Tuesday, August 7, 2012

Lam Loken! Lam Loken! Lam Loken!

Lam Loken. Pernah dengar? Tak pernah? Ladies and gentleman, it's a place. Not a person nor a food. Bertempat di Perak. Kalau nak lebih specific dekat Ipoh. Nak specific lagi? Depan Tune's Hotel. I bet tak semua orang Ipoh tau pasal Lam Loken ni.

Orang ramai di Lam Loken


Bagi anda anda di luar sana yang gemarkan barangan antik, inilah tempat yang anda wajib jengah. Keluarga saya memang tak asing gemarkan barangan antik.  Memang sangat sangat suka dengan barangan lama. Even kereta kodok/katak atau pun orang panggil wak segan tu pun kami ada. Satu tu beli, satu lagi tu kereta arkitek british pertama di tanah melayu. Haaa..yang tu dapat free je,sebab abah baik dengan driver kereta tu. Jadi disebabkan dia tengok abah's passion towards this car, maka, dia pun hadiahkan. Macam tu je. Senang kan? Arkitek mat british tu takyah tanyalah.. Sah sah dah gol. Pernah satu masa tu, abah bawak balik topi perang. Topi perang jepun. Yang ni pun kawan abah bagi. Kawan abah kata masa topi tu dijumpai, ada kepala lagi dalam tu. Kepala orang kena penggal. Gilos. Memang kitorang adik beradik tak pegang la topi tu. Mak pulak segala alat pemain piring hitam,mesin jahit dulu dulu, seterika arang, gasing, segalanyalah mak kumpul. Siapa yang pernah datang rumah saya tu mungkin pernah nampak benda benda tu. Begitu jugak saya. Saya suka dengan benda benda klasik. Saya rasa benda ni unik, nilai estetika yang tinggi. Cewahh~~!! Cerita lama lama ke, lagu lama lama ke semua saya layan. Even bunyi mesej handphone saya pun dialogue Pendekar Bujang Lapok..Namun ini tak bermakna saya sukakan jejaka klasik.

Klasik kan kipas tu. Barangan tembaga tu rasanya untuk upacara menepung tawar masa bersanding. Masa acu kawen dulu pun masih guna ni. Tu sebab ingat.

Where were we? Yeah, Lam Loken. Selalu tersasar! Okay,Lorong Lam Loken ni melambakkan barangan barangan antik. Tapi barangan tah hape hape yang lain pun banyak juga. Nak buah buahan pun boleh beli sini. Obat kuat pun bolehh.. Dekat perak setakat yang saya tahu ada 2 je ada tempat seumpama ini. Satu Lam Loken Ipoh, satu lagi Lorong Kulit, Taiping. Kalau nak rasa kemeriahannya, kena datang seawal 6pagi. Masa tu macam macam ada. Rambang mata! Tapi itulah,liat nak bangun pagi. 

Yang bestnya kat sini, korang boleh tawar menawar gila gila! Haritu mak nak beli lampu comel comel untuk rumah nilai, daripada RM60, dapat RM40 sepasang. Even ada yang boleh dapat diskaun 70%. Mulut kena pandai kak.. Kalau boleh cakap loghat perak lagi senang laa.. Di sinilah emak memainkan peranan. Teman tak gheti benor.. 

Memang berterabur pun cara jual. Tengok, barangan tembaga sebelah kasut masut.
Tetapi! Ya..ada tapinya. Korang mestilah pandai pilih barangan yang berkualiti. Sebabnya peniaga just akan melambakkan barang barang tersebut. Masih berfungsi atau tidak, itu anda yang kena pastikan. Kalau rasa rasa barang tu tak berfungsi, tapi anda rasa anda boleh repair sendiri, mintak kurang 80% dengan alasan dah rosak. Sure dapat. Balik tu repairlah sendiri ye dak? Macam dulu mak belikan saya beg luggage since saya belajar kat egypt kan.. Beg tu macam beg tentera balik kampung. Besarrrr!! Dalam tu cantik lagi. Siap ada tempat penyangkut baju lagi. Cuma warnanya je dah luntur and ada calar calar sikit. Tapi serious sangat smart & vintage. Mak saya mintak kurang sampai jadi RM 30 je. Balik tu mak beli spray warna hijau askar suruh saya spray. And I did. Looked brand new! Puas hati. Cuma berat jelah. Makan kg saya.. T__T

Apa barangan lain yang ada? Duit duit lama. Mesti ramai yang suka kan? Dabus, biola, seruling yang berukir ukir. Handmade okay! Lesung giling, model kereta antik lama lama. Congkak, barangan kemas lama yang diperbuat daripada tembaga ala ala Pontianak Harum Sundal Malam tu melambak okay. Barang permainan budak budak pun banyak. Murah murah.Radio klasik, telefon pusing pusing tu, keris, even kad pengenalan P.Ramlee pun ada! Pinggan mangkuk zaman maharaja china pun tak terkecuali.

Bila dah penat berjalan jalan, tetiba rasa lapar, kat hujung lorong tu banyak gerai makanan. Tapi di bulan puasa yang mulia ni kalau tak malu jugak, pergila makan. What else? What else? Gambar boleh? Gambar gambar ni diambil sendiri hari ahad yang lepas. Semua benda saya nak ambik gambar.  Bajet tourist. Haha.



Kasut ice skating pun ada! Mampew??

Abah and Banglang checking out an awesome model car.
Harga RM150. Belum tawar. Kalau pandai RM60 dah dapat. Berat ni. Memang berkualiti.

I like this one. Pakcik tu satu satu dia keluarkan nak bagi saya ambik gambar. Lepas tu dia keluarkan keretapi pulak. Jenuh!

Plat kereta mengikut tahun keluaran. 1922.


Haaa.. Bukan takat barangan antik, periuk nasik elektrik pun hado! haha!

Koleksi duit lama. Dari zaman kesultanan melayu pun ada tau.  Malas nak ambik gambar dari dekat. Ni pun ambik sambil berjalan je ni.

Lesung batu. BERAT SEMACAM!

Pakcik ni mula mula nak nyanyi tapi bila tengok saya pegang kamera, segan terus. haha

Haaa..Boot cowboy nih! 

Seram jugak tengok barang barang lama ni. Macam ada misteri disebaliknya. Penebuk lubang tu nampak tak? Berat. Baling anjing, hilang terus rabies. Dengan anjing anjing tu hilang nyawa.

Radio lama. Already have this one.

Barangan bertukang pun ada.

Scary kan?? Macam Childsplay!

Atuk yang malu malu kucing bila saya nak tangkap gambar dia.

Madu lebah. Hai obat.. hai obat.. mari beli obat..

Bekas tembaga yang besar tu tak silap orang dulu guna untuk ambik air dari sungai.

Kasut sekolah terpakai.

Anak patung porcelain. Tengok pun takut. Macam berhantu. Ni kes banyak sangat tengok cerita hantu omputih ni! Mak nak beli bagi mia. Tapi saya & adik tak bagi sebab benda tu menakutkan. Last last taukeh tu bagi separuh harga and mom bought it! =(

Sebenarnya nak ambik gambar monyet ni. Comel! Kecik je pakai gown warna pink. Siap pampers lagi. Haha.. Tapi tangkap dari tepi je sebab nanti tuan dia perasan nak ambik gambar dia pulak. Lepas tu kat highway jumpa lagi. Macam ada jodoh. dengan monyet tu.

Mak kata yang berambu rambu tu orang kampung panggil polong.

Lampu pelita yang berbentuk ayam. Unik kan?

dabus ke nama benda ni eh? harga RM60 boleh kurang.

Orang parit sebut basikey.. Orang bota sebut basika..

Kawah. Nak buat kenduri kawen senang.

Macam macam kasut ada. Terpakai la..

Bila tengok pakcik ni teringat satu scene dalam Pendekar Bujang Lapok yang hantu gigi tu tiup benda ni panggil geng hantu 007 yang lain. hahah! Pakcik tu cakap
"Gambor saya ni udoh lepeh ke menghate negeri. Saye je tak tauu" haha!

Pasu bunga zaman dulu. Terasa macam kembali ke zaman kesultanan melayu melaka. Cewah!

I really like this bag. Dengan warnanya tu. Still in a good condition. Harga? RM40. Belum tawar.

Yang ni bukan untuk dijual. Ni adik saya.

Saja ambik sebab saya lahir tahun kuda.

Tiup tiup apebenda tah. Tak tau nama.

Celak. satu RM10. Dulu opah banyak benda ni. Saya buat main kawen kawen dengan sepupu. hehe..

Ni ke polaroid cam?

Mangga zaman dulu. 2 hari 2 malam pun belum tentu pencurik dapat masuk.

Tali pinggang tembaga untuk perempuan. Harga? RM40

Banglang keluar dari bilik saje main main cuit patung ni guna kaki. Dia tak tau buat daripada porcelain. Dia ingatkan plastic. Terus patah ibu jari patung ni. Saya dengan adik 2-2 cuak,pastu ugut nak bagitau mak. Terdiam terus Banglang. Dia suruh kitorang betulkan. Tapi kitorang taknak.Bukan kitorang yang buat. Adik ambik patung ni and letak atas katil dia. Menjerit ketakutan Banglang. Dia keluar bawak patung tu ke hulu ke hilir tak tau nak buat apa. Lastnya dia letak atas katil bilik mak. Sampai hari ni kami rahsiakan benda ni dari mak. Dahlah anak patung ni scary. Terus internet takde 2 hari. Errkkk!!!

p/s : Karut je atas ni. Anak patung just anak patung. Mana boleh buat apa apa. Internet takde sebab router terbakar. Hanya takut kepada siapa? Ya.. Allah yang esa.



Till then...
Intan Payung.

3 comments:

fa aja aja said...

hahha meanriknyaaa tempat ni!! mmg keluarga antik la korang!

edoraemon said...

bawa aku ke sini!! hahaha
serius celak tuh paling menarik doh.
dah stgh mati cari kat hussein.
kat perak ada rm10 jak >.<

intanpayung said...

pot - hehehe..

faz - haha faz.. kat hussein ritu ada gak. Baru 10LE satu,tukar sini baru RM5. Tapi tulah,jumpa satu je...