Saturday, May 22, 2010

Tolong....!!!!!

Adoyai.. Musim exam ni, makin menjadi2 homesick ni. Guess what i did yesterday at 3 a.m? Since I cant sleep at night, except from study, mestilah buat bende2 merepek lain kan?
Antaranya semalam, i tried & put on clothes that i plan to wear on my trip back to malaysia.
Janganlah tanya kenapa, of course lah x sabar nak balik Malaysia!

How i miss my family. Sangat2 rindu. My family is not a wealthy family. We are just ordinary as others.. Its great to be an ordinary family. U can feel every level of this life. Susah, senang, all we have is family. Hanya kita yg tau keadaan family kita. Hanya kita yg kenal family kita.

Keluarga kami sangat menitikberatkan ikatan kekeluargaan. Ape ape pun, family first. Don't u ever put an outsider on top of your family.

Adik beradik saya ada 5 org. Saya nombor 4. Dulu2, saya rasa ramai betul adik beradik saya ni. Tapi sejak saya dtg mesir ni, baru saya sedar. 5 org tu sikit sangat! kawan2 saya, semua 7 dan ke atas! hambik kau! terasa keluarga saya ni kecik sangat.

Rindu nak cakap dengan mak & abah. tapi sekarang mak abah dekat melaka. Ada karnival perpaduan! wahhh.. best betul! sebelum ni, setiap tahun saya ikut. bestnya.. jadi saya lepaskan rindu dgn adik jelah tadi. Puas dapat kacau die tadi. Saya gelak sampai nangis2. Seronok dapat kacau die.

Kitorg selalu buat activity sama2.. Antaranya, jogging sama2 kat taman botany, then malamnya pulak berkelah kat dataran putrajaya. Bawaklah nasik lauk segala. Kalau dekat lumut, malam2 selalu ajak bangah pergi tepi laut, nikmati keindahan malam. Lepas tu adalah org yg main gitar nyanyi2 acoustic gitu, tambah bila nyanyi lagu rock2 kapak, dengan hembusan angin laut yg sepoi2 bahasa, bestnyaaaaaa... Balik nanti nak kemas2 rumah lumut cantik2.

-Rindu nak kacau adik. Selalu sakat dia panggil KK kuasa 2. (kelam kabut dgn keling karam-no racist sentiment here-). Sebab apa? sebab die mmg kelam kabut orgnya. Kalau buat kerja tu mmg ade jelah x kena. Keling karam sebab kalau die cakap, punyalah kuat, laju, lepas tu x teratur. mak yg bagi nama tu kat die. Sampai mak pernah cakap kat adik

"Adik,cubalah cakap tu elok2 sikit, teratur, sopan, lembut macam kakak tu..
Org pun faham ape kakak cakap"

Adik..adik.. silap besar adik bgtau kakak yg mak cakap macam tu pasal kakak. I'll use it for the rest of ur life! hahahahhaha..

-Rindu nak ambik adik dari sekolah, lepas tu dgr dia membebel pasal kehidupan seharian die dekat sekolah. Pok pek pok pek mulut dia. Semua kawan2 die saya kenal. And semua kawan2 die kenal saya. Tapi saya suka ambik jelah, nak hantar pagi2 tu susah sikit. bukan apa, selimut berat..

-Rindu nak lawan VOS dgn bangah. suka kacau bagi hilang konsentrasi.

-Rindu nak buat lawak bodoh dengan abah.. yg kami berdua je yg faham.

-Rindu nak jogging, and berkelah dgn family ramai2.

-Rindu nak pergi program2 kerja abah & mak. Yang mana saya kenal semua org pejabat mak & semua org pejabat mak pun kenal saya.

-Rindu nak sahur dengan keluarga. Which abah akan kejut banyak kali tp xnak bangun. Last2 abah ugut panggil mak, terus kitorg bangun masuk toilet. Mak dasyat wooo kalau kejut tidur..
Lepas tu rindu lepas sahur, senyap2 ajak abah masuk bilik sambung tidur. Xnak bgtau mak sbb mak x bg sambung tido lepas sahur.

-Rindu nak bukak puasa ramai2. Yang mana selalu kena marah masa buat kerja siapkan makanan berbuka. Yelah, along selalu ngelat xnak buat kerja. Arah org itu, arah org ini, pastu alih2 kerja kat org. X aci!!!

-Rincu nak berebut komputer dgn balang, bangah, adik, abah & mak!! I win most of the time!!




Yang x senonoh kat depan tu ialah along & adik.
Tengah buat gaya macam dalam dragon ball tu, yg boleh gabung badan & tenaga tu.
kalau betul2 lah jadi diorg buat, habislah, gemuk ganda dua!


Yang pakai baju putih2 hensem2 tu abah.
Sebelah tu mak cun.
Yang baju kuning tu bangah sbelum menjadi muka bulat baldi. rasanya die x mandi lagi dlm gambar ni. Yelah kan, pergi jogging buat ape mandi, balik nanti peluh2 kena mandi balik.
Yg pakai tudung oren2, gemuk2 tu ialah acu (maksu).
Nombor dua gemuk yg pakai tudung pink tu ialah along.
Nombor 3 gemuk pakai tudung hitam tu adik saya.
Ni gambar tahun lepas. Saya x tau siapa juara gemuk sekarang..
(OMG,tolonglah diorg x baca entry mulut lepas ni..)



Yang belah kanan tu ialah mak sedara (sepupu saya.sama birthday) kepada yg belah kiri tu (my nephew).
Beza umur mereka? 10 hari.


Yang gemuk pakai baju oren tu paksu saya.
Abah saya kurus yg pakai baju putih tu..


Lumba jalan kaki. Tqah tau..mesti along menang kan?
Tererlah along, walaupun along paling gemuk tapi along menang.. Caya lahh..



Taman Botany..


Sorry, for calling u guys gemuk... rindu sangat. X tau nak kacau siapa!


p/s : sambil dgr lagu2 rock kapak. Lagilah rindu...

5 comments:

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

intan aku pn trasa mcm mo test bju yg aku nk pkai blik msia tau.hehe
ohh,sgtrindu dgn family aku intan!!!
nti aku pn mo cerita psl dorg jgala.hehe

BALIK X10!!!

intannuratiqahmohamadyunus said...

ape lagi.. test..test..
best woo...

syifak said...

intan, klakar lah..

haha

Tan Sri Dato' Dr.Khairul™ said...

sumer org nak test!!!! akupon nak test gaklah baju yg nak pakai balik ni nnt..hakhakhakhak...nak pakai seksi2..hahahahahahhahahahhahhahahahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahahahahahahahahahhahaha..(aku tulis hahaha..tu sambil gelak..bila aku behenti gelak..aku stop tulis..)

ok cukupp..weh intann..along ko nagn ko namapk mcm same je muka...kembar ke??

intannuratiqahmohamadyunus said...

okeh,aku nak tgk ko pakai seksi? bile tarikh ko balik? aku nak hantar!
(semata2 nak tgk ko pakai seksi nih)

aku???? dgn along???? sama??????

woit!! mane ade!macam lgt dgn bumi!

kakak aku gemuk..aku kurus.

kakak aku cun.. tp cun lg aku!

hahahha..

krol2..balik nanti kte amik international driving license nak?