorang tau saya berempat perempuan je. Sampai sekarang my dad tabik spring kat saya.
2) INDIA??????!!!!!! Kenapa India??
Tak ramai yang tau plan kami ke India ni. Memang sengaja rahsiakan. Berdasarkan insiden tahun lepas,baik senyap senyap je. Tapi ade jugak yang kami bagitau. Macam macam jenis reaksi yang saya dapat bila saya bagitau kami nak ke india.
"India??? Kenapa India???" "Kenapa taknak round europe? negeri mat salleh?" "Siapa punya idea ke india ni?" "Hah??? India?? korang biar betul!!" "Siapa yang hasut korang ni?" "Ada apa je kat India tu?" "India tu bahaya tau tak??" Rasa sakit hati pun ada kadang kadang.Tapi sabar je.
Lain orang, lain tujuan mengembara. Mengembara. Cewah!! Ada yang nakkan bilangan negara yang dilawati. Ada yang just nak menunjuk nunjuk kan kawan kawan. Ada yang nak tempat yang best best standard gitewwww! Tapi, saya suka melancong sebab saya nak tengok dengan mata kepala sendiri culture & tradition negara lain. Yang hanya boleh dapat kat negara itu sahaja.Kos pulak sesuai dengan status pelajar saya ni. Jadi kenapa India? Sebab India ni sangat kaya dengan budaya & tradisi yang unik & tersendiri. Tamadun yang wujud sejak lama dulu. Boleh dapat kat Europe? Kebanyakan negara negara europe ni stereotype. Lebih kurang sama. Kredit lagi pasal India ni, sebab dia on the way balik from egypt to Malaysia. Matawang rendah. Makcik Balqis ada sana. Kat Karaikudi & Chennai. So,2 tempat dah settle tempat tinggal dengan makan. Pakej tak pakej? Haaa.. lagi satu. Sebab ada Taj Mahal. Saya ni berangan nak kumpul 7 keajaiban dunia.
3) Traveling bag, Flight Ticket, & Visa
Traveling bag - Merata rata kami cari deuter. Ada yang soal siasat habis habis. Ada yang 2-3 kali hantar ke rumah, ada yang paksa ambik, ada yang siap cari kami & tanya nak pinjam ke tak. Ada jugak yang berdalih. Terima kasih untuk anda anda anda anda dan anda yang bagi kami pinjam beg beg tu. Ada cenderahati untuk korang semua. SYUKRAN!!
Flight ticket - Serious susah nak cari tiket Multi-city. Plannya nak Cairo-Delhi-Msia-Cairo. But it ends up jadi Cairo-Jeddah-Mumbai-Chennai-Delhi-Chennai-Kuala Lumpur-Jeddah-Cairo. Bayangkan berapa kali kitorang naik kapal terbang. Sampai nak bosan bosan dah. Tapi, ribuan terima kasih untuk yang carikan tiket kami. Kalau takda korang, tak berjalan kitorang.
Visa - Ada masalah sikit pasal Visa ni. Kami terlambat uruskan. 4 hari before berlepas baru uruskan visa. Bayangkan tiket dah ada tapi Visa takda. Tapi kami tak putus semangat. Kami usaha jugak. Dahlah imigresen India kat cairo tu gila bengkeng. Lantak. Tak Kira. Nak jugak. Kena marah pun,kami sua sua jugak muka kitorang depan dia. Biar dia sampai "Eiii..rimasnya aku budak budak ni! Tak paham bahasa ke dah lambat??? Eh,budak ni lagi? Yelah! Yelah! aku buatkan,aku dah tak sanggup menghadap budak budak ni!" Mana taknya. Dua hari berturut turut kitorang desak makcik bengkeng tu. Sampai saya & Balqis bermalam kat Cairo.Kat rumah Pak Long. Padahal lagi 3 hari nak exam Microb final. Sesat sesat pulak tu nak pegi rumah paklong. Terima kasih untuk dua orang kawan kami yang tolong pasal Visa ni. Sorang tolong kat embassy Malaysia. Sorang lagi tolong desak ambikkan visa. Tapi ada jugak yang patahkan semangat kami pasal visa ni. Siap konon cakap macam impossible la untuk kami dapat visa ni. Kawan dia dulu dah lama apply tapi tak dapat walaupun saat genting. Last last pegi india dari Malaysia. Tapi Alhamdulillah..kami lepas. Dia lain..kami lain..
But you know what... dengan semua rintangan dan dugaan serta onak duri yang kami lalui sebelum berjaya menjejakkan kaki ke India,
IT'S ALL WORTH IT.. =))
P/s : Qis,Lini, Mizah.. We are wondergirls!! Clap clap!!
4 comments:
gud luck future doc..hope u all successfull..
jgn terasa ati dgn kenyataan joe ye...hahaha...
alfun syukran skype crew..
haha..nak buat camne,dah pandangan masing2..
p/s:tp teringin jugak nak sekeh2 je joe tu.. haha
aww aku smngat baca post ko ni haha.setelah bermacam2 dugaan,jerih payah kita akhirnya dapat juga kan.klu teringat balik saat2 susah tu,aish x sangka kita berjaya harungi semua tu.thanks girls,kita mmg superwomen.haha.
qis- kita sangat hebat kan? *boasting!*
Post a Comment