Monday, January 4, 2010

Saya Nak Tampar Lelaki

ini baru 50 petala langit.. x cukup kuat..

Okay.. The title has nothing to do with my emotion or whatsoever. Its my desire since secondary school. Entah mana datangnya keinginan tersebut. Rasa macam best je nak tampar lelaki. Macam dalam filem2 tu.. "PAAAPPPP!!!!!" kemudian wanita tersebut pun dgn selambanya blah seperti x pernah tampar org. Padahal dia baru saja menempeleng anak org. Seronoknya..

Tapi saya nak tampar siapa? Takkan nak tampar abang2 saya? bukannya diorg xda tangan nak balas balik.huhu.. Lepas tu berlari2 anak kat abah mengadu sambil melebih2kan kesakitan biar abah marah mereka teruk2.. HAHAHA.. Sudah sudah In.. jgn merepek.. anda takkan tampar abg anda. abg anda juga xkan tampar anda.

Bunyi 'PAAAP..!!' lebih menarik..

Ade ke lelaki nak pukul perempuan? Huhh.. Langsung x GENTLEMAN!!! Sangatlah tidak okay. Sgt tidak macho! Sangat pengecut dan dayus! Gunakan kekerasan ke atas perempuan? Mentang2 perempuan xde daya kudrat seperti lelaki,suka2 hati je nak buli? Perempuan untuk dilindungi,bukan disakiti. Coward!! Awal2 lagi jejaka tersebut akan direject jika dia pernah gunakan kekerasan terhadap 'mana-mana' perempuan. Lantaklah family ke..kawan ke.. Thats rude!

Okay,sambung.. siapa lelaki yg nak ditampar ni? My 2 years old nephew? Ohh TIDAK!!
I heart him.. Mungkin satu hari nanti saya akan bayar mana2 jejaka untuk ditampar. Atau mungkin ada yg akan bayar saya untuk menampar org? Yaa.. ada! jadi pelakon. Tambah cerita melayu. Mmg selalu adalah adegan tampar menampar ni. Bolehlah encik2 pengarah di luar sana.. bagilah saya watak.. satu scene je pun xpe. Janji ada part tampar org. Jadi org jahat pun xpe. Org jahatlah byk tampar org kan? Lagi best jadi org jahat. Org jahat selalu kaya2.. Pakai baju lawa2.. boleh tampar2 org. Buat ape berlakon jadi org baik.. mesti miskin..pakai baju buruk2 dan ditampar oleh org jahat!

Wanie Azeera & Tiqah Mamat dah pernah tampar lelaki.. Jealous sungguh! I want to know the satisfaction after mem'piap' a guy. Tqah Mamat siap gelak lepas die menampar lelaki tersebut. Walaupun menurut cikgu fizik tingkatan 4, kesakitan yg kite rasa same dgn kesakitan mangsa tamparan, tetapi perasaan menampar,kepuasan itu lebih nikmat.

Along & adik selalu cakap jari saya ni macam jelangkung sbb panjang2.. Jadi, saya rasa kalau kelebihan ini digunakan untuk menampar org lebih baik kerana impaknya mungkin lebih. Saya nak tampar sekuat hati saya. Kalau boleh nak gunakan kuasa 99 petala langit saya. Tapi janganlah bagi muka ala2 Taylor Lautner ke.. Brandon Routh ke.. Nanti x sampai 1 petala langit kuasa saya keluar. Silap2 tamparan tu bertukar menjadi tepukan manja macam nak dodoikan bayi.. Jangan2..

U can never trust In!

So... Any volunteer????


p/s :
1) Sorry min sebab dah seminggu Intan sumbat telinga min dgn lagu2 Adam Lambert..
(Si gothic yg smart & kaya)


2) If you're the 1 in a million, then there are 6 thousand people exactly like you in this world. But If you are the one in my heart, you are the only in my world. Wait... But my sis said that I'm heartless.. So how?



5 comments:

adik_mirah said...

yaaa...ingtkan dah luputlah azam tu..x luput2 lagi.bwak2lah insaf...jgn ade plan kat diniy,nanti adik gne 1000000 hp baru tau menggunakan tinju mautpendekar laut!

Wan Munira said...

Saya nak tampar sekuat hati saya. Kalau boleh nak gunakan kuasa 99 petala langit saya


smart laHH :)

intanpayung said...

adik- petala langit lagi power drpd hp okay.. hishh.xkan lah akak nak buat camtu kat anak sedara sendiri.akak cari anak sedara org lain la kalau nak pun..

kak moon-adakah anda pernah menampar org?

intanpayung said...

adik- petala langit lagi power drpd hp okay.. hishh.xkan lah akak nak buat camtu kat anak sedara sendiri.akak cari anak sedara org lain la kalau nak pun..

kak moon-adakah anda pernah menampar org?

min said...

no sorry2,dah terngiang2 lagu 2 tau, bukan 1 bukan 2 tp xtau berapa lah!
pening2~~~