Thursday, January 28, 2010

Exam's Syndromes!!



  1. Increase appetite
-Tambah2 musim winter. Exam pulak tu. Bukan sekadar menghilangkan stress, tetapi dari segi saintifiknya,proses pembelajaran menggunakan banyak glucose. Sejam lepas makan nasi,makan maggie. sejam pastu makan roti cicah air teh. Sejam pastu makan cereal chocopop. sejam pastu makan roti telur. Sejam pastu..etc..etc.. Hipotesisnya ialah, semakin banyak kita belajar,semakin banyak kita makan? Atau semakin banyak kita makan semakin banyak kita belajar? Atau semakin banyak kite makan semakin banyak kita tidur?


2. Burung Hantu

- Masa ni jadual tidur memang x teratur. Tidur kejap lepas maghrib dalam 2 jam. Pastu malam berjaga study... mmg macam burung hantu. Kadang2 ade jugak terlajak sampai ke pagi.. hihi..


3. Laptop Nursery

-Haaa.. yg ni mmg menguji kesabaran! Laptop tu kalau ade depan mate, mmg terasa mcm die memanggil2.. walaupun xde bende dah nak ditengok. Mase tulah nak download lagu macam2. Masa itulah nak tengok itu,nak tengok ini.. padahal xdelah best sgt pun. Jadi jalan penyelesaiannya, hantar laptop kat Piah,suruh die simpan jauh dari pandangan. Barulah lega. Bila dah xde lappy, x boleh dah pasang2 lagu. Terpaksalah nyanyi sendiri ja..


4. Mengigau

- Disebabkan waktu tidur yg terhad, dan otak yg penat. Tidur sekejap dalam 2 jam pun boleh mimpi mengarut2. Startlah bercakap2 dalam tidur. gelak2 & marah2 dalam tidur.


Yg kiri tu okay.. Yg kanan tu, boleh play, tp xmau mcm tu ye..

5. Ada style huh?

-Gaya belajar musim sejuk ialah,berbungkus dalam saratoga, depan heater.. Ye..saratoga dah terbakar sikit kat hujung! Tak kurang jugak angkat meja letak atas katil.. kejap kat meja tinggi,kejap meja rendah. dah penat meniarap.. Kalau boleh xnak pergi toilet langsung.. air sejuuuuuk!! tapi dah minum buat air,minum banyak2, xkan x micturate kan?

6. 'Zam'..'zam'.. ala kazam..


-Antara usaha2 akhir.. Teka soalan ape yg keluar exam. Ya.. ade banyak petua. Antaranya,baca ayat 70 AL-BAQARAH,then bukak buku,mane yg terselak, InsyaAllah keluar. Lagi satu cara,sebelum tidur, baca 5 ayat terakhir AL-KAHF. Bangun tidur esoknya,bende pertama yg dibuka, InsyaAllah keluar. Ada housemie yg buat ni 25 kali sebab soalan ada 25. hihihi.. Do whatever u can to get highest mark!


7. Lagu?

-Pagi2 tu kadang2 tetiba je terdengar lagu hindustan berkumandang.. Lagu hindustan apakah di tanah arab ni? Hahaha.. belum masuk lagu2 retro.. zaman 60-an,70-an,80-an, semuanya mungkin di tika ini..


Saya Google perkata 'study' tiba2 keluar gambar dia..
Bukan salah saya ye..


8. Bilik & Baju


-Waktu2 macam ni,kalau bilik tu bersepah sikit (sikit je ek), faham2 jelah.. buku kat sane sini..
pen,pensil berterabur.. studylah konon.. Baju kat ampaian tu dah 2 hari dah.. x angkat2 lagi. macamlah angkat baju tu ambik masa sejam kan. Bukan itu masalahnya.. Kat luar tu sejuk tau tak? sejuk!!!


9. Reward

-Lepas habis je satu paper, kami akan memanjakan diri.. Contohnya pergi makan nasi ayam.. Nasi Ayam di sini best tau! Dengan ayam yg 'godang' ,dgn sup batotis,sup ayam,roti,sayur.. Memang penuh habis meja tu. Lain kali nak suruh pakcik tu bagi meja yg besarrrrr untuk kami. Cara lain untuk reward ourselves, of course lah tengok movie ramai!! Lepas histo itu hari tengok phobia 2 & The Road. Hari ni tgk paranormal entiti kot. Bilik yg dijadikan panggung rasmi berubah setiap tahun. Tahun lepas bilik saya, tahun ni bilik Mizah pulak.. Siap ada popcorn. Tapi pop corn yg dimaksudkan disini ialah buah limau, kuih donat, ubi keledek rebus,chocopop.. dan juga air teh panas2.. Kalau tgk movie dgn kami biasanya cerita tu akan jadi diter lawak. X kisahlah cerita hantu ke, cerita romantik ke, perang ke, ade je lawak x semena.. X kurang jugak director baru yg tolong cipta kesudahan cerita..


10. Kitaran hidup

-Begitulah kehidupan kami untuk hari2 seterusnya sampai habis exam. Pastu MERDEKA!!!!!! (sementara waktu) Ishh.. x sabar nak winter break!!!


p/s : Yeh..yeh.. Dah dapat surat suruh ambik kiriman dari Malaysia! (melompat-lompat)




3 comments:

adik_mirah said...

dah dapat dah?
heheh....best x?

intannuratiqahmohamadyunus said...

dapat dah..ohhh best!!
but where's my shoes?

nadiah said...

weyh...study smart tau..
wish u all da best..