Monday, October 4, 2010

Jarum & Kaki

Salam..

Yaa.. Apa kena mengena jarum dengan kaki kan?  Kalau orang tua tua pernah berkata "Jangan Bermain Dengan Api", orang muda (seperti saya, bukan seperti anda yang baca entry ni kerana anda tua) akan berkata " Jangan Bermain Dengan Jarum!!!" . Siap dengan tanda seru(!) maksudnya amaran keras.


Nampak je kecik jarum tu. Nampak je macam comel je untuk dibuat main (who the hell yg buat jarum jadi barang mainan?), tapi jarum jugaklah yang telah membuatkanku fobia terhadap jarum. Sakit, perit, hanya saya dan tuhan je yang tahu.. 

Semuanya bermula cuti musim panas di Malaysia 2010. Semuanya bermula di hotel Dynasti Kuala Lumpur. Semuanya bermula bila saya kejar anak sedara saya. Kejar di sini bukannya kejar yang happy happy riang ria. Kejar di sini bermaksud saya nak marah anak sedara saya. Okay, benda ni saya x pernah bagitau mak saya. My friend kata saya ni Uda yang garang! Mana ada garang. Saya sayanggggg sangat my nephew!


Karpet bilik hotel tu kan tebal, so, masa kejar si Diniy, I stepped on something. Something small & sharp. Then a 'crack' sound! Damn!!! Sumpah sakit! Tengok2 kat tapak kaki ada jarum jahit terpacak. Bila cabut dah tinggal separuh. Where's the other part? Hmmm.. tercampak kat karpet balik kot. Ke, terpatah pastu tinggal dalam kaki? urgghhh, tak.. tercampak kat karpet tu. Rasa rasa kat kaki, xde pape pun..


Dah dua hari. My foot started to swell. Nak jalan pun susah ni. Kena jengket macam main ting ting tu. Okay, mak paksa pergi klinik. Then, mak ambik kerusi roda. Mati mati saya taknak naik kerusi tu. Ishhhh..malu!!!! Muda muda dah kena naik wheelchair! Cun dah cun dah, sekali naik wheelchair. Lama jugak saya gaduh dengan mak pasal kerusi roda tu. Last last saya yang suruh mak naik wheelchair tu, saya yang tolak. Lagi panjang mak membebel! hahaha.. Saya gagahkan jugak berjalan. Tapi takdelah ber'ting-ting' dekat public kan. Biar sakit asal x malu. Abang kaunter pendaftaran tu siap buat lawak kata kaki kene potong. H.A H.A..
Rasa macam tak kelakar lawak tu. Kalau kelakar pun, kaki saya lagi sakit!
Doktor Changkat Melintang


Okay, doktor lelaki. Early fourty. Skinny. Rambut xde kat tengah.Tak Handsome.
Tengok kaki macam nak xnak je.. Bila cakap pasal jarum tu, muka macam percaya tak percaya je. Then, die dapat satu phone call. OOOhhh, dia nak keluar dah. I was his last patient he intended to treat. Wait, it's just 3pm man! We asked for X-ray, injection, and antibiotic. But he refused!!! Doktor botak tu kata xde jarum dalam kaki. Kalau ada, mesti saya rasa extrapainful. Do i looked like having a pleasant feeling? And was he a Superman? Boleh X-ray guna mata je? Kalau superman macam ni x best langsung!  TAK HENSEM!!
He just gave me painkillers & ubat bengkak, & ubat gastrik!! Then, ade perempuan masuk ajak die keluar. Awek diakah??? Mak kata ye..Mak dah mengamuk dekat pharmacy bile dapat those ubat only!


I came home with additional pain setelah doktor tu menekan2 tapak kakiku. Terima Kasih doktor. Kalau korang dengar macam mana mak menyumpah doktor tu, seriously korang takut nak jadi doktor. Mak siap pesan supaya jangan jadi doktor macam tu bila dah besar nanti. Ye mak, kakak taknak pesakit kakak menyumpah kakak macam tu, Tak tenteram wooo hidup.

Doktor Changkat Melintang

Weekend tu, balik rumah opah dekat layang kiri, bota kiri, Perak. Malam tu sangatlah tidak tahan. Abah bawak pergi hospital Changkat Melintang. OMG.. Ada dua orang doktor muda. Cina & Melayu. Yang ni early twenty, not skinny, ada rambut kat tengah, handsome. Hmm.. Mak dan opah ada satu persamaan,sentiasa akan bagitau yang saya ni medical student kat egypt. Bukan apa.. malu sikit. Sikit je la. Yela, student medic tapi kene cucuk jarum plak! hehehe.. So, those doctors sent me for an X-ray. Bila dapat je film X-ray tu, I'm the first one who examined it. Alaaa, kalau setakat tengok X-ray, bukan susah sangat pun. Retilah baca. Damn!!! ada!! Jarum tu ada kat dalam kaki. Panjang pulak tu!! Doktor tu refer saya ke hospital Seri Manjung sebab diorg x boleh buat surgery tu. Oh ye, doktor2 muda tu geleng kepala when my mom cerita pasal doktor putrajaya.

Doktor Changkat Melintang

So, the next day, i was admited to  Hospital Seri Manjung. Arrrghhhh,kecewa gila. Instead of doing my attachment at Hospital Serdang, there i was in a ward at Hospital Manjung! Tarikh saya masuk wad tu mmg tarikh saya patut buat attachment! Sebelum tu saya ada pujuk abah untuk buat surgery tu dekat hospital putrajaya je. Alasan? Hospital Putrajaya tu kan lagi baru dari Hospital Manjung. So, hantu dia lagi sikit sebab baru je lagi. Sekali lagi, kena marah! Yelah, tak pernah seumur hidup masuk hospital, tiba2 kena masuk pulak. Tapi, saya insist untuk dapatkan bilik perseorangan. Tak boleh rasanya baring dekat tengah orang ramai. At least for the second day. Sbb my first day kat hospital was sunday.

Sakitttttttttttttt gileeeeeeeeeeeeee masa nak cucuk jarum dekat brachial vein. 7 kali cucuk. They couldn't find my vein. Bila dah jumpa, terlalu halus pulak. diameter jarum tu lagi besar daripada my vein. Boleh plak doktor tu tanya "U buat kerja rumah tak?". Nak kena agaknya doktor ni. My vein halus sebab i ni memang halus mulus orangnya okay!! Sakit sebab kene cucuk tu jauh mengatasi sakit kaki yg ada jarum ni. Every nurse yang lalu pulak mesti tanya macam mane boleh kene jarum? menjahit ke? bile kene? dekat mane? Doktor pun sama. letih la cerita benda sama je. Rasa macam nak tulis dekat kertas & tampal dekat kepala katil. Hambik kau!


I was soooo naive to think that the surgery is simple. Ingatkan macam duduk atas kerusi dalam bilik doktor. Then hulur kaki je. And the doctor do his job! I was all wrong! Siap kene masuk dewan bedah, pakai baju bedah, dgn ECG kat jangtung segala, bius separuh badan. That was real scary! Before masuk dewan bedah tu, ade lagi nurse & doc yg tanya macamane boleh kena. Aku just diam & senyum. Nasib baik ada nurse yg dah tau tu selamatkan aku " Panjang ceritanya, nak tau baca report tu sendiri!" She's cool man!!


Doktor Putrajaya

Sepanjang dalam wad, they've been wonderfully nice to me! Mak abah beli berlambak betul makanan. Yelah, makanan hospital kan x sedap. Dah jadi macam pesta pulak. Kerja saya dengan adik saya, makaaaannn je kejenya sampai tengah malam. Laksa, murtabak, kuih melaka, Tau fu fah, kueytiaw goreng. Banyak lagi. Padahal duduk situ satu malam je kot. And, ramai jugak doktor yang buat housemanship situ. They knew me as a medical student, so we talked a lot. Banyak jugak benda yang diorang share and ajar saya. But guess what? Those who were nice to me are all indian & chinese. Yang melayu? Buat muka kerek! Berlagak nak mampos! Tegur pun xnak! Wey, aku pun belajar medik gakkkk!!! Tak Payah nak berlagak kotttt!!


Berjahit tiga kaki saya akhirnya. Turun duit hantaran. Eh, tak turun kot. Kat tapak kaki. Sape yg nampak kan? Doktor kata 3 minggu baru pulih sepenuhnya. Yeahhh, habis minggu attachment di situ sahaja. Ingatkan boleh la kot buat seminggu. Takde rezeki. Lagi satu, x dapat nak menggayakan wedges yg hot tu puas2 kat malaysia. Raya pun pakai flat je..

Doktor Putrajaya
Masa balik dari celebrate birthday adik dekat chop & stick Kampung Baru, Mak & Along paksa abang abangku, bangah & balang dukung saya ke kereta sebab xlarat jalan sangat. Sekali lagi, mati2 saya taknak. Gila apa? dah besar besar kene dukung tengah orang ramai. Dahlah semua orang baru balik dari terawih. Tapi kali ni, bangah balang main sauk je saya & dukung sampai kereta. MALU NYA... HANYA TUHAN YANG TAHU. Macam kene kidnap pun ada. Bak kata adik saya, apa guna ada 2 org abang yang pegi gym hari hari kalau adik sendiri pun x larat angkat? Diorang siap rakam lagi untuk simpanan bahan ketawa.


Moralnya? Dengarlah cakap orang muda-Jangan bermain dengan jarum. Sampai sekarang saya simpan jarum tu. Doktor bagi bawak balik.


p/s : Kenapa agaknya gaji doktor kerajaan kat Malaysia rendah?  Adakah sebab prestasi doktor pun mcm doktor botak di atas, jadi kerajaan pun bagi gaji rendah, atau pun, disebabkan kerajaan bagi gaji rendahlah yang menyebabkan doktor botak tu bekerja sambil lewa?

6 comments:

fa-aja-aja said...

hahaha..kelkar gila kena sauk jee..oit oit nak tgok rakaman tuuu..apa guna rakam if aku x tgok kan ;p

duit hantaran ko dh kurang la intann...nti aku kena bgtau bakal suami ko..tak elok tipu...HAHAHA

intannuratiqahmohamadyunus said...

Hahahahaha.. Kelakar gila kot!!

mana ada kurang.. xdenya bakal laki aku percaya..no proof no talk.. hahaha.. die xleh tengok tapak kaki aku.. aurat.. hahaha.. kalau lepas kawen die nampak, kire burn jela.. hahhaha

balqis said...

nti kita tgk raamai2 tau video tu.haha

intannuratiqahmohamadyunus said...

korang patutnya kesiankan aku, bukan gelakkan aku.. wuuu~~~

sepet yamauchi said...

ecg??if aku nk amek part ni boleh x??
plg nk lead num 4~hahaha boleh la.boleh la.len kali ati2 ckit..
niat x bek 2,nk mrh diniy~
sian diniy~heheh

intannuratiqahmohamadyunus said...

jahattttttttttttt!!!!
xleh! xleh!!
hahahha... dia nakal sangat!!!