Friday, May 28, 2010

Ayuh.. Kembali ke sekolah

Post kali ni, nak bercerita, nak mengimbau kembali zaman2 sekolah, sedari kecil sampailah sekarang ni.

Institusi-institusi yg bertanggungjawab menghasilkan intannuratiqah sekarang ni ialah :

1.Tabika Perpaduan.
Tabika. Bukan Tadika. Mak kata 'Tabika' membimbing, 'Tadika' mendidik sahaja.


btw, ni bukan logo asal. Logo asal ade 2 harimau kiri kanan, ade padi pastu, ade..entah!

Kenangan..Hmmmhh.. Percaya x saya masuk tabika masa umur saya 2 tahun? Iye.. betul. x tipu. Saya & adik saya masuk tabika masa umur 2 tahun.
Tabika pertama ialah Tabika Perpaduan Tampin. Cikgunya ialah Acik Acam saya (mak sedara). Rupa dia sebijik sejibik macam penyanyi Aisyah tu. Tapi x pernah pulak suruh die nyanyi.Kot2 suara sama ke. Lagi satu, pejabat abah dekat sebelah pintu kelas tabika je! hehehe.. Abah kerja Pegawai Perpaduan. So, no wonder saya masuk tabika umur 2 tahun kan?

Lepas habis kelas je, terus lari2 pegi pejabat abah. Kalau abah out station, ikut acik acam balik rumah wan acu. Wan acu masak sedap2. Ramai lagi budak2 kat sana. Tapi ade ingat satu budak ni nama dia Syafiq, badan besar. Kebolehan dia ialah makan cili merah tu mentah2 macam makan coklat. Sampai sekarang x faham macamana die blh buat macam tu.

Masa nak pindah ke Teluk Intan, saya hadiahkan kawan saya pingat yg abah dapat drpd Sultan. Boleh x? hahahha.. nasib baik acik acam nampak. Kalau x jawabnya selamat la. Mane sy tau bende tu bernilai. Sampai skrg abah & mak gelakkan saya. Dan sampai sekarang jugak saya x mengaku. Saya putar2 cerita jadikan along yg buat perkara yg memalukan itu. Last2 mak abah pun keliru, saya atau along yg buat! hahahha..

Tabika kedua ialah Tabika Perpaduan Teluk Intan. Depan rumah je. Cikgu Jamilah selalu manjakan saya. Oh ye, mak saya pun Pegawai Perpaduan jugak!
Saya ada masuk satu pertandingan menyanyi. Saya pilih lagu 'burung pipit'. Tau kan lagu tu? " Saya ada burung pipit..satu hari jatuh sakit..". Seminggu mak latih saya dgn siap gaya lagi. Tapi last2 atas pentas jadi patung. kenapa? entah..


2- Sekolah Rendah Kebangsaan Convent


Ni logo sekolah menengah. X jumpa yg rendah punya.

Saya rase mase ni saya ade dunia sendiri. Sebabnya saya x igt apa yg jadi masa sekolah rendah. Yang saya ingat, ada sorang cikgu B.I ni, punyalah garang!!!
Pilih kasih pulak tu. Suka yg kaya je. Of courselah i'm not one of her kind. Dahlah comot. sape nak suka kan? Mmg semua org takut la kat die. Kalau budak yg dia sayang x bawak buku dia x marah, budak yg dia x suka x bawak buku kene marah.
X adil.. X bawak buku is x bawak buku. What's the different? Tapi saya x dapat nafikan, sbb Cik Nona lah english saya boleh tahan la.. At least saya boleh marah2
org in english. Menyalahgunakan english..

Saya ada masuk pantun, mak ada ajar satu pantun ni


Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


Tahu x keduduk tu ape? keduduk tu ialah nama lain bagi pokok senduduk. Tapi masa tu saya x tahu. Saya pun buatlah gaya macam nak duduk sebab bunyi nak dekat2 sama. Mak pun pelik kenapa saya asyik2 macam nak mencangkung masa berlatih. Lepas tu barulah mak bgtau keduduk tu ialah pokok. Sampai sekarang kene ejek dgn satu family. Iye, saya memang bahan jenaka dalam family saya. Sampai sekarang.. haish.. Sape yg bg nama keduduk tu haaa??? meh sini nak sekeh!

Masa darjah tiga, saya dapat langkau terus ke darjah 5. Xyah lalu darjah 4. Jimat umur. Saya selalu jugak x datang sekolah sbb parents selalu outstation.So,ikut diorg. Tapi saya x tahu macamane saya boleh buat semua soalan dgn bagus walaupun saya x pernah belajar. And saya ada habbit yg luar biasa. Saya boleh habiskan 1 buku latihan sehari. Saya sendiri takjub macamne saya boleh buat tu. Mak pun hari2 belikan saya buku latihan. And, masa saya darjah lima, saya boleh buat soalan darjah 6. Tulah..saya dah cakap, saya ade dunia sendiri masa ni. I lived in my own world..Kalau la perangai tu bawak sampai sekarang kan bagus!

Haaa..masa darjah 5, mase tu tuisyen. Ade sorang kawan balang ni nama dia Safar, selalu belanja saya, bukannya balang. Belanja banyak pulak tu (bg budak kecik la). Sekali belanja RM5. Kalau saya belanja die teka berape? 50 sen! hahahha.. Pelik jugak knp die slalu blanja. Rupanya suka dekat saya. Dia ajak saya couple (eeiii..gelinya bila ingat balik), saya pun x berape faham couple tu ape benda, tp die belanja saya banyak2 itu yg best. (kecik2 lagi dah tunjuk perangai). Tapi nasib baik along, bangah & balang cepat menghalang. Alhamdulillah.. sampai sekarang rekod x pernah couple dikekalkan..



3. Sekolah Menengah Convent Teluk Intan


Yup.. saya mmg budak sejati convent. Sekolah convent ni selalu jadi musuh sekolah2 lain. Mmg x disukai ramai. Diorang label convent ni berlagak,sombong, gedik, x pernah jumpa lelaki, budget terer BI, budget cun, dll..

Eleh.. Padahal korg jeles kan budak convent cun2? kan? kan? cakap jelah.. Lagipun, boys sekolah lain selalu target budak convent. Tergugatlah tu!
But the fact is.. budak convent x pernah tergedik2 dekat budak laki, kalau dah
cun tu, x boleh nak buat apelah, satu anugerah. Yang membusukkan nama convent ni ialah budak sekolah lain yg transfer ke convent & bawak perangai menggatal lama dia tu ke convent. Padahal budak convent ni ada act sendiri, mana layan budak2 hingusan.. Jadi, yg dapat nama busuknya ialah convent. Disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Seperti biasa saya ada cikgu2 yg boleh ngam dgn saya, ada jugak yg x lekat dgn saya. Kalau yg baik dgn saya tu, siap boleh masuk bilik sesuka hati, buat amcam rumah sendiri, buat air, ambik kerepek,keropok. Pastu cikgu bawak seraga buah-buahan.Then ugut saya habiskan. Kalau x habiskan cikgu merajuk. Tapi
cikgu2 yg kurang ngam dgn saya ialah guru2 kanan. Saya pun x tau kenapa. Tapi masa saya buat ujian dekat bilik guru, saya dengar guru2 kanan ni mengumpat pasal budak kelas last & kutuk2 & gelakkan dia. Saya x boleh terima, terkejut betul masa saya dengar. Bukannya nak cari jalan nak tolong budak tu, pegi kutuk pulak. Boleh pulak die tutup tingkap yg berlubang tu dgn file supaya saya x dgr ape yg diorg bincangkan. dgn FILE???? of course lah i bleh dgr.

Tapi saya x kisah pun guru2 kanan ni x ngam dgn saya, sbb saya ngam dengan pengetua! Berani la diorg usik saya? Kwn2 siap cakap pengetua tu kawan baik saya. Hahaha..


Lagi satu, saya kuat bergaduh dgn pengawal sekolah which is perempuan. Ade ke sesuka jiwa dan raga bukak beg saya. Ingat ape haaaa??? dahlah tu siap bawak sayur2 barang2 masakan ke sekolah untuk disiang sbagainya. Ingat ni kelas memasak ke??


Kat sinilah jugak saya belajar pidato,pantun,syarahan, buat roket. Masalahnya saya x pernah suka pun berpidato segala ni. Geli siap. Nak tergedik2 dgn gaya poyo tu lagi. Tapi saya target sijil untuk SPM. Alih2 kebanyakan yg saya masuk tu dapat johan. Bakat terendam nih..

Saya ada dapat tawaran ke Bainun, tp saya tolak sebab saya xnak sekolah asrama.


4. Kolej Matrikulasi Perak

X lama kat sini. 2 minggu je. Yang saya ingat koleh ni jauh terperosok kat dalam ladang kelapa sawit. Jauuuuuuuhhhhhh kat dalam. Membuatkan saya menangis seminggu pertama. Yelah x pernah pisah dgn family kan. lagipun ala2 asrama. Xleh terima lah!

Saya ada 2 org geng, satu india, satu melayu. Yang india ni nama dia lina, tp cakap, perangai mmg mcm melayu sebijik. Yang melayu ni (adeh, lupa nama), die kuat menyanyi dgn penuh perasaan & feeling nya.. tp suara x sedap pun. Cukuplah sekadar nak hiburkan saya dgn lina.

Tugasan pertama, kene siapkan lab report kimia. Semua org struggle ni nak buat. Tapi tengah2 jalan, ade kawan lelaki kelas saya mintak saya punya report nak
buat rujukan. Saya kata x siap lagi, die kate xpe, nanti die siapkan. Haaaaaa?????? Ape lagi, dgn senang hati dan tersenyum saya bg report saya. hahahha.. tapi x dapat gelak lama, sebab lepas tu geng saya yg melayu tu mintak balik report saya sbb x puas hati. Hampeh!

Ada satu hari tu lepas kelas tambahan, on the way balik ke block masing2 classmate saya tegur ada benda melayang atas block saya warna putih. Ngek betul die tu.sape suruh pegi tegur, saya dah perasan lama tp xnak ambik kisah. Dah lah blok die sebelum block saya which means, saya kene balik block saya tu seorang diri di malam hari! thanx a lot. Xde jadi ape2 pun! hehe..



5. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

The best memory i ever had but the only one that i dont want it to happen again.


Kenapa saya suka PASUM? Sebab die x macam asrama. Xde peraturan. Tu yg best tu! Tambah2 bila lawan sub dgn kolej lain. Sub tu macam cheer. Siap ambush kolej lain lagi. Mmg best! Banyak yg saya belajar kat sini. Kerenah & ragam manusia. Macam2 manusia saya kenal.. ye.. Macam macam.. Memori yg paling indah (tambah2 hari terakhir di UM) tapi saya xnak ulang kalau diberi peluang? Kenapa? entah..

Saya ada dapat tawaran ke USM Pulau Pinang, tp saya tolak sebab saya melanjutkan pelajaran ke --->


6. Universiti Zagazig



Disinilah baru saya sedar yg diri ini penuh dengan kekurangan dan kejahilan. Belajar berdikari.
Syukur kerana diberi peluang berada disini. Diselubungi dgn suasana dan rakan2 rakan yg solehah. Membantu dan dibantu.
Semoga mumtaz bersama2.
Bitaufik wanajah!!
Aminnnn...



Terima kasih kepada semua yang telah mendidik

INTANNURATIQAHBINTIMOHAMADYUNUS

secara langsung ataupun tidak langsung.

Terima kasih juga kepada rakan2 atas memori yg anda bekalkan..


p/s : sweet dreams that leave all your worries behind you..

5 comments:

edoraemon said...

aku tahu kenapa ko tido lambat.
ko sibuk tulis entry nie kan
haha
*baru baca kat twitter kata ko baru gerak g tido*

intanpayung said...

ko pun same kan?
hahahha..aku baca kat twitter gak!

adik_mirah said...

hahaha..kakak...homesick lagi ke ap ni? anyway..yeah..kita mencipta sjrah msuk tadika 2 thun..ingt lagi..botol susu tgah kat mulut..bile rehat je..budak ramai2 krumun katil baby kita kan?miss you!

fa-aja-aja said...

mrs. keduduk...yehhh

intanpayung said...

adik- adik sorg je yg botol susu kat mulut.kakak mase tnggal dgn opah lg akak dah berenti..and kakak mane ade tdo kat kelas,adik sorg je.. hahahahaha!!!!

pot-mrs damon salvatore..