Monday, December 28, 2009

Itu Abang Saya

Bulan Disember 1983, Lahirlah seorg jejaka yg molek rupanya.. (Eh..jejaka ke?)
Tukar..tukar.. bukan jejaka, bayi lelaki.
Perangainya sangat baik,mendengar cakap, mata terbulat bulat..
Mempunyai imaginasi yg sangat tinggi dan kreatif. Entah macamane beliau boleh nampak 'Trojan' (pahlawan yg pakai penyapu kat kepala mcm model serbuk pencuci trojan) mendarat kat belakang rumah opah. Siap ada gunung ganang lagi. Padahal belakang rumah opah tu rumah opah chik. Sampai sekarang masih percaya apa yang dilihatnya.

Masuk ke alam persekolahan pula. Bakat seninya semakin terserlah terutamanya bidang melukis. Memang diakui ramai akan kebolehan melukis beliau. Beliau mula melukis kartun2 yg kemudian dibuat komik dan kemudiannya lagi dibeli oleh sahabatnya iaitu abg Amir.

Usianya semakin remaja.. Satu demi satu kebolehannya terserlah. Beliau sangat genius matematik. Beliaulah yang mengajar adiknya yang sorang ni add math. Pandai sangat dia ni. Beliau juga pernah mendapat anugerah dekan.

Beliau kalau menggunakan kamar mandi,aish.. jgn cakaplah. berejam2. Pernah juga saya bertanya apa yg beliau buat di dalam bilik air sampai berejam2? haha.. Jawapannya rahsia..
Beliau juga seorang yg terlampau obses terhadap ayam. Hari2 mesti makan ayam. Wajibul ghunnah! Sampai tension saya and adik hari2 makan ayam. Hingga masa cuti di Malaysia haritu, saya rasa mcm dah boleh berkokok sbb hari2 makan ayam.

Beliaulah geng saya main game Silent Hill kat playstation. (game hantu..)Tapi selalu bergaduh2 dgn dia bila nak masuk sesebuah bilik sebab takut! dialah yg kene masuk sbb saya x terer lawan dgn hantu. Mana x takutnya.. Dgn 3d effect yg mmg real ditambah dgn sound effect tahap bulu roma tegak 90 darjah,plus kitorg pasang super woofer sekali. fuuuhh.. mmg scary! *Bangah,Tqah balik ni kite sambung silent hill 5 dekat TV plasma 42 inches baru tu ek..

Dalam family,hanya beliau dan saya sahaja yg berminat dalam muzik. Jadi, kalau keyboard kat rumah tu berbunyi,kemungkinannya hanya saya dan beliau.. Kami jugak selalu pegi karaoke. Takpun,dalam kereta pun cukup. Pasang lagu kuat2 pastu melalak sepuas hati. lantaklah kereta sebelah nak kate ape.

Beliau juga amat cintakan alam sekitar. Beliau pernah paksa saya panjat bukit ape bende tah sampai ke rumah api..Jungle tracking katanya. Ishh..penat betul! Beliau juga gemarkan kucing. Habis kucing tu dibuat scarf.. di'menarikan' dan digomol gomol. Juga sangat suka sakat budak kecik. Biasanya budak kecik mmg geram dgn beliau. Bukan setakat budak kecik. Saya pun dia suka kacau. Slalu lawan cakap dgn dia,pastu selalu sakitkan hati dgn ekspressi muka die tu. Eiii.. teringat pun geram!

Beliau selalu geng dgn Balang (Abang Lang), saya geng dgn adik saya. Pastu, kitorang selalu bergaduh. Diorg kata diorg paling hensem. Saya dan adik tentulah kata kamilah yang paling cantik! Walaupun slalu kutuk kitorg x cantik,kalau keluar ke mana2, sentiasa je jaga kami supaya x di'ngorat' mana2 lelaki.. yes,they are protective. Tapi kami nakal, bila time diorg tgh control macho ke,atau control hensem ke bila ada gadis2 comel, saya dan adik pun akan menyamar jadi makwe mereka dan berkata "Sayang... sayang pergi mane tadi? penat i tunggu tau! rindu i x?" Hahaha.. Maka terlepaslah peluang mereka.. hihihi..



Ya.. Itulah Abang Saya!! MOHAMAD AZRUL BIN MOHAMAD YUNUS.
~~SELAMAT HARI JADI BANGAH(Abang Ngah)~~
Semoga Allah panjangkan umur bangah, murahkan rezeki bangah, temukan bangah dengan jodoh yg baik (jangan cerewet sangat), dan kurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Tqah mintak maaf if Tqah ada buat salah kat bangah,'ter'melawan ke.. sorry ye..
Tighten our siblings.. Sangat sayangkan keluarga kita. Sangat sayangkan adik beradik kita..

p/s : I sent him a msg ---> Dear Abang, wishing u a wonderful birthday for a wonderful brother like u. May Allah grant u with success. In case if u dont know,i love u.. seriously!

And he replied ---> Tq,ingat jugak adik bangah ni birthday bangah. X payah hadiah. Tqah wish birthday ni pun dah cukup. Do the same untuk birthday balang nanti tau. Jaga diri baik2..

*bergenang air mata saya.. (air mata saya hanya untuk family).. rindukan dia..rindukan family. Tambah pulak diorg pegi celebrate kat steamboat.. WITHOUT ME!! Tqah akan cuba dapatkan hadiah birthday bangah from turki ye.. InsyaAllah..


3 comments:

sepet yamauchi said...
This comment has been removed by the author.
sepet yamauchi said...

sumtymes,kata2 lbih bermakna dri sgala2nya...
epy burfday bangah...
hahaha(tlg nyebok)

nyesal aku nangis tyme ko g sner...
hahaha...miz u larh...mgu nie aku blik putrjaya..bluek2....haha=PPP

fa-aja-aja said...

happy birthday jugak kat bangah..hehehe