Thursday, September 17, 2009

Mak Intan Kata...

Mak : Dulu,mase puasa meriah.. bulan puasa nak datang pun dah meriah.. nak sambut puasa pun pasang mercun..

Aku : Sekarang..mmmhmmm.. mercun haram.... puasa masih seronok dulu kini dan selamanya..

Mak: Dulu puasa, ade main 'menghantar'.. buat kuih lebih,pastu bg dekat jiran2. Cara nak bagi,letak depan pintu rumah skali dgn mercun. bile mercun dah meletup, tuan rumah ambik arang kat dapur,lepas tu kejar org yg letak samapi dapat calit muka diorg gune arang. Kalau kene,tuan rumah kalah.. x cukup tanahlah diorg lari.sampai kubur pun ade.

Aku : Org sekarang jiran sebelah pun belum tentu kenal..kene kejar dgn parang maybe kot!hahaha..gurau je!

Mak: Raya masa dulu, nak dekat seminggu habiskan lawat sedara mara.. meriah.. saudara tu kuat. bukan takat sepupu..2 pupu,3 pupu pun rapat lagi.

Aku : Org sekarang ,habis sembahyang raya semua nak duduk rumah,nak tgk cerita2 kat TV.
Hmm..sedih..


Actually,post kali ni nak menceritakan tentang hambarnya Ramadhan dan Aidilfitri saban tahun. Cewah..ayat tak boleh blah!Semakin kita moden,semakin kita tinggalkan budaya yg melambangkan identiti kita. Kehangatan raya dah x mcm dulu. Lagu raya pun x selalu main dah. Kawan dekat Sepanyol,Edu pulak yang suke lagu raya. Tiap2 pagi pasang..Mase kite kecik2 jauh lebih meriah.Agak2 kenapa?

Alhamdulillah,my family masih lagi kaya dgn budaya Aidilfitri. Masih seronok walaupun x semeriah dulu. Syukur jugak sebab duduk dgn opah mase kecik2.. Dapat jugaklah merasa suasana sebenar raya di kampung. Mmg seronok.

Alhamdulillah jugak sebab tahun ni dpt jugak beraya kat Msia mcm tahun2 yg lepas. X dapat bayangkan beraya tanpa mak dan abah.. Because,as for me,the most important thing in eid is to get my parents' bless and forgiveness.

Tapi jangan kite lupa tujuan kita menyambut Puasa dan Aidilfitri,

Di bulan Ramadhan, Umat Islam ingin disucikan dari segala dosa yang sudah diperbuat. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barang siapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka.” Selain itu, dalam Hadist yang lain, Rasulullah juga mengingatkan, “Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan ridha dari Allah SWT, maka Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lewat.”


Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam al-Qur’an:

Tafsirnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)


Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.



Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.
Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.



p/s : Kakak nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Mak & Abah.. Ampunkan dosa kakak mula dari kakak lahir,sampailah hari, termasuklah pada masa akan datang. Mak Abah tau kan kakak sayanggggggggg sangat dgn mak abah..kan?kan?kan? Ana bhibbak awi awi!!

Untuk Balqis,Kak Sha,Tqah Mamat and Wanie Aziera,selamat beraya di perantauan. Jaga diri elok2 boleh? Aku syg kat korg ni sebenarnya..Maaf zahir batin jugak..

2 comments:

drbalqis said...

salam,
ya selamat beraya juga..
haha,part tgk tv tu mmg betul.stesen tv bg bnyak sgt rncngan,tu yg org seronok duk umah tu.tp,lagu raya yg lama tu mmg tetap popular bnding lagu baru.betul x?
intan,sory lmbt komen,busy..hehehe
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..

drbalqis said...

n aku pun sayang ko sebenarnya jugak.wlupun nmpk aku mcm salu buli ko,tp aku syg ko.syg2 buli..huahua