Saturday, May 9, 2009

Here The Drama Begins......

Teraju Utama - Intan
Teraju ke-2 - Mizah
Pelakon Pembantu - Kak Hajar, Warga Syaqah 4, Senior Perubatan, Mama, Anak Mama, Mustaffa(pemilik kedai playstastion bawah rumah),Warga Salam Sa'nawi khususnya lorong imarah Mama Kauthar,& Ustaz Z..
Lokasi - Syaqah 6 & 4, Rumah Mama, Lorong Imarah Mama Kauthar

Scene 1 - Syaqah 6

Mizah : Alamak..camne ni! Tali ampaian tu terputus mase aq jemur kain. reput. Ade kain jatuh.

Intan : Haa?? Ade kain aku kan?

Mizah : Ha'ah..kain ko lah yg terjatuh tu! *Ngeee...

Scene 2 - Rumah Mama

Intan : Mama,i need your help...

Mama : Yes my dear,anything..

* Kami pun menerangkan kejadian tersebut..

Mizah : aduh..ampaian dlm english ape?

*Kami sedaya upaya menerangkan situasi tersebut di mana selendang2ku (dlm 7 helai) terjatuh di ampaian rumah anak mama.

Mama : You want to wait for my son(owner of the house) to come back? He'll come back on July.

*Sadaqallahhulazim le jawabnye tudung2ku itu..

Mama : okay,go & call Mustaffa at the next door. He can help you.

Scene 3 - luar rumah mama

Mizah : Camne nak panggil ni? aku dahlah pakai baju tido ni. takkan nak pegi panggil mustafa tu pakai baju camni?

Intan : aku pn lebih kurang je. tudung ungu,baju hijau,seluar merah mak ngah.. camne nak panggil ni? dalam arab ape haa?

*hanya kepala dijengukkan di pintu kedai playstation,badan disorokkan di sebalik pntu.

Intan : Fi Mustaffa? Mama..aa...(isyarat tangan bermula)

*Tetiba anak mama(yg lain plak) dtg

Anak mama : come with me..

*Anak mama,Mustaffa,Aku dan Mizah sama2 pandang ke atas & berfikir camne nak turunkan harta ku itu. Kemudian dtg plak kwn Mustaffa bertanya khabar.dia pun join tgk ats & berfikir.
Dah mcm scene kat dlm seniman bujang lapuk,fikir mcmane nak turunkan motor kat atas atap.
Anak mama masuk ke garaj n keluarkan tali dan botol berair.

Scene 4 - Syaqah 4

*
senior perubatan pun ade kat situ. Malunye..
Terus pergi beranda syaqah 4. Mustaffa cuba tolak hartu2ku supaya jatuh ke bawah. Malangnya jatuh atas atap anak mama yg menolong tadi.

Mustaffa : i need water?

Intan : nak air buat ape lak ni? nak tlg basuh tudung aku tu ke?

Mizah : dia nak beratkan tudung tu supaya sng nk tolak ke bawah.

*Air pun disiramkan. Huhuhu..alamat kene basuh baliklah ni..
Org di bawah dah semakin ramai..Org imarah depan imarah kami pun bukak pintu nk mengikuti ape yg terjadi.begitu jugak di seluruh lorong itu. masing2 mengeluarkan buah fikiran masing2.
Gempar satu salam disebabkan tudungku tu je.. Setelah bergabung tenaga memerah fikiran mereka,idea pn keluar. mereka menyambungkan besi dan kayu untuk mengait tudung. Teka kait dari mane? dari imarah rumah depan,tiga tingkat rumah depan bergabung tenaga menyelamatkan tudungku. MALUUUU... nasib baik xde org melayu yg nampak.

Semasa turun tangga nak mendptkan bende yg dh dikait,terserempak dgn Ustaz Z. dtg nak betulkan lampu bilikku kot..

Ustaz Z : Kenape ni?

Kak Hajar : Haaa..Intan,nah, tudung awak.dah dpt dah!

*Malunyeee..satu dunia dah tau! Dgn muke tebal,daku terus keluar mendapatkan khazanahku..
Org2 arab yg menolongku pakat gelakkan aku.. x kisahlah.ttp terhutg budi kat diorg.

Scene 5 - syaqah 6

Ustaz : Apasal bilik ni bau hangit?

Kami : ??????!!!!!

Ustaz : Alaaa.. x sampailah.. (Setelah panjat kerusi)

Kami : Kejap,ambik meja.

Ustaz : Nanti,tlg peganggkan lampu ye..

*aku pn amik lampu meja pot & tlg suluh.

Ustaz : takyah suluh pun xpe.ana nampak. ana suruh tlg pegangkan lampu yg ana beli tu.

Intan : Laa..tadi suruh pegangkan lampu. igtkan x nampak. Ustaz ni,cakaplah terang2! (cover malu)

*Tidak...MALU BERKALI2 hari ni..

Moral dari drama ini :

1) Pastikan tali ampaian anda kukuh
2)Pastikan pakaian anda sesuai dgn kombinasi warna yg betul ketika keluar rumah
3)Belajar cakap arab cepat2
4) Jgn suka buat drama melibatkan ramai penonton.
5) dgr cakap org betul2..baru dpt msj yg betul.
6) Org arab ni baik sebenarnya. masih kuat semangat tolong-menolong.
Ade yg siap tolong kutipkan penyepit baju yg jatuh bg padaku lagi,sedangkan bende tu aq pun boleh buat.

p/s : kepada emakku sayang, SALMAH BINTI HAJI ABU MANSOR, Selamat Hari Ibu.. Akak syg mak lagi tinggi dari 99 petala langit!! Semoga panjng umur dan murah rezeki hendaknya..



6 comments:

~HapPiNeSs_HeLpeR~ said...

PENGARAH DRAMA TERBARU, TERBAIK DAN PALING REAL...
intan lah tuh...
kih3...

fa-aja-aja said...

hahahhaha..
weiihhhhhh..buat drama x panggil aku jdi pelakon tambahan..aku x tau langsung pun kt luar dh kecoh..perghhh

adey,dgn ustz tuh aku xleh blah..ko suluhkan lampu ye intan?.? hahhahahaha

intannuratiqahmohamadyunus said...

terima kasih..terima kasih atas award yg diberikan.. Sy ingin mengucapkan jutaan trm kasih kpd peminat2 sy yg menyokong sya..
Ahh..blahla piah.nak perli akulah tu!!!

intannuratiqahmohamadyunus said...

hahaha..
kang if aku amik ko jadik pelakon ko overshadow lak! mane leh.
aq watak utama.
tp kalau drama mcm ni,lain kali aku bg ko je jadik watak utama.
taknak aku!!!

hahaha..
aku suluh gune table lamp ko pot!!

myn said...

uwahaha....
ala..rugilah plk xjd pnont0n,
msti bes!!

ade siaran ulangan x??????
mintak2 ade,ni pemintaan penont0n nih,kena la tunaikan ye!!!
PLEASEEEEEEE.....(buat muka kesian)

hehe...

intannuratiqahmohamadyunus said...

oh..tiada siaran ulangan ye..
hari tu live xnak tgk. kan dah rugi.
ish..kalau bagi sejuta pun belum tentu intan terima (dalam hati,kalau sejuta,aku sambar je!)
hehehe...