Sunday, January 17, 2010

Perihal Lesung Kayu,Planner,Arab & Tun Dr. Mahathir..

--Lesung kayu ajaib--

Takkan Melayu Hilang di dunia.. Tiba2 terasa ayat keramat ni amat bermakna dan betul sekali. Bila dah duduk Mesir ni baru terasa kemelayuan yg tebal dalam diri masing2. Melayu mmg best.
Melayu ada belacan.. Arab xde! melayu ada ikan bilis.. Melayu ada tempoyak.. ade serunding..
Arab xde semua tu..
And yg paling best, Melayu ada LESUNG BATU!!
Arab ada jugak..
tapi LESUNG KAYU!! =(

Selama ketiadaan lesung batu kami hanya menggunakan blender. Moden kan.. Tapi rasanya x umphh! lain rasenye.dan ade sesetengah benda mmg kene guna lesung batu jugak (atau lesung kayu). Seperti nak ketuk pisau tu masa potong ayam.. hihi..

Hanya Balqis yg menyokong saya nak beli lesung kayu untuk rumah.. jadilah kan drpd lesung plastik yg guna kat makmal tu. Balqis kate banyak kegunaannya.
Walhal saya beria-ia nak beli lesung kayu tu adelah supaya senang saya nak tumbuk biskut merry masa nak buat cheese cake. kalau x kene pecahkan guna tgn.. Sakit2 tangan wooo.. lambat pulak tu! kan bagus kalau ade lesung kayu. Itu yg mizah x puas hati dgn saya. beli lesung kayu semata2 xnak guna tgn pecahkan biskut merry! hahaha..

Saya bertekad saya nak jugak lesung kayu tu! jadi saya pun pergi kedai '2 Genih Setengah'. Setelah membelek berbagai2 saiz dan bentuk,saya ambik yg paaaling besar! Tapi saya dapat untuk harga yg kecil.10 genih! (kate kedai 2 genih setengah.apahal 10 genih pulak?) Diorg kata kalau saya x mntak diskaun tu mmg bukan Intan..
Makcik tu pn mcm sng je bg diskaun sbb die tgk org msia ni jakun tengok lesung kayu..KESIAN!

Tapi ternyata lesung batu berganda lagi best drpd lesung kayu. Lesung kayu x berape lumat.. And ruang dalaman petak jadi makanan x berkumpul kat tgh..
TAKKAN LESUNG BATU HILANG DI DUNIA.




--Pot's Planner--


Past few days,i helped Pot decorating her planner. Her concept is owl..
hmm.. I'll make another one for u next time if i have some time.
because i dont really satiesfied actually..
InsyaAllah..



Mahathir Mania


Yesterday..
I quarreled with this one arab man. Arguing about Tun Dr. Mahathir.
Padahal mula2 nak beli syawirma je.
Tiba2 dia tanya "Indonesi wala Malisi?"
Of course la "Malisi"

"Mahathir Mohamad Khalas?"
(die nak kate Dr. M dah x jadi PM kan? khalas=habis)
~~Aiwah.. khalas.. *sambil tersenyum..

"Abdullah Badawi Khalas?"
~~Khalas.. *Masih tersenyum

" Najib Razak sah?"
~~Aiwah.. Najib Razak.. *maintain senyum

Dalam hati,wahhh.. bagus jugak arab sorang ni. Mengikuti perkembangan Malaysia! Semua die tau. Bangga beb!

Tiba2...

"Anwar Ibrahim??"

Eh,apahal plak tetibe Anwar ni?

Pastu dia sambung.. "Anwar Ibrahim Kuwaiz-bagus.. Mahathir Mohamad mushkuwaiz-x bagus"

Amboi.. arab ni.dia sedar x die tgh kutuk laki aku? muka dah lain dah. Sabar2..

~~La'..La'.. Anwar mushkuwaiz.. Mahathir Mohamad kuwaiz!

"laaaaaa'.. Mahathir Mohamad Amerika"

Eh..eh.. sejak bila pulak Dr. M baik dgn Amerika ni? Dia x tau ke sape sebenarnya yg baik dgn Amerika tu? Sape yg dtg sane dapat red carpet? ishh..arab ni melampau ni!
Ape die x tau ke Amerika mmg anti dgn Dr. M. And of course la Dr. M anti dgn diorg. Ape arab ni x tau ke Dr. M ni pernah digelar 'anti-barat' sbb selalu menentang diorg. Ape arab ni x tau ke Amerika menyampah gile dgn Mahathir bila Mahathir buat Dasar Pandang Ke Timur sebab boleh meranapkan diorg? Ape arab ni x tau ke yg Mahathir ni dulu dulu xnak cakap bahasa inggeris walaupun persidangan antarabangsa sbb nak naikkan bahasa melayu. okay.. yg ni xde kene mengene dgn arab ni lah kan.. Ape die x tgk ke rancangan 'Hard Talk with Stephen Tackur' (not sure about the mat salleh's name).
Se-laser laser Stephen tu,terdiam jugak die bila Mahathir bantai pasal negara diorg, Tony Blair & Bush!

~~Laaaaaaaaaaaaa'' (4 harakat). Ana Malisi. Ana Arif! pot pet..pot pet.. aku cakap.
Hancur habis arabku. x kire! kene backing gak Dr. M..

Arab tu dah lain macam jugak bile tgk ku beria-ia pertahankan Dr. M.

Sambil tersengih arab tu kate,

"Mahathir syuwayar sawa-sawa Amerika."
(baik sikit je dgn Amerika. x bnyk.. takut aku x jadi beli syawirma die kot)

"Abdullah Badawi muslim"
(dlm hati--> mesti pasal Islam Hadhari ni)

"Anwar kuwaiz"

Sekali lagi aku pot pet pot pet dgn arab tu. Eiii.. geram betul. Sape yg rakyat Msia sekarang!

" Ana ariffffff. Ana Kuala Lumpur talata!"
(Okay,die nak ckp die tau pasal ni. Dia dah dtg KL 3 kali)

Adoi.. nampaknya 3 kali dtg KL tu dah membuatkan die tau semua sejarah Msia.
Lagi tau drpd aku rakyat Msia sendiri. Dapat syawirma je terus aku blah. Xleh layan arab ni.
Sepanjang aku kat mesir, ni 1st time jumpe arab yg x puji Dr. M.
Selama ni semua arab puji,suka Mahathir. PM lepas Dr. M diorg x kenal pun.
Siap tanya,PM lain tu muslim ke? Mase 1st year dulu siap boleh dapat diskaun if sebut
nama Dr. M..

Moralnya..

DON'T TOUCH MY DR. MAHATHIR MOHAMAD!




7 comments:

fa-aja-aja said...

yay yay intan nak buat aku lagi planner..thn depan k.heheh

haha..lawak je baca psl arab tuh..but siyess..penjual syawirma pun dh 3x dtg KL!!!!!

Aiman Yee said...

haha..
nk wt cmne..
isu panas ney..
i have no further comment..
by the way..
i rse pnh dgr lesung batu can contribute to cancer..

F I E Z A I N A said...

lesung batu can contribute to cancer? really? how?

kat sini lesung batu ade tapi besar sebesar alam lah. harga lesung je pon mahal giler sampai 100k. gilak!

lawa la owl tu! nak satu intan.

serious orang arab ramai yang kenal Dr. M. im suprised! haha. kelaka betul mamat arab tu baru dtg 3 kali dah macam macam KONONnya dia tau lah kan. hahaha..

keep up intan.

nadiah said...

wey..., aq nk jump gn pak arab tue!!!
nk tgk cket muke dye...

Aiman Yee said...

fiezaina: xslp la..sbb mse guna tu kn kne pde permukaan lesung tu kn..then ade la particle2 lesung y akan bercampur aduk dgn mknn y kte tumbuk..tu y sedap tu..sbb da bcampur serpihan batu..huhu..gurau je.. ;p so dorg kte that serpihan batu can contribute to cancer..

intannuratiqahmohamadyunus said...

okay2..research tentang lesung batu akan dijalankan.. but after exam..
and after turkey-ing..

F I E Z A I N A said...

ooo ic. oke intan, jalankan research cepat cepat. kene tau sebab aku suke masak kalau bawang ke aku fav aku tumbuk sebab memang terbukti sedap.

aku tak de mase nak wat kajian nie, exam je keje nye. adoyai!!!

tenkiu yer incik aiman.