Saturday, May 1, 2010

Jauh Di Sudut Hati Ini..

Okay.. Baru lepas masak. memandangkan K.Sha & Min dah pindah, jadinya hari ni saya & EZ yg masak. Ez masak pagi,saya masak malam. By the way, sambal telur pecah ku dah terlebih masin.Nampaknya anak mak ni dah nak kawin.. (off the record!)

Lepas masak terus masuk bilik check FB. Hmmm..Balang
(my 2nd brother) was tagged in a video.
And i opened it.




Bergenang air mata. Owh.. By the way, Balang is a teacher. Still in maktab. Video tu masa dia practicum. Masa last day diorg kat situ, murid2 buat satu persembahan khas untuk guru2 practicum. Iaitu...... diorg menyanyi lagu pasal 'Guru'. Terharu sungguh tengok diorg semangat betul menyanyi, menari untuk cikgu2 diorg.

Terharu.. Serious terharu. Bila budak kecik sayang kat kite... satu perasaan yg sangat lain. Sebab kasih sayang budak kecik tulus, pure & jujur.

Tapi saya tgk Balang dlm video tu rasa nak sekeh2 je. Dah lah masa diorg nyanyi tu dia berdiri peluk tubuh, macam bouncer dah! Dahlah tinggi gila pakcik tu, badan ketul2. Macam ape entah!
Lepas tu keluarkan hp, main2 hp. Jalan kiri kanan. Fokus boleh x? penat budak2 tu berlatih.


Tapi saya tau, dia abang saya. Saya kenal dia. Saya tau kenapa dia buat semua benda tu.
Dia buat semua tu sebab dia nak elakkan diri dia menangis. Balang tu, nampak je macam tu, tapi dia sensitif orgnya.. Dalam adik beradik pun, dia mmg sensitif.Tapi suka berlagak tegas lah konon. Blah lah balang. Muka ganas tapi dalam hati ada taman..
Saya pernah buatkan dia bg saya cincin yg die nak bg awek die sbb saya main ayat2 sedih sikit! hahaha...
Kalau die concentrate betul kat budak2 tu, mesti dah mengalir air mata dia terharu. Abg saya ni mmg suka budak kecik. Rajin die melayan budak2. Budak2 pun mmg suka kat dia. Dia ada satu attraction..

Oh ye.. org yg rakam video ni suruh murid2 peluk cikgu tanda terima kasih. "Peluk cikgu awak tu, puang same puang xpe peluk! cium pipi!" dalam loghat Terengganu. Tiba2 dgr suara balang, "Aiiii, cikgu puang je peluk???!!!" Mengada balang ni. Kalau saya ade kat sana saya dah cubit dah die! "Haaaa..yg laki tu peluk cikgu laki awok tu!" Kata si perakam video. Terus abg saya lari tempat lain. Balang.. balang.. GATAL!!!

Dahlah abgku yg sorg ni hensem sangat!! Tapi dia ni bukan fotogenik. Muka dalam gambar macam mamat mane lah. Tp kalau tgk depan2, siapa berani kata die x hensem? Saya pun selalu cair dgn dia sbb kacak. Bangga beb kalau jalan kat luar dgn dia. Nasib baik dia tu balangku, kalau x, gerenti saya pun tangkap cintan dgn die. Kenapa saya berani sungguh puji dia secara melambung2 ni? Kalau depan2, jangan harap! NEVER! Depan2 dia, hanya kutukan dan condemn-an yg keluar dari mulut ini menyatakan betapa x bestnya die, betapa x hensemnya die, betapa x reti fashion nya dia. (padahal semua tu bertentangan). Sebab ape saya berani puji die? Sebab die takkan baca blog saya! Dia x tau pun saya ada blog! But, if he find this, I'm dead meat! Dia akan jadikan bahan untuk 10 tahun akan datang. Okay, berkaitan dgn itu, budak2 perempuan sekolah biasalah, bila ade cikgu practikum ni, startlah minat2. Padahal baru darjah 3, darjah 5. Balang ade cerita ade yg call die hari2, sampai tgh2 malam call die. Bg hadiah.. Hahaha..
Don't blame them balang. Kalau cikgu dah hensem, ape boleh buat? Oh ye, balang ni selalu dapat hadiah drpd murid2. sebab ape saya pun x tau. Budak2 suka die..

Okay, pengakuan ikhlas.. Saya suka budak kecik.. Suka layan diorg. Yg saya cakap sy x suka tu ialah budak yg mengade2, bajet comel, banyak songeh, banyak kerenah, x dengar cakap... ok2.. stop. Tapi, selebihnya, saya sayang budak kecik. Dulu2 kalau org tanya nak jadi apa bila besar, saya akan cakap nak jadi cikgu! Sampai Tok Chik panggil saya cikgu.. Macam mane lepas tu saya nak jadi doktor pun saya x tau.

Saya suka ajar budak2.. Ajar menyanyi, ajar menari.. ajar diorg nilai2 kemanusiaan, bentuk diorg menjadi seorg insan. Lepas tu, kita tengok sendiri hasilnya. Lagipun, telatah budak kecik ni menghiburkan.. Spontan dan xde control2.. Percakapan diorg semua jujur.. Kalau diorg suka tu, diorg betul2 sayang.. Comel.. comel.. (bukan cumil atau comey ye!)

Budak2 ni, diorg free.. xde masalah.. bahagianya hidup diorg. Yang bestnya pasal budak kecik ni, kalau diorg happy kite pun happy. Diorg gelak pun boleh buat kita gelak. Salah satu cara nak lepaskan tension ialah layan budak2. It is magic how they can take away all the messes in my head. Oh ye, saya boleh berhabis duit untuk budak kecik. Asalkan diorg happy.

Balang ade cerita, die suruh student die lukis gambar rumah saya. Tapi, ade pulak,
"cikgu2, saya nak lukis gambar kereta. Sy pulak nak lukis gambar mak saya sbb mak saya cantik. Cikgu,saya nak lukis gambar kucing boleh?" pening kepala balang. And bile die kutip lukisan tu, macam2 gambar yg die dapat.

Ada jugak kawan balang konon nak buat teka teki lawak pandai lah kat murid2 dia, --->
Dalam banyak2 ikan, ikan apa yg paling banyak mata? macam2lah budak tu jawab, semuanya salah. Nak tau jawapannya ape? ---> sekilo ikan bilis.
Jawab guru itu sambil tergelak besar. Tiba2 ada murid angkat tangan " Cikgu, tapi 2 kilo lagi banyak cikgu!" disambut pula murid lain " eh, 5 kilo lg byk!" berterusan lah sampai 10 kilo, 20 kilo... 100 kilo.. Kawan balang terdiam bila dikenakan pelajarnya sendiri. See... how wonderful kids are?

Tawa & gelak mereka, saya sangat suka!! Its very sooth & calming. Balik Msia nanti nak ikut balang pergi praktikum lah! (mati hidup balik balang x bg ikut!).

p/s : saya tulis entry ni sambil pasang video ni berulang kali..

5 comments:

fa-aja-aja said...

hahahahahha...
habesla ko intan,aku report balang ko,bgtau ko ada blog siap puji dia lambung2.

dalam masa 10 tahun ko jadi bahan ejekan.balang balang~~~

intanpayung said...

beranilah ko pot..
ko buat camtu siap ko.. (sambil garu kepala nak buat ape).

adik_mirah said...

haaaa...ha... kelakar.. kelakar....
geli... geli... geli... gelimat!! mat!! mat!!along

Syuzana Abd Halim said...

salam ziarah...entri ni byk puji abang awk....nak tolong promote abg ea....

intanpayung said...

wassalam..

hahaha..mane adelah.. abg ni xyah promote,mmg dah keliling pinggang pun. rase nak sekeh je.. hehehe