Saturday, May 1, 2010

Senyum, cakap, gelak sorang2..

mak abah sayang..

Isshhh... betapa susahnya nak melawan nafsu. Paksa jugak diri ini untuk study. Habiskan physio (practical at least). Bluekkk..nak muntah2 dah! Tapi fikiran melayang2..

Bukak laptop, bukak folder gambar masa summer holiday tahun lepas. Okay, my problem is I miss my family.

Ingat lagi masa sampai kat KLIA, x sabar2 ni nak jumpa mak abah, sampai tolak troli tu terlanggar kaki piahla.. Sorry. Sekali dah sampai depan mak abah, mak abah buat x tau je. Punyalah semangat lambai2 tangan ni,sampai dpn mata ni, xde respon pun. Until I called them "Mak, Abah, kakak kat sinilah!", barulah mak abah " Eh, kakak????? dah sampai!". Cess, rupa-rupanya x cam. Banyak sangat ke berubah. Makin hot adalah! (sambil tolak hidung ke atas). Aksi peluk2 cium2 nak cerita jugak ke? xyah la eh..

Bila dah sampai tanah air sendiri, rasa bahagia sungguh, sampai dengar org keliling bercakap pun "Eh, eh, dia cakap melayulah.."-"eh,eh, org melayulah,org cinalah,org indialah.." Yelah, dah setahun mata dijamu dgn org arab. Masa nilah terasa "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".


The next day terus pergi Pulau Pinang. Abah ade kerja. Org lain balik Msia kene kuarantin seminggu kat rumah, tapi saya terus berjalan. By the way, keluarga kami mmg jenis berjalan. Tapi kelakar jugaklah, org tidur saya jaga, org jaga saya tidur. Dapat jugak jumpa dgn my best friend kat pulau pinang. Dia belanja rojak. ingat lagi pakcik rojak tu menari2 & menyanyi sambil buat rojak. "Rojak.. Rojak.."

Pastu mak tanya saya nak pegi mane, and saya pilih port dickson, Fraser's Hill & Melaka. And, mmg kami pegi semua tempat tu kecuali melaka sebab x sempat. Kena balik Mesir dah.
Puasa kat Malaysia mmg best. Yg penting puasa dgn family. Sangat best. Tahun ni saya banyak jugak tolong mak kat dapur. Yelah,dah besar kan.. Terkejut mak tgk anak die dah pandai masak (bolehla). My dad siap bawak bekal pegi pejabat lagi. (ni bukan masa puasa okay!) Tapi kadang, saya saja xnak masak, sebab mestilah nak rasa air tangan mak & abah kan! Dua-dua pandai masak.

Masuk raya pulak, patutnya baju raya lapan pasang. (melampau tak?) tapi dalam 5 helai je yg dapat sbb yg lain x sempat siap. Termasuklah baju yg patutnya dipakai masa 1st raya. Alternatifnya, pakai jubah yg saya bawak dari mesir, and it works! cantik pulak kami pakai.
Ramai jugak yg terkejut kami pakai jubah tu. Opah buat ucapan untuk saya dalam rakaman video, nangis2 opah bg ucapan.. Tp last2 tu opah kata " Balik nanti jgn bawak tunang wok.." Daripada saya sedih2 teruk tergelak saya. Apasal lah my family ni takut sgt saya suka dkt org luar negara? Tambah2 opah dgn mak, pantang betul kalau saya cerita pasal kawan2 luar negara. Brunei pun x boleh (kecewa mode)..

Memandangkan Mak & abah dah kerja kat Kl & Putrajaya, and adik masih sekolah kat Teluk Intan, saya kene gilir2 minggu nak bahagikan 2 tempat tu. Dan yg paling bestnya, kalau dekat putrajaya tu, saya mintaklah ape pun, x pernah ditolak mak abah. Masa nilah waktu terbaik untuk bermanja. Nak novel, baju, makan pelik2.. Oh ye, mak kate dalam adik beradik saya yg paling pelik. Suka benda yg bukan2. Suka makan yg bukan2. Antaranya carrot slice from secret recipe. Mak kata rase macam muntah. Hahhaha.. xde sorg pun dlm family sy yg suka. Itu merupakan satu keuntungan sbb x perlu share dgn sape2!

Abah pulak nak mengelakkan saya tidur sampai tengahari, abah ajak saya jogging kat taman botani..Pastu bwak pegi makan roti canai, tosai, aiskrim goreng(macam x bermakna je jogging tu). Lepas tu pukul 10 ambik mak dekat office. Pelik jugak, x kerja ke. Rupa-rupanya dua-dua ambik cuti sebab nak spend masa dgn saya. Kitorg jalan2 & shopping2.. Okay.. Merindui..

Oh yeah, tak lupa jugak.. We went to Tun Mahathir's open house! My family is a big fan of Dr. M!
Malam minggu pulak, my big family akan berkelah dekat dataran putrajaya.. Masak2 dari rumah, bawak nasi, lauk segala, makan kat sana. Ramai family2 berkelah sana. Lepas tu bawak anak sedara main kat dataran tu. Main badminton pun pernah! best! sangt best!

Kalau saya duduk putrajaya, mak akan paksa saya ikut mak pegi pejabat, sebab saya yg akan buat segala kertas kerja mak.. Kalau saya x ikut mak, saya akan masak something, and pergi rumah wan and tgk TV same2.


Pillow talk with adik adalah benda yg sangat menyeronokkan. Kami boleh berbual2 berjam-jam. Okay,mase nilah mak & abah paling susah hati. Mereka pantang kalau nampak kami berbual2 dua org je. Diorg curious ape yg kitorg bualkan. Kadang2 diorg drpd bising2 terus senyap sbb pasang telinga dgr kami bersembang. kadang buat2 ambik barang sekeliling kami. Kadang2 saje je panggil kami tanpa tujuan. Bila kami datang lepas dipanggil, kadang2 abah just nak suruh tukar channel TV,padahal remote ade kat sebelah abah. Kadang2 " Saje je.. abah nak tanya, Kakak buat ape tu?" Adoi.. itu paling kelakar!!!


Okay, ni namanya entry merepek sbb sangat rindu pada keluarga. Yelah, suruh adik on9, susah sangat! Kalau kakak suruh rybak on9, die dah on9 dah!


p/s : Stalking is scary.. So, don't do it!

4 comments:

fa-aja-aja said...

hahaha.
intan sgt funny la ku baca nih!

adik_mirah said...

jom dating 9.30 ok?
it wont take so long because u akan study kan?
maybe 1 hour je...set>?

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

love this entry!!oh Intan..sgt merindui Malaysia.klu kau cerita lg detail pn aku suka..hehe

sepet yamauchi said...

Dapat jugak jumpa dgn my best friend kat pulau pinang. Dia belanja rojak. ingat lagi pakcik rojak tu menari2 & menyanyi sambil buat rojak. "Rojak.. Rojak.."
ni plg best~!!

miz u~!!