Saturday, May 29, 2010

Beruang Vs. Manusia---> Beruang KALAH!!!!


Inilah nasib beruang kalau tidur dgn manusia..

Hahahahaha..

Friday, May 28, 2010

Ayuh.. Kembali ke sekolah

Post kali ni, nak bercerita, nak mengimbau kembali zaman2 sekolah, sedari kecil sampailah sekarang ni.

Institusi-institusi yg bertanggungjawab menghasilkan intannuratiqah sekarang ni ialah :

1.Tabika Perpaduan.
Tabika. Bukan Tadika. Mak kata 'Tabika' membimbing, 'Tadika' mendidik sahaja.


btw, ni bukan logo asal. Logo asal ade 2 harimau kiri kanan, ade padi pastu, ade..entah!

Kenangan..Hmmmhh.. Percaya x saya masuk tabika masa umur saya 2 tahun? Iye.. betul. x tipu. Saya & adik saya masuk tabika masa umur 2 tahun.
Tabika pertama ialah Tabika Perpaduan Tampin. Cikgunya ialah Acik Acam saya (mak sedara). Rupa dia sebijik sejibik macam penyanyi Aisyah tu. Tapi x pernah pulak suruh die nyanyi.Kot2 suara sama ke. Lagi satu, pejabat abah dekat sebelah pintu kelas tabika je! hehehe.. Abah kerja Pegawai Perpaduan. So, no wonder saya masuk tabika umur 2 tahun kan?

Lepas habis kelas je, terus lari2 pegi pejabat abah. Kalau abah out station, ikut acik acam balik rumah wan acu. Wan acu masak sedap2. Ramai lagi budak2 kat sana. Tapi ade ingat satu budak ni nama dia Syafiq, badan besar. Kebolehan dia ialah makan cili merah tu mentah2 macam makan coklat. Sampai sekarang x faham macamana die blh buat macam tu.

Masa nak pindah ke Teluk Intan, saya hadiahkan kawan saya pingat yg abah dapat drpd Sultan. Boleh x? hahahha.. nasib baik acik acam nampak. Kalau x jawabnya selamat la. Mane sy tau bende tu bernilai. Sampai skrg abah & mak gelakkan saya. Dan sampai sekarang jugak saya x mengaku. Saya putar2 cerita jadikan along yg buat perkara yg memalukan itu. Last2 mak abah pun keliru, saya atau along yg buat! hahahha..

Tabika kedua ialah Tabika Perpaduan Teluk Intan. Depan rumah je. Cikgu Jamilah selalu manjakan saya. Oh ye, mak saya pun Pegawai Perpaduan jugak!
Saya ada masuk satu pertandingan menyanyi. Saya pilih lagu 'burung pipit'. Tau kan lagu tu? " Saya ada burung pipit..satu hari jatuh sakit..". Seminggu mak latih saya dgn siap gaya lagi. Tapi last2 atas pentas jadi patung. kenapa? entah..


2- Sekolah Rendah Kebangsaan Convent


Ni logo sekolah menengah. X jumpa yg rendah punya.

Saya rase mase ni saya ade dunia sendiri. Sebabnya saya x igt apa yg jadi masa sekolah rendah. Yang saya ingat, ada sorang cikgu B.I ni, punyalah garang!!!
Pilih kasih pulak tu. Suka yg kaya je. Of courselah i'm not one of her kind. Dahlah comot. sape nak suka kan? Mmg semua org takut la kat die. Kalau budak yg dia sayang x bawak buku dia x marah, budak yg dia x suka x bawak buku kene marah.
X adil.. X bawak buku is x bawak buku. What's the different? Tapi saya x dapat nafikan, sbb Cik Nona lah english saya boleh tahan la.. At least saya boleh marah2
org in english. Menyalahgunakan english..

Saya ada masuk pantun, mak ada ajar satu pantun ni


Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


Tahu x keduduk tu ape? keduduk tu ialah nama lain bagi pokok senduduk. Tapi masa tu saya x tahu. Saya pun buatlah gaya macam nak duduk sebab bunyi nak dekat2 sama. Mak pun pelik kenapa saya asyik2 macam nak mencangkung masa berlatih. Lepas tu barulah mak bgtau keduduk tu ialah pokok. Sampai sekarang kene ejek dgn satu family. Iye, saya memang bahan jenaka dalam family saya. Sampai sekarang.. haish.. Sape yg bg nama keduduk tu haaa??? meh sini nak sekeh!

Masa darjah tiga, saya dapat langkau terus ke darjah 5. Xyah lalu darjah 4. Jimat umur. Saya selalu jugak x datang sekolah sbb parents selalu outstation.So,ikut diorg. Tapi saya x tahu macamane saya boleh buat semua soalan dgn bagus walaupun saya x pernah belajar. And saya ada habbit yg luar biasa. Saya boleh habiskan 1 buku latihan sehari. Saya sendiri takjub macamne saya boleh buat tu. Mak pun hari2 belikan saya buku latihan. And, masa saya darjah lima, saya boleh buat soalan darjah 6. Tulah..saya dah cakap, saya ade dunia sendiri masa ni. I lived in my own world..Kalau la perangai tu bawak sampai sekarang kan bagus!

Haaa..masa darjah 5, mase tu tuisyen. Ade sorang kawan balang ni nama dia Safar, selalu belanja saya, bukannya balang. Belanja banyak pulak tu (bg budak kecik la). Sekali belanja RM5. Kalau saya belanja die teka berape? 50 sen! hahahha.. Pelik jugak knp die slalu blanja. Rupanya suka dekat saya. Dia ajak saya couple (eeiii..gelinya bila ingat balik), saya pun x berape faham couple tu ape benda, tp die belanja saya banyak2 itu yg best. (kecik2 lagi dah tunjuk perangai). Tapi nasib baik along, bangah & balang cepat menghalang. Alhamdulillah.. sampai sekarang rekod x pernah couple dikekalkan..



3. Sekolah Menengah Convent Teluk Intan


Yup.. saya mmg budak sejati convent. Sekolah convent ni selalu jadi musuh sekolah2 lain. Mmg x disukai ramai. Diorang label convent ni berlagak,sombong, gedik, x pernah jumpa lelaki, budget terer BI, budget cun, dll..

Eleh.. Padahal korg jeles kan budak convent cun2? kan? kan? cakap jelah.. Lagipun, boys sekolah lain selalu target budak convent. Tergugatlah tu!
But the fact is.. budak convent x pernah tergedik2 dekat budak laki, kalau dah
cun tu, x boleh nak buat apelah, satu anugerah. Yang membusukkan nama convent ni ialah budak sekolah lain yg transfer ke convent & bawak perangai menggatal lama dia tu ke convent. Padahal budak convent ni ada act sendiri, mana layan budak2 hingusan.. Jadi, yg dapat nama busuknya ialah convent. Disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Seperti biasa saya ada cikgu2 yg boleh ngam dgn saya, ada jugak yg x lekat dgn saya. Kalau yg baik dgn saya tu, siap boleh masuk bilik sesuka hati, buat amcam rumah sendiri, buat air, ambik kerepek,keropok. Pastu cikgu bawak seraga buah-buahan.Then ugut saya habiskan. Kalau x habiskan cikgu merajuk. Tapi
cikgu2 yg kurang ngam dgn saya ialah guru2 kanan. Saya pun x tau kenapa. Tapi masa saya buat ujian dekat bilik guru, saya dengar guru2 kanan ni mengumpat pasal budak kelas last & kutuk2 & gelakkan dia. Saya x boleh terima, terkejut betul masa saya dengar. Bukannya nak cari jalan nak tolong budak tu, pegi kutuk pulak. Boleh pulak die tutup tingkap yg berlubang tu dgn file supaya saya x dgr ape yg diorg bincangkan. dgn FILE???? of course lah i bleh dgr.

Tapi saya x kisah pun guru2 kanan ni x ngam dgn saya, sbb saya ngam dengan pengetua! Berani la diorg usik saya? Kwn2 siap cakap pengetua tu kawan baik saya. Hahaha..


Lagi satu, saya kuat bergaduh dgn pengawal sekolah which is perempuan. Ade ke sesuka jiwa dan raga bukak beg saya. Ingat ape haaaa??? dahlah tu siap bawak sayur2 barang2 masakan ke sekolah untuk disiang sbagainya. Ingat ni kelas memasak ke??


Kat sinilah jugak saya belajar pidato,pantun,syarahan, buat roket. Masalahnya saya x pernah suka pun berpidato segala ni. Geli siap. Nak tergedik2 dgn gaya poyo tu lagi. Tapi saya target sijil untuk SPM. Alih2 kebanyakan yg saya masuk tu dapat johan. Bakat terendam nih..

Saya ada dapat tawaran ke Bainun, tp saya tolak sebab saya xnak sekolah asrama.


4. Kolej Matrikulasi Perak

X lama kat sini. 2 minggu je. Yang saya ingat koleh ni jauh terperosok kat dalam ladang kelapa sawit. Jauuuuuuuhhhhhh kat dalam. Membuatkan saya menangis seminggu pertama. Yelah x pernah pisah dgn family kan. lagipun ala2 asrama. Xleh terima lah!

Saya ada 2 org geng, satu india, satu melayu. Yang india ni nama dia lina, tp cakap, perangai mmg mcm melayu sebijik. Yang melayu ni (adeh, lupa nama), die kuat menyanyi dgn penuh perasaan & feeling nya.. tp suara x sedap pun. Cukuplah sekadar nak hiburkan saya dgn lina.

Tugasan pertama, kene siapkan lab report kimia. Semua org struggle ni nak buat. Tapi tengah2 jalan, ade kawan lelaki kelas saya mintak saya punya report nak
buat rujukan. Saya kata x siap lagi, die kate xpe, nanti die siapkan. Haaaaaa?????? Ape lagi, dgn senang hati dan tersenyum saya bg report saya. hahahha.. tapi x dapat gelak lama, sebab lepas tu geng saya yg melayu tu mintak balik report saya sbb x puas hati. Hampeh!

Ada satu hari tu lepas kelas tambahan, on the way balik ke block masing2 classmate saya tegur ada benda melayang atas block saya warna putih. Ngek betul die tu.sape suruh pegi tegur, saya dah perasan lama tp xnak ambik kisah. Dah lah blok die sebelum block saya which means, saya kene balik block saya tu seorang diri di malam hari! thanx a lot. Xde jadi ape2 pun! hehe..



5. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

The best memory i ever had but the only one that i dont want it to happen again.


Kenapa saya suka PASUM? Sebab die x macam asrama. Xde peraturan. Tu yg best tu! Tambah2 bila lawan sub dgn kolej lain. Sub tu macam cheer. Siap ambush kolej lain lagi. Mmg best! Banyak yg saya belajar kat sini. Kerenah & ragam manusia. Macam2 manusia saya kenal.. ye.. Macam macam.. Memori yg paling indah (tambah2 hari terakhir di UM) tapi saya xnak ulang kalau diberi peluang? Kenapa? entah..

Saya ada dapat tawaran ke USM Pulau Pinang, tp saya tolak sebab saya melanjutkan pelajaran ke --->


6. Universiti Zagazig



Disinilah baru saya sedar yg diri ini penuh dengan kekurangan dan kejahilan. Belajar berdikari.
Syukur kerana diberi peluang berada disini. Diselubungi dgn suasana dan rakan2 rakan yg solehah. Membantu dan dibantu.
Semoga mumtaz bersama2.
Bitaufik wanajah!!
Aminnnn...



Terima kasih kepada semua yang telah mendidik

INTANNURATIQAHBINTIMOHAMADYUNUS

secara langsung ataupun tidak langsung.

Terima kasih juga kepada rakan2 atas memori yg anda bekalkan..


p/s : sweet dreams that leave all your worries behind you..

Monday, May 24, 2010

Jawapan Tag..

So Encik Keyro (Keyri), Here You Go...

Task ----> State 23 things about yourself. Then, tag another 5 people..


  • I'm a genuine student of

Convent Teluk Intan
Rendah & Menengah



  • I really wish one day I'll step my feet at..

Makkah



Ireland


Italy


Spain


Brunei?



  • My stomach LOVESSSSS this..

Betik jalur.


cendol pulut



Carrot slice from secret recipe
My mom said it feels like muntah..



  • Once upon a time, i want to marry...

Tun Dr. Mahathir. But he's married long time ago. Before I was born.


Brandon Routh.
Unfortunately, he's married too!
Owh Why?????!!!!!


Eh, gambar Brunei lagi???????
Blup..blup..


  • When i'm bored, I'll play

I dont have piano. Just keyboard-YAMAHA



V.O.S- virtual piano


  • On top of my wish list
Bvalgari perfume rosse essentielle.
I asked this from my housemate for my birthday present. But, they give me table lamp.
(which is also what i requested)
price? 320 egyptian pound. hehehe..



  • When I want to say something very quickly..


I'll snap my fingers.




  • When I feel something irritating, or gross, i will...

Scratch my neck!




  • About my hands,fingers,whatever..

only match with princess cut diamond (demanding!!)
Love inai..
I cant cut my nail so short like others, because my nails can easily seperated from my flesh-->
they'll bleed! So, stop asking me to cut my nails..



  • I think that vampires below..

Edward Cullen (Twilight) - a very jiwang vampire! Vampire Jiwang????
Not Cool..
And smells too! Very Not Cool..
FYI, he rarely shower. Thumbs down..
This pic shows all!


Eric (True Blood)
He is always cool.. Even he plays a dark role, but he's smart. Stylo!
but hey, in the 5th novel, he's the hero..
2 thumbs up!


Damon Salvatore (Vampire's diaries)
Ding! Ding! Ding!
He's the HOTTEST! the COOLEST!
Strong, quick, funny,romantic, & gorgeous!!
Haaa..yg lain2 jgn nak ikut sama suka die! Only me & pot allowed!
Susah payah kami cari dia dekat twitter sbb nak stalk dia.
2 Thumbs & Hallucis up!!


  • This is my new sweetheart..

Alexander Rybak.




  • I am..
Slim.. yesterday,today, & forever.. (shut up u readers!)



  • I always do this monologue thing.. talking to myself.

Always imagine someone is talking to me, and I'll reply.
I don't know if my ex-roomate realize it.
So, no wonder if my friends said I'm a good actor (or actress?).
Practise makes perfect!
But, hey, I dont have imaginary friends!!



  • I'm going to be a....
Good Muslim Doctor.. InsyaAllah..



  • I need/want/love big closet because..

I have too much stuff to be kept!


  • I cant sleep at night nowadays. No matter what.. OMG, I love sleeping.. I'm afraid I have..

insomnia!




  • Scented candle is my best company..
Eventhough it almost burn my room. TWICE!!




  • I love theathre. When i was in UM, i always watched theathre held in my college. I would like to watch a real theathre. Can anyone take me?





  • I have this HUGE --->

Noo... not beyonce! Its EGO! gambar beyonce sbb dia ade nyanyi lagu tajuk EGO.
This huge ego of mine always hurts people around me. And myself too..



  • I'm sarcastic. Sometimes i cross the line. sorry!


Feel free to do this task!!


p/s : until now, i still dont understand what is the use and how to use formspring.. sigh!

Saturday, May 22, 2010

Tolong....!!!!!

Adoyai.. Musim exam ni, makin menjadi2 homesick ni. Guess what i did yesterday at 3 a.m? Since I cant sleep at night, except from study, mestilah buat bende2 merepek lain kan?
Antaranya semalam, i tried & put on clothes that i plan to wear on my trip back to malaysia.
Janganlah tanya kenapa, of course lah x sabar nak balik Malaysia!

How i miss my family. Sangat2 rindu. My family is not a wealthy family. We are just ordinary as others.. Its great to be an ordinary family. U can feel every level of this life. Susah, senang, all we have is family. Hanya kita yg tau keadaan family kita. Hanya kita yg kenal family kita.

Keluarga kami sangat menitikberatkan ikatan kekeluargaan. Ape ape pun, family first. Don't u ever put an outsider on top of your family.

Adik beradik saya ada 5 org. Saya nombor 4. Dulu2, saya rasa ramai betul adik beradik saya ni. Tapi sejak saya dtg mesir ni, baru saya sedar. 5 org tu sikit sangat! kawan2 saya, semua 7 dan ke atas! hambik kau! terasa keluarga saya ni kecik sangat.

Rindu nak cakap dengan mak & abah. tapi sekarang mak abah dekat melaka. Ada karnival perpaduan! wahhh.. best betul! sebelum ni, setiap tahun saya ikut. bestnya.. jadi saya lepaskan rindu dgn adik jelah tadi. Puas dapat kacau die tadi. Saya gelak sampai nangis2. Seronok dapat kacau die.

Kitorg selalu buat activity sama2.. Antaranya, jogging sama2 kat taman botany, then malamnya pulak berkelah kat dataran putrajaya. Bawaklah nasik lauk segala. Kalau dekat lumut, malam2 selalu ajak bangah pergi tepi laut, nikmati keindahan malam. Lepas tu adalah org yg main gitar nyanyi2 acoustic gitu, tambah bila nyanyi lagu rock2 kapak, dengan hembusan angin laut yg sepoi2 bahasa, bestnyaaaaaa... Balik nanti nak kemas2 rumah lumut cantik2.

-Rindu nak kacau adik. Selalu sakat dia panggil KK kuasa 2. (kelam kabut dgn keling karam-no racist sentiment here-). Sebab apa? sebab die mmg kelam kabut orgnya. Kalau buat kerja tu mmg ade jelah x kena. Keling karam sebab kalau die cakap, punyalah kuat, laju, lepas tu x teratur. mak yg bagi nama tu kat die. Sampai mak pernah cakap kat adik

"Adik,cubalah cakap tu elok2 sikit, teratur, sopan, lembut macam kakak tu..
Org pun faham ape kakak cakap"

Adik..adik.. silap besar adik bgtau kakak yg mak cakap macam tu pasal kakak. I'll use it for the rest of ur life! hahahahhaha..

-Rindu nak ambik adik dari sekolah, lepas tu dgr dia membebel pasal kehidupan seharian die dekat sekolah. Pok pek pok pek mulut dia. Semua kawan2 die saya kenal. And semua kawan2 die kenal saya. Tapi saya suka ambik jelah, nak hantar pagi2 tu susah sikit. bukan apa, selimut berat..

-Rindu nak lawan VOS dgn bangah. suka kacau bagi hilang konsentrasi.

-Rindu nak buat lawak bodoh dengan abah.. yg kami berdua je yg faham.

-Rindu nak jogging, and berkelah dgn family ramai2.

-Rindu nak pergi program2 kerja abah & mak. Yang mana saya kenal semua org pejabat mak & semua org pejabat mak pun kenal saya.

-Rindu nak sahur dengan keluarga. Which abah akan kejut banyak kali tp xnak bangun. Last2 abah ugut panggil mak, terus kitorg bangun masuk toilet. Mak dasyat wooo kalau kejut tidur..
Lepas tu rindu lepas sahur, senyap2 ajak abah masuk bilik sambung tidur. Xnak bgtau mak sbb mak x bg sambung tido lepas sahur.

-Rindu nak bukak puasa ramai2. Yang mana selalu kena marah masa buat kerja siapkan makanan berbuka. Yelah, along selalu ngelat xnak buat kerja. Arah org itu, arah org ini, pastu alih2 kerja kat org. X aci!!!

-Rincu nak berebut komputer dgn balang, bangah, adik, abah & mak!! I win most of the time!!




Yang x senonoh kat depan tu ialah along & adik.
Tengah buat gaya macam dalam dragon ball tu, yg boleh gabung badan & tenaga tu.
kalau betul2 lah jadi diorg buat, habislah, gemuk ganda dua!


Yang pakai baju putih2 hensem2 tu abah.
Sebelah tu mak cun.
Yang baju kuning tu bangah sbelum menjadi muka bulat baldi. rasanya die x mandi lagi dlm gambar ni. Yelah kan, pergi jogging buat ape mandi, balik nanti peluh2 kena mandi balik.
Yg pakai tudung oren2, gemuk2 tu ialah acu (maksu).
Nombor dua gemuk yg pakai tudung pink tu ialah along.
Nombor 3 gemuk pakai tudung hitam tu adik saya.
Ni gambar tahun lepas. Saya x tau siapa juara gemuk sekarang..
(OMG,tolonglah diorg x baca entry mulut lepas ni..)



Yang belah kanan tu ialah mak sedara (sepupu saya.sama birthday) kepada yg belah kiri tu (my nephew).
Beza umur mereka? 10 hari.


Yang gemuk pakai baju oren tu paksu saya.
Abah saya kurus yg pakai baju putih tu..


Lumba jalan kaki. Tqah tau..mesti along menang kan?
Tererlah along, walaupun along paling gemuk tapi along menang.. Caya lahh..



Taman Botany..


Sorry, for calling u guys gemuk... rindu sangat. X tau nak kacau siapa!


p/s : sambil dgr lagu2 rock kapak. Lagilah rindu...

Friday, May 21, 2010

keep on forgetting

KEEP ON FORGETTING TO FORGET ABOUT YOU


By Jojo

nice song!




p/s: adik,u'll like it. it just suits ur taste.. i think.

Sunday, May 16, 2010

Who Wrote This??????????

Study....

Study..

Study CNS..

And I found very weird informations ---->



"Ngantuk ke?"


"Weyh,pasni nak buat ape?"


"Aku rasa macam nak duduk kat Msian Student Department, tido 1/2 jam, pastu study pape."


"Sebelah Pot cantik"


"Arab kat depan aku pakai baju biru balik2 tengok kita. Malas aku!"



"Arab gemuk baju hitam depan ni rupa rupanya 2nd year.
Mati2 aku igt 4th/5th year"



Time : 7-8 a.m

Location : Physio Lab

Involved : Me & Tqah Mamat & other egyptian students.


These is exactly what we do when we are boring plus mengantuk. Habis buku jadi mangsa..
Last year worse than this. Our books full with gossips.. This year?? KAMI BUDAK BAIK..


p/s : Don't do this at school..


Saturday, May 15, 2010

Hari-hari pun hari ibu..Jadi,i'm not late,,

At first i decided not to post an entry about mother's day. Because i think i already wrote everything about my mom. So, in this entry, i might repeat the same story..

I call her MAK. A very common call out name. But still very powerful.

Mak. Salmah binti Haji Abu Mansor. The eldest in her family. Such a great responsibility she hold towards her adik2, parents, as a wife, as a mother to her 5 childrens.

I'm so proud of mak, as she is an educated mother. Completed her degree at USM together with my father. That time I was 3 years old if i'm not mistaken. Ohh yeah.. Mak sambung belajar masa tengah kerja. Sama2 dengan abah. Dah ade anak 4 dah mase tu. So, i was there celebrating my parents victory eventhough i remember nothing. But i have pictures as a prove. Mak, U are so great! How did u able to manage your family,study,money all at once?

Mak, I know how hard u and abah wish one of your childrens will follow your footstep to USM. I know it. Everytime we went to penang, a very 'must' place to visit is USM. Because u want to reminisce all the memories. Mak, I'm so sorry for the hope that I couldn't fullfil (purposely).
I know when i got the offer to USM, u & abah were the most happiest person. Kakak ingat macamane abah & mak pujuk kakak masuk USM. Abah siap telefon dekan USM tu lagi. Siap suruh kakak try dulu seminggu. Sorry mak.. Kakak degil nak datang jugak sini..

Girls.. who do you think i got the 'jangok' traits from? Its from my mom of course! Mak suka ber-fashion. Best tau shopping dgn mak! One of my friens said "Mak intan bergaya macam intan." woaa.. That is a FATAL MISTAKE. Macam lecturer sini selalu cakap. Kesalahan yg boleh membawa maut! hahahha.. saya yg ikut mak.. bukan mak yg ikut saya..

Dari kecik lagi, mak mmg suka gaya-gayakan kami. Kalau nak pergi sekolah tu, rambut tu mmg macam2 fashionlah!! kejap tocang sane, kejap tocang sini..Kawan2 pun selalu cakap saya buat show rambut. hahaha.. baju sekolah tu jgn cakaplah.. Nama je putih, tapi material baju tu mesti lain drpd org lain. Cikgu pun x dapat nak kate ape dah. hahaha..

Mak selalu cakap.. Mak taulah anak2 mak ni.. takyah cakap pun mak tau ape jadi.. Iye, memang betul. So, saya ambik keputusan xnak berahsia daripada mak. Kalau ade ape2 saya cerita dekat mak terus. Mak pulak seronok dengar & layan cerita saya. Tapi tau2 esoknya semua orang dalam family dah tau cerita tu.. Hahahha.. tergelak jelah yg mampu.

Mak suka suruh kakak buat benda yg kakak x suka. Kakak x suka org kacau kakak tidur. Tapi, mak lagi suka kacau kakak masa kakak tengah tidur. Kadang mak just kejut kakak tidur sebab nak bersembang. Kadang2 just sebab nak suruh kakak masukkan benang dalam jarum. Padahal adik ade kat sebelah tu haa.. Pastu selalu paksa kakak mandi subuh2.. Sejuklah mak...

Bukan tu je, kalau masak kat dapur tu, tugas wajib kakak ialah menumbuk cili bawang dan sebagainya. Bukannya mak x tau kakak x suka tugas menumbuk2 tu, bagilah yg mencabar sikit. Lagi satu,masak nasiiiii.. Akak x suka!!!! Nasib baik ada abah untuk ambik alih tugas tu.

Seterika baju. Ini memang merupakan kelemahan kakak. Tapi mk paling suka ni. Mulalah mulut kakak pot pet pot pet masa gosok baju tu. kalau sepasang je takpe.. Ini, mula2 mak bagi baju kurung.. ok..takpe.. lepas tu mak tukar pikiran nak pakai kebaya.. lepas tu x jadi, nak pakai baju kedah pulak..Habis semua akak gosok mak tak pakai pun... Bila akak dah dekat sini, abah pulak yg kena gosok baju!!! hahahahhahha.. kelakar2!!! Mak2.. dah besar nanti akak nak ambik org gaji khas untuk gosok baju je..

Apasal semua yg saya x suka buat kat atas ni menggambarkan macam anak dara pemalas je?
Patutlah mak selalu suruh saya buat benda2 tu semua.
Jangan risau mak, akak dah boleh dah buat kerja2 tu.,. Dah suka dah.. (except gosok baju!!!)

Okay, solat subuh dulu..