Saturday, June 27, 2009

Kenapa suka orang ke-3?

Seronoknya..exam dah habis. Actually still ade english & computer,but who cares??!!
x pernah2 blajar computer kat University tetiba ade exam. Apakah.. (Qis ajar)

Sebagai balas dendam terhadap exam, masaku diisi dgn menonton balik drama sassy girl chun hyang.. Nak chat dgn kawan,Internet sentiasa membuatku berjampi serapah!huu..Yang kelakarnya, setiap kali aku bukak cerita tu, mesti akan ade sorang demi sorang yg akan melekat sama tgk cerita tu. Hahaha..kalau yg dtg bilik just untuk ambik barang, mesti dah terlupa niat asal..

Dialah yg menyebabkan aku dimarah housemate ku.. Saya masih kasihankannya!

Sebenarnya,post kali ni nk bercerita tentang org ke-3. Knp tiba2 nak ckp psl org ke-3? Ni semua Mizah punya pasal! Masa tgk Chun Hyang, aku beriya-iya kesiankan Pak Cik tu(org ke-3). tapi, housemate ku yg lain semua memaki hamun dia sebab kacau hubungan hero dan heroin. Jadi,disebabkan aku sorg je yg kesiankan sgt pak cik tu,jd korg pn kene kesian kat aku sbb secara x lgsg,aku tlh dimarah oleh housemate ku gara2 menyokong org ke-3.

Tapi,diorg kene faham,dia buat mcm tu sbb suka dkt heroin tu. Hero jugak akan buat ape saje sbb dia suka heroin. Penonton akan marah pak cik tu hanya sebab dia org ke-3, dan bukannya hero. Cuba kalau pengarah tu buat pak cik tu jadi hero,tentu korg akan marah dgn Mong-Ryong kan? Pada aku,pak cik tu mmg slh sbb gunakan cara kotor nk dapatkan chun hyang. tapi dia buat tu sbb sukakan Chun Hyang. Dan korg jugak kene faham, Pak cik tu x pernah bercinta sebelum ni, jadi bile dah dapat sesuatu yg berharga,yg membuatkan kita tersenyum,adakah kita sanggup lepaskan?Tapi,saya masih sokong Mong Ryong.

Mizah kata,kalau kita cinta kat seseorang tu, kita akan gembira kalau org yg kita sayang happy. Tapi,dah nama pn manusia.mesti kita ade sifat nak memiliki bende yg kita syg kan? cuma cara nak memiliki tu je.. tambah plk,pak cik tu dah bnyk ubah diri dia,baiki diri dia,sanggup lakukan ape saje utk chun hyang.Adakah dia bersalah sbb dia suka Chun Hyang? Lagipun,pak cik tu kaya.. hahaha (mesti housemate ku kata-"dah agak dah...intn kalau x rupa mesti harta!) Tanggapan korang salah!!! sebenarnya korg kene letakkan diri korg kat tmpt pak cik tu! sangat menderita bile kita hanya mampu tgk org yg kita suka tu dari belakang sahaja-ayat dlm cerita chun hyang.. Mizah kata, nasib baik aku x jd Chun Hyang. Kalau aku jadi Chun Hyang,aku akan layan sama adil.kan bagus tu?x brt sebelah!

Straight to the point..knp aku selalu suka org ke-3? Kalau tgk mana2 cerita pun,aku mesti sokong org ketiga. Kalau x sokong pun,at least aku kesian(sbb hero lg hensem dr org ke-3!!).bukannya marahkan diorg. antara sebabnya,org ke-3 sentiasa ade di samping heroin saat heroin bersedih. Tempat heroin meluahkan perasaan kecewa dan sedih. Bukannya kat hero. Saat bersama hero hanyalah saat2 gembira sahaja. Adilkah? jd,knp masih nak kat hero kalau org yg tolong kesatkan air mata ialah org lain? Kalau org ke-3 tu nak pisahkan hero dan heroin,adalah kerana dia tahu hanya hero tu jelah yg membuatkan heroin bersedih. Takpe walaupun agak selfish. Lagipun,setelah banyak pengorbanan yg dilakukan oleh org ke-3,dia patut dpt hasilnya..betul x?Honestly,kalau aku jd Chun Hyang,aku akan buat sebijik ape yg dia buat..
Bezanya,pengarah cerita ni x tawarkan aku watak ni..huhu~~


Tapi,aku tahu je knp heroin ttp suka dkt hero. Sbb herolah yg bagi dia pelbagai perasaan. Syg,gembira,sedih,angau dan sbagainya. Bodohnya org yg bercinta ni. kalau diberi pilihan antara lelaki yg baik dan kaya, dgn lelaki yg baik dan x berape kaya, secara logik,anda akan pilih siapa?
Kalau anda tanya kaum perempuan,mereka akan pilih lelaki yg mereka boleh titiskan air mata untuknya..sbb ape? sbb perempuan ni ciwek!!(suka menangis)

Begitu juga saya!! (Except the part of being ciwek!)

p/s : sedang bersiap sedia untuk dibantai oleh housemates ku sekiranya mereka baca entry ini!
Weee~~~

Saturday, June 20, 2009

Ini ABAH saya..

Nama abah saya ialah MOHAMAD YUNUS BIN ZAINUDIN
Kali ni saya nak ceritakan segalanya yg sy tahu pasal abah saya.

1) Sebenarnya atuk & wan nak namakan abah Amirizan.Tapi,disebabkan moyang yg tlg daftarkan nama,tetiba dia terlupa nama Amirizan tu.Terus dia taruk nama Mohamad Yunus sempena nama nabi. Nasib baik sedap.Buatnya ditaruk nama Kudin ke, Dompok ke,teruslah tak sedap nama abah saya,seterusnya anak-anaknya ada bin atau binti yg x best!
Kalau kat kg,diorg panggil abah Amir. Ada satu hari tu,atuk NN cari abah kat Ofis tapi guna nama Amir,terkejut staff abah.Hahaha..

Cameron Highland - Love this pic!


2) Abah lahir x cukup bulan. Tu sebab kitorg slalu ejek abah lembik. Ayat popular abah 'Abah rasa nak demamlah..'. Kalau abah x ckp camtu mmg peliklah..

3) Merupakan anak sulung dan sangat dihormati oleh adik-adiknya.

4) Seorang yang sangat rasional. Ckp berdasarkan fakta only! Fakta. Sgt sistematik. Pandai berucap. Mmg xde org yg boleh berdebat dgn abah. (kecuali mak!). Prinsip abah ialah ambik barang,letak balik tempatnya. Tapi Abahlah yg paling banyak hilangkan barang! Hahaha..

5) Selalu marah2 bile carik sikat & pisau potong kuku sebab kitorang selalu letak merata2.

6) Abah JELANGOR!!!! Jelangor tu ialah cari barang x jumpa padahal depan mata je sambil mulut pok pek pok pek. dah turun kat anak abah yg ni haa..

Majlis Tunang Along

7) Seorang yg tepat masa.

8) Abah selalu kata pemikiran abah mcm Mahathir, Abah dgn Rishi Kapoor tu mcm adik beradik.Dgn P.Ramlee pun same. Hahaha..

9) Abah pandai masak! Sangat pandai masak. terutamanya lempap dgn Ikan keli masak lemak cili api tambah rebong. Fuhh..Meletup! Kalau lapar selalu mintak abah masak. Dulu pernah bergaduh gaduh xnak masak nasik dgn abah sampai kitorang main ojus.sape kalah masak nasi.kakak kalah tapi abah jugak yg masak nasik.

10) Sgt pandai hal yg berkaitan dgn kereta dan motor. nak repair2 ni bg kat abah. bkt semulajadi.

11) Digelar pegawai JPJ!! Along,Bangah,Balang slalu mengelak2 kalau kene bawak kereta sebelah abah. Mesti kene komplen cara bawak kereta punya! kitorang kat belakang tukang gelak je.. Sekarang kakak pn kene.tp,xdelah sangat!

12) Kalau dah minat sesuatu tu,bende tu jelah yg abah akan beli. Dulu suke beli kereta, beli kereta je... Pastu Motor berlambak2! Dari jaguh,motor biasa,skooter,RXZ,sampailah Scramler. sampai susah nak jalan dah kat depan tu. Pastu beli laptop....

13) Sgt mementingkan pelajaran.SANGAT2!!! Habiskan belajar baru boleh pikir nak bercinta cinta ni. Dulu masa UPSR,abah siap belajar semua subjek dgn kakak. Masa PMR dgn SPM,abah temankan kakak study sampai tgh2 mlm walaupun abah baru balik kerje. Last2,kakak yg tidur,abah yg berjaga.

14) Suka buat lawak.. Tapi sampai hari ni kakak je yg paham. Bile kakak buat lawak, abah je yg paham. Jadi, kita dua jelah yg gelak berabis kat meja makan. Yg lain buat muka malas nak layan lawak bodoh kita.

15) Tak berkira kalau pasal barang makan sebab abah pun suka makan..

Abah kat Kanan - Mmg dah ditakdirkan x pandai posing. Straight mcm askar..

16) Seorang yg sgt skema. Kalau masuk majlis formal tu,mmg kene jaga tatasusila. Cara pakaian. Cara jalan,cara duduk,cara makan,cara cakap,postur badan. Satu lagi pantang. Jgn pakai topi dlm majlis. Tak menghormati majlis namanya.

17) jgnlah sesape carik pasal dgn anak dia..mmg nak kene!

18) Selalu x dgr kalau hp sendiri bunyi. Kalau hp org lain bunyi,abah yg sibuk angkat hp abah coz ingatkan hp abah yg bunyi.

19) Suka dgn kucing2 tertentu. Pastu sayang sgt dgn kucing2 tu. Berak berapa kali pun abah setia buang taik dia. Antara kucing kesayangan-Sarip,Akhil,Aloyah.
Klasik x nama kucing ni? semua abah yg bagi. Geram kitorg. Kucing dah sikit punya gebu,sekali nama Aloyah?

20) Selalu berebut komputer dgn kakak! Berebut sungguh2 ni! sebab abah nak main game!!

21) Selalu belikan barang mahal2 untuk kakak sampai adik beradik lain pun slalu jelez. Antaranya keyboard,hp,laptop..

22) Suka dgr siaran Klasik Nasional. TIDAKKKK!!!!!! antara lagu favourite - sua sue kemoning & Nak dara rindu..

23) Selalu uruskan pengisian borang2 biasiswa ke,mintak kerje ke,apply sekolah ke,University ke anak-anaknya. Tapi kakak,kebanyakkannya kakak uruskan sendiri. Sebab kakak berdikari dan terer kan bah? kan? kan?

24) Selalu suruh kakak kupas buah mangga dgn alasan kakak sorg je yg terer guna alat pengupas tu. Eleh..kakak tau. trick abah tu..

25) Selalu suruh kakak pijak belakang abah sebab kakak sorg je yg ringan. yg lain semua gemuk2. (pijak disini pijak mengurut ye..bukan pijak durhaka!)

26) Selalu lupa bawak ubat kalau pegi jalan2! Kakaklah yg tukang ingatkan!

27) Leher abah pendek!kalau pakai baju kemeja mesti slalu x dapat butang kat atas sebab besar. Hahaha

28) Seorg yg sgt berani. pukul 3-4 pagi boleh basuh kereta,buang sampah sorang2. Tapi cerita yg abah paling takut ialah Nang Nak. kitorg x takut pun cerita tu.

29) Igt lagi mcmane abah pujuk kakak masuk USM mase dpt USM dulu tp kakak nak dtg sini jugak. Mesti abah nak kakak ikut jejak langkah abah & mak ke USM kan? sorry..

Birthday balang..

30) Masa puasa,lepas puasa,kakak dgn adik slalu ajak abah pegi tidur balik dalam bilik senyap2 tanpa pengetahuan mak.kalau mak tau nanti mak paksa berjaga sampai subuh. hahaha...

31) Dulu selalu sesat mase nak balik rumah wan kat putrajaya walaupun dah berpuluh2 kali datang. Kitorg slalu nak suruh JKR tu pasang signboard khas untuk abah yg ade tulis "RUMAH WAN".

32) Selalu sidai baju & basuh pinggan. Lepas tu banyaklah pinggan mangkuk mak yg hilang sebab abah letak kat bilik stor belakang yg banyak tikus tu. Hahaha..

33) Selalu buang tempoyak mak yg secara tidak langsung tempoyak opah sekali. Lepas tu beriya-iya suruh rahsiakan drpd opah sebab takut opah marah. hahaha.. Abah takut dgn opah!

34) Masa potong rumput depan rumah,abah selalu terpotong pokok yg mak baru tanam.Ade skali tu abah terpotong anak pokok mangga yg mak baru tanam. Sebab takut mak marah,abah ambik tali pastu ikat balik yg dah kene potong tu dekat pangkalnya. Hahaha..!!

35) cerita Hindustan kegemarab- Bobby & sanggam!

36) Dad, i hope i make you proud..

Banyak lagi yg kakak nak cerita sebenarnya..banyak sangat!
Akak just nak cakap yg Abah kakak ni sangat HENSEM!lagi hensem dari Rishi Kapoor!
Abah ialah chef terhebat!
Yang penting.. YOU ARE THE GREATEST FATHER IN THE WORLD.
Syukur sgt kat Allah sbb kakak dpat jadi anak Abah!
Eventhough you know, I Still want to tell you that I love u sooo Muchh!!!
Ampunkan dosa kakak..Halalkan makan minum..
Kakak sayang Abah..
HAPPY FATHER'S DAY ABAH..

Bile dgr lagu Cat Steven- Wild World,akak slalu terbayangkan lagu ni abah nyanyikan untuk kakak sebab lirik die serupa sangat dgn keadaan kite. Akak ade letak lirik kat bawah ni.

Lalalalalala...

Now that I've lost everything to you
You say you wanna start something new
And it's breakin' my heart you're leavin'
Baby, I'm grievin'
But if you wanna leave, take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there

CHORUS:
Oh, baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world
and I'll always remember you like a child, girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you sad, girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

CHORUS

Lalalalala....

Baby, I love you
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware



Friday, June 19, 2009

302

Just Released- 302!!

Ever watch 300 movie?
Well, i already watched it a long time ago. But yesterday me & my friend re-watched it again.
By the way,i love Gerard Butler soooo MUCH..!!

Its a great movie.trust me! I'll give 4 stars out of 5. Well,i wish i can give full stars, but this film has too much 'things' that can be considered as 18sx.

dah..dah..ckp melayulah. satu hal plk nak mengatur ayat dlm b.i.

King of Sparta - THIS IS SPARTAAA..!!


Susunan filem ni mmg licin. Tak Boring.
Filem ni menceritakan tentang kehebatan,kewibawaan,kebijaksanaan,kehenseman dan bermacam macam 'ke-' lagi seorang Raja Sparta. Dari kecik,dia dah diasuh untuk berdikari dan memimpin negara.

Sampailah di suatu ketika, beliau ditawarkan utk bernaung di bawah seorang 'God-King' yg kejam. If he refuse, means he declare war! Beliau tolak tawaran tu. Jadi,dia kumpulkan 300 askar Sparta yg terbaik. Fuh..mmg terbaik! Semua badan tegap2 ni. Rectus Abdominus muscle masing-masing semua 8 pads.xde yg 6 pads. Rasanya,diorg ni semua model. muka pn boleh tahan.

Antara Strategi yg digunakan. Diorg x perlu bergerak pun. Barisan pertama akan tolak puluhan ribu musuh secara mengejut pastu angkat shield. Barisan kedua akan serang. SMART!!

Ayat Popular dalam filem ni:

"Sparta.. Who are We?
Askar dia pun jawab, "AUUUUUUU!!!!!"

"Sparta..Prepare for Glory..!!"
"AUUUUUU..AUUUUUU..!!!!"

"Sparta.. Tonight, we dine in glory!!"
"AUUUU..AUUUU..AUUUU..!!!"



*Kali ni ditambah 2 lagi suara yg merdu iaitu aku dan Balqis. Kitorg mmg Gerard Butler punye die hard fan. Kamilah yg paling excited tgk filem ni. Kak Sha & Mizah plak tukang hentam Gerard. Pastu kitorg hentam balik!


Sebahagian drpd 300 Spartan. Tegap kan? Belakang tu ialah timbunan musuh yg baru diorg bunuh. Diorg gunakan timbunan musuh tu sbagai benteng. Smart kan?
"AUUUUUUU...!!!!!"



Bayangkan,dgn hanya 300 askar,diorg boleh kalahkan berpuluh-puluh ribu askar. bukan sekali, 4,5,6,7,8 kali. Lantaklah musuh bawak ape skalipun. Gergasi ke,badak sumbu ke,gajah ke,ahli sihir ke,Sparta tetap menang. Tgk strategi diorang memang best! Tak sangka diorg boleh menang. Sampai God-King tu sendiri datang buat offer sekali lagi kat King of Sparta tu.
Tapi,tak jalan.


God King yg mengaku Tuhan. Kat bawah bende yg berdiri ni ialah ratusan hamba dia yg kejenye tukang angkat dia je. Dia sangat besar. Gerard Butler x sampai bahu dia pun..

Cara shoot filem ni mmg cantik. Gambar pun cun.
Muzik pun membuatkan kitorg yg mcm nak pergi berperang. Seperti biasa, aku n Balqislah yg akan menjerit2. Cara darah terpercik pun 'smart'. Camera's angle and movement are perfect!

Disebabkan masa Aku n Balqis selalu jerit "AUUU..!!",sampai Mizah kata ade 2 org Askar Sparta sesat kat sini, jadi,aku pun tukar cerita ni jadi '302'!! He..he..

Teringat plak ade filem Meet The Spartans. Cerita 300 versi kelakar. Mmg kelakar! Mmg die tiru sebijik. Cerita ni pun aku suka. Pelakon yg mainkan watak King mmg pandai.Dia dpt tiru cara Gerard Butler bercakap dgn mulut senget2 dia tu..Hahaha!!

p/s: Aku tak cadangkan korg tengok cerita ni coz aku tak suke org suke filem yg aku suke!
hahahha.!!